SK SERI BERANG (27 MAC 2014) : Murid-murid yang telah lahir pada bulan Mac telah diraikan dengan Pemberian Cederahati daripada Guru Besar, Puan Hasnah binti Hasan
Sunday, March 30, 2014
Thursday, March 20, 2014
SK TAPAH JOHAN BOLA BALING P12 MSS DAERAH
SK TOK RANDOK (14 MAC 2014) : Amiratul Umairah, Nashiha dan Nur Suliani yang mewakili Pasukan SK Tapah telah muncul Johan dalam Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Hulu Terengganu.
Tahniah dan Syabas diucapkan
Tahniah dan Syabas diucapkan
Tuesday, March 18, 2014
80% beban guru berkurangan
Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan wakil dari kesatuan-kesatuan guru yang hadir pada sidang akhbar mengenai penambahbaikan PBS di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Idris Jusoh (kiri). - BERNAMA |
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, guru-guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline selepas pelaksanaan PBS diteruskan semula dengan beberapa penambahbaikan pada 1 April ini.
Menurut beliau, langkah itu merupakan penyelesaian kepada isu merekodkan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara dalam talian yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.
"Yang jadi beban dahulu ialah kerana semua data penting termasuk eviden dan deskriptor perlu dimasukkan ke dalam sistem komputer berpusat secara dalam talian tetapi sekarang tidak perlu lagi.
"Bukan sahaja data tidak perlu disimpan secara dalam talian tetapi eviden dan deskriptor dikurangkan. Maka, ini akan mengurangkan antara 70 hingga 80 peratus beban yang ditanggung oleh guru-guru sekarang," katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan penambahbaikan PBS di bangunan Parlimen hari ini.
Yang turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.
Pemimpin-pemimpin kesatuan guru yang hadir ialah Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan; Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng; Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Datuk Jemale Paiman; Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Muhamad Khailani Abd. Jalil dan Yang Dipertua Majlis Gabungan Guru Besar Malaysia (MGGBM), Ruslan Madun.
PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah sejak 2011 dan di sekolah menengah mulai 2012, namun Kementerian Pendidikan pada 11 Februari lalu telah membuat keputusan untuk menangguhkan dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Tindakan itu diambil berikutan keluhan para guru bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Ibu bapa tidak pasti bagaimana prestasi dinilai terutama pelajar tingkatan tiga yang merupakan kohort pertama PBS.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menambah, kementerian menetapkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Beliau memberitahu, langkah penambahbaikan itu membolehkan guru-guru merekodkan tahap penguasaan pelajar mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri.
"Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa," ujarnya.
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, pihak sekolah boleh menyediakan laporan pencapaian ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun untuk ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak mereka.
Menurut beliau, guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit manakala perekodan perkembangan pembelajaran pelajar boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa mereka.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, latihan dan taklimat berhubung penambahbaikan PBS akan diadakan secara berterusan kepada pegawai-pegawai di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pentadbir sekolah dan guru-guru.
"Saya fikir memang perlu ada penerangan supaya tidak berlaku salah faham. Kita buat kursus selama dua atau tiga hari mengikut kesesuaian," jelasnya.
Tambah beliau, kementerian juga akan menganjurkan latihan bagi memastikan guru-guru memahami konsep pentaksiran dan meningkatkan kemahiran mereka memeriksa jawapan pelajar.
sumber : Utusan Malaysia
Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140319/dn_06/80-beban-guru-berkurangan#ixzz2wNAXAhGm
© Utusan Melayu (M) Bhd
hussaini.amran@utusan.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140319/dn_06/80-beban-guru-berkurangan#ixzz2wNAXAhGm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, March 17, 2014
NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI
MARANG (17 MAC 2014) : Afiq Zikri bin Zulkifli berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan di Marang
Tahniah dan Syabas diucapkan
Berita Terdahulu
SK SERI BERANG (12 MAC 2014) : Afiq Zikri bin Zulkifli muncul Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional Peringkat Daerah Hulu Terengganu.
Tahniah dan Syabas diucapkan.

Sunday, March 16, 2014
Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis dan Mewarna
SK Seri Berang (16 MAC 2014) : Majlis Penyampaian Hadiah kepada Peserta Terbaik Pertandingan Melukis dan Mewarna telah diadakan di Dewan SK Seri Berang. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, Puan Hasnah Hasan.
TERBAIK MEWARNA PRA SEKOLAH |
TERBAIK MEWARNA TAHUN 1 |
TERBAIK MEWARNA TAHUN 2 |
TERBAIK MEWARNA TAHUN 3 |
Tahniah dan Syabas diucapkan
SK SERI BERANG (25 FEBRUARI 2014) : Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Berang dibawah kendalian Pn Harnani Yusoff telah mengadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna sempena Hari Tanpa Dadah.
Wednesday, March 12, 2014
JOHAN PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU TRADISIONAL PERINGKAT DAERAH
SK SERI BERANG (12 MAC 2014) : Afiq Zikri bin Zulkifli muncul Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional Peringkat Daerah Hulu Terengganu.
Tahniah dan Syabas diucapkan.
Tahniah dan Syabas diucapkan.
Tuesday, March 11, 2014
RUMUSAN LAWATAN KERJA PENASIHAT SEKOLAH KECEMERLANGAN
KUALA TERENGGANU - Petang tadi telah diadakan pembentangan Rumusan
Lawatan Kerja Panel Penasihat Sekolah Kecemerlangan ke Terengganu Yang
Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad. Majlis
telah diadakan di PPD Kuala Terengganu yang dihadiri oleh En. Hashim bin
Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, wakil-wakil Ketua Sektor
dan PPD di mana sekolah terlibat. Turut serta ialah Cik Norhanida bt.
Shamsuddin, Pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan.
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Penasihat Sekolah Kecemerlangan telah mengadakan tinjauan di SM Imtiaz Besut (SBT), SK Seri Berang, Hulu Terengganu (SKK Fasa 5) dan SMKA Dato' Haji Abas, Kuala Terengganu (SKK Fasa 7).
Secara umumnya beliau berpuas hati khususnya pemilihan bidang-bidang kebitaraan seperti Bahasa Arab , Bahasa Inggeris serta kebitaraan dalam bidang Kokurikulum seperti Catur yang bersifat mencabar minda pelajar. Tegas beliau bagi sekolah rendah terutamanya pilihan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai bidang kebitaran sangat sesuai apa lagi untuk dilonjakkan ke peringkat lebih tinggi.
Beliau juga menjelaskan fokus dalam kebitaraan bersifat bahasa perlunya peningkatan. Setidaknya murid faham, berani bercakap dan kebolehan berbahasa. Oleh itu beliau menyarankan agar sekolah yang memilih bidang kebitaraan ini merancang tahap perkembangan dari mudah kepada yang lebih kompleks kemahirannya dengan mengadakan pelbagai aktiviti.
Selain itu bagi memperkasa dan memperkukuhkan bidang kebitaraan beliau menyarankan agar diadakan jalinan dengan sekolah lain yang mempunyai kebitaraan yang sama. Selain kita dapat belajar bagaimana mereka mengurus dan melaksanakan kebitaraan mereka , para pelajar dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman tegas beliau.
Menurut beliau juga SKK adalah sekolah hebat dan sekolah terpilih. Bukan sahaja sumber kewangan kukuh tetapi banyak aspek pengurusan dan pencapaian yang sekolah lain boleh pelajari.Beliau menyarankan agar SKK dapat mengambil sekolah angkat yang mundur dan ketinggalan untuk dibantu sama ada pengurusan atau muridnya. Menurut beliau sekolah adalah pelaburan dan juga tebusan. Murid-murid yang tidak berpeluang di sekolah mereka dapat menebus peluang di SKK.
Selain itu beliau juga menyarankan sekolah rendah sebagai asas persekolahan perlukan "keceriaan" supaya murid sukakan sekolah. Bukan sahaja fizikal tetapi sosial juga perlu ceria. Buku di perpustakaan menurut beliau wajar dikelaskan mengikut tahun/tahap bukan dalam sistem Dewey sahaja. Apa yang penting menurut beliau murid seronok dan mudah mendapatkan buku-buku yang ada.
Beliau juga berharap PPD dapat membantu SKK di daerah masing-masing merangka perancangan tiga tahun dari sekarang dan selepas tiga tahu menilai pencapaian dan mengenalpasti faktor halangan dan kegagalan. Beliau sangat berpuas hati dan menganggap SMKA Dato' Haji Abas memilih kebitaraan yang baik mahu melihat perkembangannya apalagi kebitaraan yang mencabar minda.
Urusetia Sekolah Kecemerlangan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Penasihat Sekolah Kecemerlangan dan menyarankan kepada mana-mana sekolah yang ingin bergerak ke arah SKK khususnya dalam pemilihan dan pengurusan kebitaraan boleh melawat SMKA Dato' Haji Abas.
Dipetik daripada : Unit Sekolah Rendah
unitrendahspsjpnt.blogspot.com

BOLA BALING : KETIGA TERBAIK KDSR 2
SK TAPAH : Pasukan Bola Baling SK Seri Berang berjaya mendapat tempat Ketiga apabila berjaya menewaskan SK Kuala Berang bagi perebutan tempat ketiga dan keempat.
Tahniah dan Syabas diucapkan
Monday, March 10, 2014
LAWATAN KERJA PENASIHAT SEKOLAH KECEMERLANGAN
Sunday, March 9, 2014
BOLA TAMPAR : KEEMPAT TERBAIK KDSR 2
Wednesday, March 5, 2014
SEHARI BERSAMA MUZIUM NEGERI TERENGGANU
SK SERI BERANG (5 MAC 2014) : Hari ini cukup bertuah kepada SK Seri Berang kerana Pihak Muzium Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti bersama Murid SK Seri Berang. Antaranya ialah Penerangan tentang Muzium Negeri Terengganu serta Cara Memakai Kain Batik dan Pelikat.
Semoga Program ini akan dapat memberikan ilmu dan manfaat kepada semua murid yang terlibat.
Semoga Program ini akan dapat memberikan ilmu dan manfaat kepada semua murid yang terlibat.