SK SERI BERANG (25 FEBRUARI 2014) : Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Berang dibawah kendalian Pn Harnani Yusoff telah mengadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna sempena Hari Tanpa Dadah.
Tuesday, February 25, 2014
Monday, February 24, 2014
PENCARIAN BAKAT MURID PINTAR DAN BERBAKAT : SARINGAN PERTAMA BERMULA
Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UKM,JPN dan PPD sedang mengadakan
Pencarian Bakat Murid Pintar Cerdas bagi murid berumur 8 hingga 15 tahun melalui Ujian Saringan UKM1 secara atas talian yang bermula 1 Februari hingga 31 Mei 2014.
Ujian UKM1 boleh diakses di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my sementara maklumat lanjut Program PERMATA Pintar boleh diperolehi melalui web http://www.ukm.my/permatapintar. Ujian ini boleh diambil di mana-mana sumber yang mempunyai rangkaian dan akses internet seperti di sekolah dan lain-lain lagi.
Urusetia Permata Pintar JPN Terengganu dalam mesyuarat pagi ini mengambil beberapa inisiatif bagi mempertingkatkan seramai mungkin murid mengambil ujian ini. Pada tahun 2013 seramai 24,000 murid Terengganu menyertai UKM1 dan pada tahun 2014 sasaran yang ditetapkan ialah 35,000 murid menyertai ujian UKM1 dengan PPD Kuala Terengganu (10 ribu), PPD Kemaman (5 ribu),PPD Dungun (4 ribu), PPD Besut (5 ribu) Setiu (4 ribu) PPD Marang (4 ribu) dan PPD Hulu Terengganu (4 ribu)
Sementara satu taklimat Permata Pintar akan dilaksanakan di peringkat PPD sebagaimana berikut:
DIPETIK DARIPADA http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

- Kuala Terengganu - 17 April 2014
- Setiu - 17 Mac 2014
- Dungun - 14 April 2014
- Hulu Terengganu - 9 April 2014
- Marang - 21 April 2014
- Kemaman - 31 Mac 2014
- Besut - 18 Mac 2014
DIPETIK DARIPADA http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/
Saturday, February 22, 2014
KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU : NAIB JOHAN
DUNGUN (22 FEBRUARI 2014) : Tengku Nur Adriana binti Tengku Halim sekali lagi mengharumkan nama SK Seri Berang apabila berjaya mendapat Naib Johan Kategori Perseorangan dan Beregu Kejohanan Ping pong Peringkat Negeri Terengganu.
Tengku Nur Adriana akan mewakili Negeri Terengganu ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Mac di Kuala Lumpur. Tahniah juga diucapkan kepada Nur Zahirah walaupun tewas pada peringkat suku akhir.
Tahniah dan Syabas Diucapkan
BERITA TERDAHULU
KUALA BERANG(5 FEBRUARI 2014) : Kejohanan Ping-pong Peringkat Daerah hari ini telah sampai ke peringkat akhir yang menyaksikan pertemuan ulangan zon KDSR 2 antara Tengku NurAdriana binti Tengku Halim dari SK Seri Berang dengan Shamila binti Saari dari SK Kuala Berang. Perlawanan yang berlanjutan sehingga ke set ke 4 menyaksikan Nur Adriana sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Shamila. Manakala Nur Zahirah binti Esa berjaya mendapat tempat ke 3 selepas tewas di separuh akhir.
Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga dapat buat yang terbaik pada peringkat Negeri nanti.

Thursday, February 20, 2014
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG : 2 PERAK 2 GANGSA
JENAGOR (20 FEBRUARI 2014) : SK Seri Berang meraih 2 Perak dan 2 Gangsa dalam Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 49 MSSDHT 2014. Kejohanan yang telah diadakan di Padang SMK Jenagor bermula 17 Februari sehingga 20 Februari.
Atlit SK Seri Berang, Aishas binti Ramli berjaya meraih Perak dalam acara Lompat jauh P12 selepas membuat lompatan sejauh 3.40M pada percubaan ke 5.
Manakala Muhd Khoirun Najmi bin Rospi berjaya meraih Perak dalam acara pecut 100M L12 dan gangsa dalam acara 200M L12. Kuartert 4X100M L12 SK Seri Berang yang diwakili oleh Khoirun Najmi, Hariz Hazrey, Khoirun Hakimi dan Ahmad Rejab berjaya meraih Pingat Gangsa.
Tahniah dan Syabas diucapkan
Saturday, February 15, 2014
PEMANTAUAN PERSEDIAAN PERCALONAN SBT 2014
HULU TERENGGANU - Sekolah-sekolah Band 1 seluruh negara sedang sibuk mengisi Annex dalam portal NKRA bagi menyediakan diri untuk pencalonan SBT Fasa 5, 2014. Dan dalam masa yang sama juga kebanyakan sekolah-sekolah ini juga sibuk menyiapkan diri untuk verifikasi Bai'ah atau Anugerah Tawaran Baru Guru Besar.
Bagi membantu persediaan sekolah pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, JPN dan PPD turut sama membuat pemantauan dan bimbingan. Hari Pn. Aini Arifah dari BPSBPSK telah bersama-sama pegawai dari JPN dan PPD Hulu Terengganu telah mengadakan pemantauan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu. Turut sama ialah Guru-Guru Besar Sekolah Band 1, daerah Hulu Terengganu.
Antara perkara yang dilihat dan dibimbing ialah persembahan power point, semakan dokumen Annex dan lawatan persekitaran sekolah.
SK Seri Berang merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sekolah ini telah tercalon untuk SBT Fasa 4 tetapi beberapa kelemahan dokumentasi Annex menyebabkan ia tidak disenaraikan sebagai penerima Anugerah SBT Fasa 4. Kita berharap dengan penambahbaikan dokumentasi Annex serta aspek-aspek lain sekolah ini mampu meraih gelaran SBT Fasa 5. Dalam tahun 2013 pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SK Seri Berang termasuk menjadi sebuah dari tiga buah sekolah Terengganu yang menerima Anugerah Cemerlang UPSR 2013 Kebangsaan.
Selain SKK SK Seri Berang yang memperolehi Band 1, SK Kuala Berang dan SK Dusun (SKM) adalah dua SKK yang turut tercalon. Dua sekolah ini juga sangat berpotensi untuk dilonjak sebagai SBT pada masa depan. Apa yang kita harapkan sekolah SKK ini dan sekolah -sekolah Band 1 daerah Hulu Terengganu mempunyai sudut yang jelas tentang SBT. Oleh yang demikian gerakan ke arah SBT melalui perancangan yang strategik perlu dimulakan dari sekarang dengan bantuan PPD Hulu Terengganu yang sangat ambisi dan proaktif.
Terima kasih kepada Pn. Aini Arifah atas khidmat nasihat dan bimbingan kepada Guru-Guru Besar Band 1, Hulu Terengganu. Tahniah kepada Guru Besar, SK Seri Berang atas iltizam dan komitmen untuk menjadikan SK Seri Berang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
SUMBER DARIPADA UNIT SEKOLAH RENDAH : pemantauan-persediaan-pecalonan-sbt-2014
Thursday, February 13, 2014
BOLA JARING : NAIB JOHAN DAERAH HULU TERENGGANU
HULU TERENGGANU(12 FEBRUARI 2014) : Pasukan Bola Jaring mendapat Naib Johan dalam Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah Hulu Terengganu. Pertandingan yang telah diadakan di SK Tapu itu menobatkan SK TAI Johan Daerah selepas menewaskan SK Seri Berang dalam perlawanan yang sengit.
Tahniah dan Syabas diucapkan.
Tahniah dan Syabas diucapkan.
Sunday, February 9, 2014
LAWATAN PENANDA ARAS IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN
Terima kasih kerana sudi datang, semoga apa yang telah dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama untuk masa hadapan.
Wednesday, February 5, 2014
NOR ADRIANA NAIB JOHAN PINGPONG DAERAH