SM Vokasional Segamat menjadi tuan rumah Perbahasan Guru Peringkat Kebangsaan (Zon C) 2011. |
Pn. Julia bertindak sebagai Perdana Menteri mengetuai barisan kerajaan ketika membentang usul. |
Separuh Akhir Bahas Guru Peringkat Kebangsaan, JPN Zon C : Saat-saat menanti keputusan sama ada usul diterima atau ditolak. |
Barisan Pembangkang diwakili JPN Kelantan |
Wakil JPN Kelantan, Ghazali Mat Zin bertindak sebagai Ketua Pembangkang. |
Hj Shukri Ismail muncul Pembahas Terbaik peringkat Separuh Akhir Peringkat Kebangsaan Zon C (Terengganu lwn Kelantan). Beliau bertindak sebagai YB Menteri Ke-2. |
Pasukan Bahas Guru Terengganu bersama pengurus dan pegawai JPNT. |
Pasukan Bahas Guru JPN Terengganu - JPNT diwakili Hj. Mohd Shukri Ismail (SMK Seri Nilam, KTS), Mohd Ridwan Omar (SK Tengkawang, HT), YM Tg. Hasnul Tg Hussin (SMK Seri Puteri, Besut), Azarul Razamin Mat Said (SK Seri Berang, HT) dan Julia Benjamin Siri (SK Pasir Panjang, KTS).
Pasukan JPNT bertindak sebagai wakil kerajaan dengan membawa usul "PERUBAHAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN WAJAR SELARI DENGAN KEPERLUAN MURID" tetapi ditolak oleh dewan selepas berjaya dibangkang oleh pasukan JPN Kelantan. Hj. Mohd Shukri Ismail telah dinobatkan Pembahas Terbaik Bahas Guru di pertandingan berkenaan.
Di peringkat akhir, pasukan JPNT muncul Naib Johan dalam perbahasan guru dalam Bahasa Inggeris setelah pasukan JPN Johor bertindak wakil kerajaan berjaya membentangkan usul "REBRANDING THE PROFESSIONALISM OF TEACHERS IS PIVOTAL FOR EDUCATIONAL TRANSFORMATION" dan diterima oleh dewan.
Perbahasan Guru pusingan akhir Bahasa Inggeris (JPN Johor lawan JPN Terengganu) |
Hadirin yang mengikuti perbahasan peringkat akhir. |
Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil JPNT...semoga beroleh kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.
arms/berita/segamat....
No comments:
Post a Comment