Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

SERI BERANG MERAIH 2 PINGAT

Inani dan Zarith Bersama Pingat Masing-masing
KUALA BERANG : Dua atlit Tahun 5 SK Seri Berang yang mewakili sekolah dalam Karnival Olahraga Bawah 11 Daerah Hulu Terengganu berjaya meraih dua pingat Perak. Kejohanan yang berlangsung di Padang SMK Jenagor turut melibatkan semua atlit dari seluruh Sekolah Daerah ini.

           Kedua-dua pingat Perak yang diraih oleh Muhammad Zarith dan Inani merupakan dari acara Lontar Peluru bawah 11. Semoga Pingat yang dirai akan membakar semangat semoga menjadi lebih baik pada tahun hadapan.

Syabas diucapkan

Tuesday, April 19, 2011

BOLA TAMPAR P12 DAERAH : SERI BERANG TEMPAT KE-3

AJIL (19 April 2011, 8.30pm) : SK Seri Berang menduduki tempat ke-3 di daerah ini selepas SK Dusun dan SK Bukit Apit dalam kejohanan bola tampar sekolah-sekolah rendah kategori perempuan bawah 12 tahun (P12).

SYABAS : Bola Tampar P12 Daerah Hulu Terengganu -
SK Seri Berang di tempat ke-3. 
Kejohanan selama sehari di SK Ajil menyaksikan SK Seri Berang berada di ranking ke-3 selepas akur dengan kedudukan set 1-2 kepada SK Dusun dalam perlawanan terakhir petang tadi. Perlawanan dijalankan secara liga dengan penyertaan 5 buah sekolah.

TAHNIAH : Pemain SK Seri Berang menerima pingat Tempat
Ke-3 oleh Pegawai Khas Sukan PPD, Wan Azali Wan Yusof.

TIME-BREAK : Pemain SERI BERANG diberi semangat oleh jurulatih
dan pengurus, Cg Mohamad Zaimi dan Tcr. Noraini.

" SERI BERANG... BOLEH " : Guru Besar SKSB, Pn. Hasnah
binti Hasan dan Tcr. Nor Farahida hadir memberi sokongan
kepada pasukan sekolah.

SERI BERANG memberi tamparan sengit dalam perlawanan.

Sedutan perlawanan SK Seri Berang dengan SK Bukit Apit.
Keputusan 1:2

SERI BERANG....BOLEH !!! : Guru Pembimbing Bola Tampar,
Cg. Mazura Yahya dan GPK Kokurikulum, Cg Jamaludin
bersemangat memberi sokongan kepada pemain sekolah,
Nazirah.

Guru-guru SK Seri Berang memberi sokongan di tepi
gelanggang ketika perlawanan.

Pemain-pemain SERI BERANG bersiap-sedia
menerima tamparan lawan.


SERI BERANG...BOLEH !! : Cg. Zaimi dan Tcr. Noraini sedang
menyusun strategi untuk berhadapan dengan pasukan lawan.

 Terdahulu, SK Seri Berang memenangi dua perlawanan terawal sebelum kalah dua perlawanan berikutnya kepada SK Bukit Apit dan SK Dusun.


DARI KIRI : Tcr. Tn. Selema, Cg. Kamariah, Tcr Nor Farahida
dan adik Khatami ketika menunggu perlawanan SERI BERANG.

DARI KIRI : Ustzh Siti Norliza dan anaknya,
Ustzh Norhayati (berpayung), Tcr. Salmah dan Cg. Hjh. Suhailah
datang memberi sokongan padu walaupun cuaca panas terik.

PENYOKONG KECIL : Adik Danial dan ibunya, Tcr. Noraini
bersemangat memberi sokongan padu kepada pasukan SERI BERANG.
Cuaca panas pada masa perlawanan dilangsungkan tidak mematahkan semangat guru dan murid sekolah ini untuk datang memberi sokongan kepada pasukan sekolah.

Di peringkat P12 zon KDSR 2 sebelum ini, SK Dusun adalah johan diikuti SK Seri Berang sebagai Naib Johan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru pembimbing.


arms/berita...

Wednesday, April 13, 2011

SERI BERANG MUNCUL NAIB JOHAN BOLA BALING DAERAH

AJIL (14 APRIL 2011) : SK Seri Berang telah muncul Naib Johan Bola Baling P12 Daerah Hulu Terengganu, tahun ini. Perlawanan akhir telah dilangsungkan di SK Menerong, semalam.



Pasukan Bola Baling SK Seri Berang P12 (berbaju merah)
sedang beraksi di perlawanan akhir daerah.
 Syabas diucapkan kepada pasukan SK Seri Berang.

mrd/berita...

Saturday, April 9, 2011

IKHMAL HAIKAL MENJULANG NAMA SERI BERANG & HULU TERENGGANU

GONG BADAK (10 April 2010) :  Muhammad Ikhmal Haikal bin Abdullah dari tahun 6 Perdana di sekolah ini telah melakar sejarah setelah muncul juara pecut L12 kategori 100m dan 200m di Kejohanan Olahraga MSSM Negeri Terengganu, di Kompleks Olahraga Negeri, semalam.


TAHNIAH : Ikhmal Haikal menerima Sijil Penghargaan MSSM dalam acara 100m
dan 200m L12oleh Pn. Hasnah Hasan, Guru Besar SK Seri Berang.

SERI BERANG BOLEH : Ikhmal Haikal dikalungkan pingat emas MSSM Negeri Terengganu
dalam acara 100m dan 200m oleh Pn. Guru Besar SKSB.






Kemenangan Ikhmal Haikal dalam acara trek olahraga tersebut mengharumkan nama sekolah dan daerah ini. Beliau akan mewakili negeri ini ke peringkat kebangsaan.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Wednesday, April 6, 2011

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ZON KDSR 2

KUALA BERANG (7 April 2011) : SK Seri Berang (SKSB) sedang beraksi dalam kejohanan bola tampar peringkat zon 2 Hulu Terengganu. Perlawanan yang bermula hari ini sedang berlangsung di padang SK Dusun. Pasukan SKSB L12 hanya mampu mara ke separuh akhir bertemu tuan rumah, SK Dusun. Pasukan SKSB P12 menang di peringkat separuh akhir ke atas SK Pasir Nering dan mara ke perlawaan akhir yang dijadual berlangsung pada petang ini.

Berikut rakaman foto yang menarik mengenai penyertaan Seri Berang dalam kejohanan tersebut :



Sesi 'warming-up' pemain L12 sebelum perlawanan bermula.


Sesi rehat sambil menghilangkan dahaga.


Jurulatih pasukan, Cg. Mohamad Zaimi yang juga Pen. Kanan 1 SK Seri Berang
sedang memperkatakan sesuatu kepada Cg. Nazilee (guru pengiring pasukan) tentang perjalanan kejohanan kali ini.


Tcr. Noraini dan Cg. Mazura sedang memberi taklimat ringkas kepada salah seorang
pemain Seri Berang sebelum perlawanan bermula.

Sedutan perlawanan separuh akhir SKSB lawan tuan rumah, SK Dusun


Sedutan perlawanan separuh akhir L12


Sedutan perlawanan separuh akhir P12 : SK Seri Berang vs SK Pasir Nering.

Pasukan Bola Tampar P12 SK Seri Berang

DARI KIRI : Cg Mazura, Tcr Norfarahida dan Tcr Noraini merupakan guru penasihat
 yang memberi sokongan padu kepada pasukan Seri Berang P12.

Penyelaras ICT Seri Berang, Cg Radzi yang bertugas sebagai pengurus
pasukan SKSB L12 turut memberi sokongan kepada pasukan P12.
Terkini :
KUALA BERANG: Pasukan Bola Tampar SK Seri Berang P12 muncul Naib Johan Kejohanan Bola Tampar P12 KDSR Zon  2, selepas ditumpaskan oleh Pasukan tuan rumah, SK Dusun dengan straight set, 19-25, 23-25.

Pasukan Bola Tampar SK Seri Berang L12 pula menduduki tempat ketiga dibelakang Pasukan tuan rumah, SK Dusun (Johan) dan Pasukan SK Pasir Nering (Naib Johan).
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Selamat berjaya dalam Kejohanan Bola Tampar P12 MSSHT 2011.
Pasukan Bola Tampar SK Seri Berang

Pasukan Bola Tampar Perempuan Bersama Pengurus dan Jurulatih

Pasukan Bola Tampar Lelaki Bersama Pengurus dan Jurulatih

mr/muktahir

Tuesday, April 5, 2011

BOLA JARING NAIB JOHAN DAERAH

KUALA BERANG(31 Mac 2011): Pasukan Bola Jaring SK Seri Berang muncul sebagai Naib Johan Kejohanan Bola Jaring bawah 12 tahun Daerah Hulu Terengganu selepas kecundang kepada Pasukan SK Tengku Ampuan Intan, 12-6.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengurus dan Jurulatih Pasukan Bola Jaring, Pn Rolimah, Tn Selema dan Pn Salmah serta semua yang terlibat.

mrd/berita

Sunday, April 3, 2011

SERI BERANG JOHAN BOLA BALING ZON KDSR 2

KUALA BERANG (4 APRIL 2011, 10.30 am) : SK Seri Berang (SKSB) muncul johan bola baling peringkat Zon KDSR 2 selepas menewaskan SK Telaga pagi ini. Perlawanan akhir yang dilangsungkan di padang SKSB mendapat tumpuan penuh warga sekolah yang berkesudahan jaringan 5-4.

Pasukan Bola Baling SK Seri Berang 2011 bersama jurulatih/pengurus pasukan, Cg Shahidan Kasim.

Guru dan murid memberi sokongan kepada pasukan SKSB ketika waktu rehat.


Penyerang SKSB, Mohd Azri membuat balingan kencang ke arah penjaga gol
SK Telaga dalam aksi final bola baling KDSR 2 Tahun 2011


Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat mendahului 1-0, kemudian SKSB menyamakan kedudukan sehingga ke saat-saat akhir. Kedua pasukan terikat 4-4 sehingga SKSB membuat jaringan kemenangan di minit terakhir sebelum wisel penamat ditiupkan. Perlawanan diadili Mohd Farid Yunus dari SK Seri Buluh.

Pegawai Khas Pengurusan Maklumat PPDHT, Yuseri Che Din
menyampaikan hadiah kepada pasukan SK Seri Berang
Syabas diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang bertungkus lumus merebut kejuaraan Bola Baling peringkat Zon KDSR 2, MSSM Daerah Hulu Terengganu.

arms/berita....

Wednesday, March 30, 2011

SERI BERANG JOHAN BOLASEPAK DAERAH HULU T'GANU 2011

BERITA TERKINI :


SK Seri Berang johan bola sepak zon KDSR 2 dan Johan daerah Hulu T'ganu 2011


 AJIL (31 Mac 2011, 5.30 pm) :  SK Seri Berang (SKSB) telah muncul johan bola sepak sekolah rendah, tahun ini selepas menewaskan SK Langgar dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MSSM Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu 2011.


Perlawanan yang dilangsungkan di padang SK Tok Randok menyaksikan SKSB mendahului lawan dengan jaringan pembukaan oleh Afif Farhan Mustafa pada minit ke-15 di separuh masa pertama. SKSB mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua menerusi percubaan menarik dalam petak penalti. Di separuh masa kedua, SKSB menambah jaringan gol yang ketiga hasil percubaan menarik Mohd Haikal Abdullah di luar kotak penalti sebelum SK Langgar berjaya mendapatkan gol tunggal mereka. Perlawanan yang berpihak kepada SKSB tamat dengan kedudukan gol 3-1.
Kesebelasan Utama SK Seri Berang


GPK Kokurikulum SKSB, Cg. Jamaludin Embong ketika diminta mengulas kemenangan, beliau bangga dengan kesungguhan para pemain mengejar gelaran juara sehingga ke minit-minit terakhir. Kegembiran turut dikongsi bersama dengan pengurus pasukan Cg. Radzi, Jurulatih Cg. Zulkifli dan guru-guru lain yang turut memberi sokongan padu yang membawa kemenangan bermakna ini.
Bergambar kenangan bersama Pasukan SK Langgar

Syabas dan tahniah kepada skuad bola sepak SKSB 2011 dan guru/jurulatih mereka.
 ARMS/berita.....




BERITA SEBELUM INI :
AJIL (31 Mac 2011) - SK Seri Berang baru sahaja menempah ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MSSM Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu, selepas meraih kemenangan besar dengan jaringan gol 5 - 2 ke atas SK FELDA Tersat di peringkat Separuh Akhir bertempat di SK Tok Randok, pagi ini.


SK Seri Berang akan berhadapan dengan SK Langgar jam 3 petang ini. SK Langgar mara ke perlawanan akhir selepas mengenepikan saingan di Separuh Akhir dengan SK Kua dengan jaringan gol 3-0.


Semoga SK Seri Berang muncul Johan Bola sepak Sekolah Rendah 2011.




Berita Terdahulu :


SERI BERANG MARA KE SEPARUH AKHIR




TOK RANDOK(30 Mac 2010) : Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang Bawah 12 Tahun yang mewakili KDSR ZON 2 telah berjaya mengatasi halangan peringkat kumpulan untuk mara ke peringkat Separuh Akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Hulu Terengganu yang sedang berlangsung di SK Tok Randok.


Pasukan SK Seri Berang berjaya mengatasi Pasukan SK Getang dengan jaringan besar,7-0 sebelum menang tipis bertemu Pasukan SK Kua, 1-0. Perlawanan hari ini yang dijadualkan bertemu Pasukan SK Tapu terpaksa dibatalkan kerana Pasukan tersebut telah menarik diri.


Esok, Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang akan turun padang untuk penentuan ke peringkat Akhir. Selamat berjaya diucapkan, semoga memperolehi kejayaan berganda selepas menjadi Johan Peringkat Zon baru-baru ini.

Sunday, March 27, 2011

SERI BERANG MELAHIRKAN PELAJAR BERBAKAT SUKAN

JENAGOR (23 Mac 2011) : SK Seri Berang sekali lagi berada dalam kedudukan terbaik daerah tahun ini setelah Perseorangan Perempuan bawah 12 tahun (P12) dan Beregu Lelaki L12 mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu, yang dilangsungkan di SMK Jenagor, di sini baru-baru ini.

Amirul Najmi bin Abd Rahman dan Akif Hafifi bin Abu Hanifah dari Tahun 6 Waja mempamerkan prestasi cemerlang setelah menewaskan SK Bukit Gemuroh (pusingan 2) dan SK Kuala Berang (Suku Akhir). Bagaimanapun Amirul Najmi dan Akif Hafifi hanya mampu meraih di Tempat Ke-3 Daerah Hulu Terengganu setelah dikejutkan oleh pasangan beregu SK Padang Setar dalam saingan separuh akhir.

Manakala dalam persaingan Perseorangan Perempuan P12, Nor Fatin Najihah binti Salim dari Tahun 6 Wira turut cemerlang pada kali ini dengan meraih Tempat Ke-3 Daerah Hulu Terengganu selepas mara ke Separuh Akhir berbanding hanya mampu ke Suku Akhir 2010 yang lepas.

Kejayaan mereka dapat membantu menggalas cabaran pasukan badminton daerah ke kejohanan badminton MSSM Negeri Terengganu yang dijadual berlangsung di Kemaman akhir bulan ini.

Dalam acara Bolasepak Bawah 12 tahun, SK Seri Berang muncul Johan Zon 2 setelah menewaskan SK Kuala Dura dalam perlawanan akhir yang dilangsungkan di SK Telaga.
Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang

Manakala Bola Jaring Bawah 12 tahun, SK Seri Berang muncul johan zon 2 sekaligus layak ke kejohanan peringkat daerah  pada akhir bulan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kemenangan dan prestasi cemerlang para murid yang mewakili SK Seri Berang.

Sunday, March 6, 2011

SKSB ANTARA LIMA TERBAIK HULU TERENGGANU

JENAGOR: SK Seri Berang berjaya merangkul tempat ke 5 dalam Perbarisan sempena Majlis Pembukaan Kejohanan Olahraga MSS Hulu Terengganu kali ke 46, bertempat di SMK Jenagor baru-baru ini.
berwarna-warni

Itik menjadi maskot SKSB kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Perbarisan SK Seri Berang terutamanya kepada Pn. Zuriati dan En. Shamsul Bahrin diataskan kejayaan yang diperolehi.
SALAM 1MALAYSIA

Friday, March 4, 2011

OLAHRAGA MSSM DAERAH 2011 : SERI BERANG GONDOL 2 EMAS, 2 PERAK, 2 GANGSA

JENAGOR : SK Seri Berang berjaya memperolehi pungutan 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam kejohanan olahraga MSSM daerah Hulu Terengganu Kali ke-46, bertempat di SMK Jenagor, baru-baru ini.


Haiqal (2 dari kanan) muncul johan pecut daerah sekolah rendah 2011.

Menurut S/U Sukan SK Seri Berang, Ahmad Kamal Ibrahim berkata pencapaian pada kali ini cukup membanggakan. Lebih menarik, Ahmad Haiqal Abdullah dari tahun 6 Perdana muncul johan pecut daerah dalam acara 100 meter L12 peringkat akhir. Kejayaan Haiqal telah menyumbang pungutan pingat emas untuk pasukan sekolah. Beliau juga menyumbang pingat gangsa secara individu dalam acara Lompat Tinggi dan menyumbang pingat perak (berpasukan) dalam pusingan akhir acara 4X100 meter dan 4x200 meter.


Acara 4x200m L12 (akhir) yang disertai atlit Seri Berang.


Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan (tengah) bersama guru sekolah
memberi sokongan di padang SMK Jenagor ketika pusingan akhir 4X200 meter L12 dan P12.


Atlit perempuan pula muncul johan pecut daerah dalam acara akhir 4x200 meter P12. Kejayaan ini telah menobatkan Seri Berang sebagai kuasa pecut baru di daerah ini.



Guru-guru SK Seri Berang bertugas sebagai urusetia hadiah Kejohanan Olahraga MSSM HT 2011.
Difahamkan SK Seri Berang berada dalam kedudukan 5 terbaik daerah dalam pencapaian pungutan pingat. Syabas dan tahniah diucapkan.

" SERI BERANG BOLEH "

Saturday, February 26, 2011

UJIBAKAT BADMINTON SK SERI BERANG 2011

KUALA BERANG : SK Seri Berang telah melangsungkan sesi ujibakat badminton baru-baru ini. Ujibakat ini melibatkan acara Lelaki dan Perempuan Bawah 12 tahun (L12/P12). Menurut penyelaras badminton sekolah, Ustaz Azarul berkata ujibakat tersebut bertujuan mencari bakat baru untuk projek pasukan sekolah bagi menghadapi Kejohanan Badminton MSSM Hulu Terengganu (Sekolah Rendah).

TAHNIAH : Ilham Hakimi (dijulang) muncul bakat baru projek badminton sekolah 2011.

Dalam sesi ujibakat tersebut, Najmi Abd Rahman dari Tahun 6 Waja muncul johan lelaki setelah menewaskan Ilham Hakimi Mohd Daud (5 Wira) dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki. Antara lain yang terpilih Aqif Hafifi (6Waja), Fikri Norazmi (6Perdana). Mereka akan bersaing dalam kejohanan peringkat daerah yang dijadual akhir Mac depan.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM HULU TERENGGANU 2011

KUALA BERANG (27 Feb. 2011) - SK Seri Berang sedang giat menjalankan latihan kecergasan sebagai persiapan Kejohanan Olahraga Daerah bermula 28 Februari - 3 Mac 2011 depan. Menurut Jurulatih Olahraga SK Seri Berang Shahidan Abu Kasim, peserta yang terpilih mewakili sekolah kian giat menjalan latihan kecergasan pada setiap waktu pagi di padang sekolah. Ini bertujuan atlit sekolah mempunyai stamina yang mencukupi sebelum ke kejohahan tersebut.

Atlit Sekolah sedang mengambil bahagian latihan kecergasan
(BERDIRI KANAN  : Cg Shahidan)

GPK Kokurikulum, Jamaludin Embong memantau
perjalanan latihan lompat jauh atlit sekolah.