KUALA BERANG (24 Ogos 2011) : SK Seri Berang telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah sempena Program Ihya Ramadhan tahun ini. Seramai 71 murid diraikan kerana berjaya khatam 30 juzuk al-Quran.
Ucapan perasmian MKQ IR 1432H oleh Puan Guru Besar. |
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Nur Adrera Kasim dari Tahun 6 Waja, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan dan disusuli tayangan multimedia khas Ihya Ramadhan.
Nur Adrera memperdengarkan bacaan al-Quran. |
Majlis dimeriahkan dengan ceramah khas Ihya Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulkifli Muda dari Sekolah Menengah IMTIAZ Kuala Berang. Sepanjang ceramah berjalan, ia turut diselangi dengan kuiz spontan menyentuh topik-topik hukum agama dan Sirah/Sejarah Rasulullah SAW. Mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul telah diberikan saguhati berbentuk Duit Raya.
TAHNIAH : Adik Mohd Aiman Fikri Musriful menerima Saguhati Kuiz Spontan berbentuk Duit Raya daripada penceramah. |
Pertandingan Azan @ Bakat Bilal Muda di kalangan Murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3). |
Pertandingan Azan @ Bakat Bilal Muda di kalangan Murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). |
Persembahan Salawat oleh Murid-murid Pra Sekolah. |
Pertandingan Hafazan (Murid Perempuan). |
Majlis Khatam al-Quran dipimpin oleh Us. Azarul dan Us. Shamsul Bahrin. |
ABANG DAN ADIK : Amirul Hakim dan Amirul Asyraf dari Tahun 6 Wira berjaya khatam bersama. Mereka berdua adalah anak kepada Cg. Mazura Yahya (Kaunselor SK Seri Berang). |
Album Majlis Khatam al-Quran 1432H/2011M |
arms/berita....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenanti raya ada tak jamuan raya di sksb ? saya selaku ex-sksb ingat nak melawat sksb, dah lama tak jenguk
ReplyDeletesaya ingat nak melawat sksb. nanti ada tak jamuan raya kat sksb ? mungkin saya boleh mencelah waktu tu. :)
ReplyDelete