Showing posts with label koko. Show all posts
Showing posts with label koko. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Murid Seri Berang meraih Platinum Peringkat Kebangsaan


NUR NADIA ADLEENA BT TENGAH bersama hadiah yang dimenangi
KUALA BERANG : NUR NADIA ADLEENA BT TENGAH dari Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Seri Berang telah meraih Anugerah Platinum sempena Kem Semarak Teater   Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2012.


ADLEENA semasa menerima penghargaan daripada Puan Guru Besar
Kem Semarak Teater ini telah diadakan dari 18 hingga 22 September 2012 bertempat di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor.
ADLEENA bersama pemenang Pingat Perak Karnival Olahraga Bawah 11 
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN

SERI BERANG MERAIH 2 PINGAT

Inani dan Zarith Bersama Pingat Masing-masing
KUALA BERANG : Dua atlit Tahun 5 SK Seri Berang yang mewakili sekolah dalam Karnival Olahraga Bawah 11 Daerah Hulu Terengganu berjaya meraih dua pingat Perak. Kejohanan yang berlangsung di Padang SMK Jenagor turut melibatkan semua atlit dari seluruh Sekolah Daerah ini.

           Kedua-dua pingat Perak yang diraih oleh Muhammad Zarith dan Inani merupakan dari acara Lontar Peluru bawah 11. Semoga Pingat yang dirai akan membakar semangat semoga menjadi lebih baik pada tahun hadapan.

Syabas diucapkan

Thursday, April 12, 2012

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 2012



BERSEDIA : Peserta Perkhemahan Pendidikan Alam Sekitar SK Seri Berang
sedang mengikuti latihan persediaan sesi KEYAKINAN DI DALAM AIR
di Teluk Dalam PR. Taklimat disampaikan Ketua Jurulatih Pusat Kokurikulum
JPN Terengganu cawangan Pulau Redang.


PULAU REDANG, K.T'GANU (12 April 2012) : SK Seri Berang sedang mengadakan Perkhemahan Pendidikan Alam Sekitar di Pusat Kokurikulum JPN Terengganu cawangan Pulau Redang, di sini.

Program tersebut bermula hari ini dan akan berkahir Sabtu ini. Pelbagai pengisian program telah dirangka bertujuan memberi pendidikan alam sekitar kepada anggota perkhemahan. Program ini dibantu barisan Jurulatih dan Pegawai Pusat Kokurikulum Negeri.



LAPOR DIRI : Peserta sedang mengikuti Taklimat Khas oleh Ketua Jurulatih
Pusat Kokurikulum JPNT cawangan Pulau Redang.


HEBAT DAN MENCABAR : Kumpulan Perkhemahan bersama guru pengiring
di program Pendidikan Alam Sekitar di Pulau Redang.

AKTIVITI HARI PERTAMA : KEYAKINAN DIRI DI AIR DI TELUK DALAM PR
'Panaskan Badan' dilakukan sebelum turun ke sisir pantai.
En. Abd Malek dan keluarga (kiri sekali) salah seorang AJK PIBG SK Seri Berang
turut menyertai perkhemahan kali ini.



Peserta Perkhemahan Pendidikan Alam Sekitar diberi peluang
untuk cuba mengapungkan diri di atas permukaan laut.


Guru Besar SK Seri Berang, Cikgu Hasnah Hasan sedang mengikuti
Modul 'Keyakinan di atas Air' kendalian Pusat Kokurikulum JPNT
cawangan Pulau Redang.
Jurulatih Pusat Kokurikulum JPNT cawangan Pulau Redang
sedang memberi penerangan kepada murid berkenaan 
pemakaian baju keselamatan yang betul.


Guru Besar SK Seri Berang sedang memberi taklimat tentang peraturan
dan disiplin program.


Seramai lebih 130 orang murid termasuk guru dan ahli keluarga menyertai program kali ini. Pada 2010 lepas, pihak sekolah telah berjaya merintis program seumpama ini dan telah memberi impak kesedaran  yang tinggi di kalangan warga perkhemahan sekolah yang terlibat mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Program pada hari ke-2 pula dijalankan aktiviti Lawatan ke Taman Laut Malaysia di Pulau Pinang dan ke Pasir Panjang di Pulau Redang ini.

AKTIVITI PADA HARI KEDUA : MELAWAT TAMAN LAUT DAN LONG BEACH@PR
Bot peserta SKSBRG tiba di Jeti Taman Laut Negara pada pagi Jumaat, 13 April 2012.



AKTIVITI SNORKELING DI TAMAN LAUT :
Aktiviti Meneroka Khazanah Kehidupan Air di Taman Laut Negara
Pulau Pinang, PULAU REDANG.
Merujuk laman WIKIPEDIA, Selam paras permukaan atau snorkeling atau selam dangkal (skin diving) adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan mengenakan peralatan berupa topeng selam dan snorkel. Selain itu, penyelam sering mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki.

Snorkel ialah peralatan selam berupa tiub berbentuk huruf J dengan pelindung mulut di bahagian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai jalan masuk udara ketika bernafas dengan mulut tanpa harus mengangkat muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air boleh dilihat sambil berenang dengan wajah menghadap ke permukaan air dan bernafas melalui snorkel. Penyelam boleh mengambil nafas dalam-dalam sebelum menyelam ke bawah air. Penyelam skuba menggunakan snorkel untuk menghemat udara di dalam tabung sewaktu berenang di permukaan air


Aktiviti di Taman Laut


Hebat....Ciptaan Allah SWT.



Baju Keselamatan GB SK Seri Berang sedang dikemaskan pemakaian
oleh suaminya, Cg. Shaidi (GB SK Bukit Perah, Hulu T'ganu).

Tcr. Mariati dan suami (Cg. Mazlan, GPK 1 SK Kuala Ping, Hulu T'ganu)
bersiap sedia mengiringi kumpulan peserta ke Pasir Panjang/Long Beach
Pulau Redang.

BERSEDIA KE LONG BEACH PULAU REDANG :
 Pasangan Pak Mansor dan Kak Dah (Pengusaha Kantin)
juga menyertai program di PULAU REDANG.


Lawatan ke Pasir Panjang PR


Menikmati kesejukan air di sisir pantai Pasir Panjang @ Long Beach PR


Cg. Mohd Radzi dan isteri ketika sedang bertugas memantau aktiviti
peserta program di tepi pantai Long Beach Pulau Redang.

Kem Komandan program sedang mengetuai perjalanan ke Pasir Panjang PR


Cg. Kamal dan Cg. Zamzuri bertugas mengiringi peserta
ke Jeti Laguna Redang @ Long Beach PR.

Pada hari terakhir Sabtu 14 April 2012 telah dilangsungkan perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring Persahabatan SK Seri Berang vs SK Pulau Redang. Keputusannya seperti berikut :

Bola Sepak :     SKSBRG (0)   vs  SKPRE (0)
Bola Jaring :      SKSBRG (24) vs SKPRE (1)


Rombongan Perkhemahan SK Seri Berang tiba di SK Pulau Redang (SKPRE)


Sesi Bergambar Perlawanan Persahabatan
Kedua-dua Pasukan Bola Sepak Sekolah.
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan.
Pertemuan Muhibbah : SK Seri Berang vs SK Pulau Redang : 0 - 0

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring : SK Seri Berang vs SK Pulau Redang
Keputusan  :   24-1

SK Seri Berang mendominasi perlawanan persahabatan bola jaring.

Penyokong kuat Pasukan Bola Jaring SK Seri Berang...


Guru Besar SK Seri Berang menyampaikan Cenderahati Tanda Ingatan dan
Penghargaan Terima Kasih kepada GPK 1 SK Pulau Redang sempena
Perlawanan Persahabatan dan Pertemuan Muhibbah di antara dua sekolah.


Bergambar kenangan selepas Majlis Penutup
Perkhemahan Pendidikan Alam Sekitar 2012.

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN.
SELAMAT TINGGAL PULAU REDANG.


arms/berita...

Sunday, April 8, 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU T'GANU 2012

Perlawanan Ke-2 : SK SERI BERANG vs SK BUKIT DIMAN.
Keputusan : 4-0

AJIL (8 April 2012) : Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Rendah peringkat Daerah Hulu Terengganu sedang berlangsung bermula 8 hingga 10 April 2012 bertempat di Padang Bola Sepak, SK Bukit Perah.

Berikut keputusan perlawanan  yang melibatkan pasukan SK Seri Berang :


PERLAWANAN                                             KEPUTUSAN

SK Seri Berang vs SK Tengkawang                         0-3

SK Seri Berang vs SK Bukit Diman                          4-0

SK Seri Berang vs SK Bukit Perah                           3-1

P     M     S     K      J     B    Mt 
3     2      0      1       7     4      6

KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN :

Tempat Pertama   :    SK Tengkawang
Tempat Kedua      :   SK Bukit Perah
Tempat Ketiga        :   SK Seri Berang
Tempat Keempat   :   SK Bukit Diman

* Dua pasukan teratas layak ke Separuh Akhir yang dijadualkan pada Hari Selasa 10/4/2012.

Terima kasih di atas komitmen dan kesungguhan Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang sesi 2012.


Sorotan Perlawanan Hari Pertama : ISNIN (8/4/2012)


Pertahanan SK Seri Berang berusaha keras mengeluarkan bola dari kawasan
penalti mereka.


Penyerang Utama SK Seri Berang, Alif Zikri Zulkifli cuba melepasi
pertahanan SK Bukit Diman.



Rebut....


Kem Pasukan SK Seri Berang memberi sokongan
di tepi padang sepanjang perlawanan berlangsung.

Thursday, April 5, 2012

SERI BERANG JUARA BOLA SEPAK ZON 2 HULU T'GANU

Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun
SK Seri Berang, Hulu Terengganu
(Juara zon KDSR 2 Hulu T'ganu 2012)

KUALA BERANG (5 APRIL 2012) : SK Seri Berang telah muncul Johan Bola Sepak Zon KDSR 2, daerah ini selepas menewaskan SK Tengku Ampuan Intan di padang sekolah ini, petang tadi.

Kemenangan SK Seri Berang ke atas SKTAI 2-1 dicapai selepas gol pendahuluan dijaringkan Shahzuwan Abd Malek di separuh masa pertama. Namun SKTAI berjaya menyamakan kedudukan setelah dihadiahkan sepakan penalti di separuh masa kedua setelah pemain mereka dijatuhkan oleh pertahanan SK Seri Berang di dalam petak penalti.  Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan gol 1-1 sehingga membawa kepada masa tambahan. Pada masa tambahan kedua, Muhammad Zikri  Hanif Zakaria muncul hero SK Seri Berang selepas beliau menjaringkan gol kemenangan hasil lorongan cantik oleh penyerang berbisa Shahzuwan di hadapan pintu gol SKTAI.


JENTERA SERANGAN SK SERI BERANG :
Ezzuan Iskandar (jersi 11) dibantu Shahzuwan (jersi 10)
ketika di babak Separuh Masa Kedua Final Bawah 12 Tahun
Sekolah-sekolah Rendah zon KDSR 2.

Sepakan Kencang Pertahanan SK Seri Berang, Nazri Razak.
Gambar dipetik ketika di babak Separuh Masa Pertama FINAL.

Penyampaian Hadiah di Majlis Penutup disempurnakan
Pn. Guru Besar SK Seri Berang, Cikgu Hasnah Hasan.


MERIAH : Kelab Penyokong Bola SK Seri Berang dan para guru
memberi sokongan penuh di tepi padang.

Pertemuan Bersejarah 2 Sekolah Kluster Kecemerlangan
Zon 2, Daerah Hulu Terengganu :
SK SERI BERANG (2) VS SK TAI (1)



Kemenangan SK Seri Berang diteruskan ke kejohanan bola sepak peringkat daerah yang akan dilangsungkan pada Ahad depan bertempat di SK Bukit Perah, Zon 1 Hulu Terengganu.

Berikut urutan perlawanan pasukan SK Berang sebelum mara ke Perlawanan Akhir :

Menewaskan SK Telaga (1-0, Pusingan 1 Kumpulan A)
Menewaskan SK Seri Buloh (2-0, Pusingan 2 Kumpulan A)
Terikat Tanpa Jaringan Gol dengan SK Kuala Berang (0-0, Pusingan 3 Kumpulan A)
Menewaskan SK Kuala Dura (1-0, Separuh Akhir)

Tahniah kepada pemain dan pengurus pasukan.

SERI BERANG NELANG...
PETEH SERI BERANG PETEH...


arms/berita....

Monday, March 26, 2012

BOLA BALING : SERI BERANG MEMBERI CABARAN

KUALA BERANG (26 Mac 2012) : Pasukan Bola Baling P12 SK Seri Berang berjaya mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Baling Daerah Hulu Terengganu yang berlangsung di SK Tok Randok. Cabaran SK Seri Berang ditunjukkan jalan keluar apabila tewas tipis kepada Pasukan SK Tapah,0-2.
        Sebelum itu Pasukan SK Seri Berang berjaya melepasi halangan awal dalam peringkat kumpulan apabila berjaya menewaskan SK Jerangau Barat (9-3) dan SK Bukit Peroh (4-1) sebelum tewas kepada SK  Sungai Buluh(3-9).
       Dalam saringan peringkat KDSR 2, Pasukan SK Seri Berang muncul Naib Johan selepas tewas kepada Pasukan tuan rumah,  SK Tapah dalam perlawanan yang penuh sengit. Komitmen dan semangat tidak mahu mengalah yang ditunjukkan oleh pemain-pemain disamping sokongan padu guru-guru menjadi tonik berharga.
      Tahniah dan syabas diucapkan terutamanya kepada Jurulatih Pasukan, Cikgu Shahidan Abu Kasim dan seluruh pemain. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang turut memberikan sokongan.

Pasukan SK Seri Berang(jersi hijau) memberikan saingan 

KENTAL : Pertahankan kubu pasukan

SOKONGAN PADU : Antara guru yang memberikan sokongan

TAHNIAH : Guru Besar meraikan pemain