Showing posts with label Tahniah. Show all posts
Showing posts with label Tahniah. Show all posts

Tuesday, June 18, 2019

TAHNIAH


Ahmad Iqbal bin Norshazwan
Tempat kedua pertandingan asas pertolongan cemas kategori 10-12 tahun
Kursus asas Pertolongan Cemas Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019


Muhammad Amsyar bin Ahmad Tajuddin
Tempat ketiga pertandingan asas pertolongan cemas kategori 10-12 tahun
Kursus asas Pertolongan Cemas Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019


Aina Damia binti Norshazwan
Pencapaian cemerlang aktiviti Perkhemahan pengakap wanita peringkat Kebangsaan 2019



Monday, April 29, 2013

CHORAL SPEAKING DAERAH HT : SKSB JOHAN


SK SERI BERANG (29 APRIL 2013) : Pasukan Choral Speaking SK Seri Berang berjaya mengalahkan 7 pasukan dari sekolah-sekolah Hulu Terengganu untuk muncul sebagai Johan Pertandingan Choral Speaking Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Terengganu pagi tadi.
Naib Johan pula disandang oleh Pasukan SK Kuala Berang manakala tempat Ketiga SK Pasir Tinggi. SK Seri Berang selaku tuan rumah telah melaksanakan persiapan sebaik mungkin bagi melancarkan lagi pertandingan ini.
Kaunter Pendaftaran
Hakim-hakim bermesyuarat
Antara Aksi para peserta yang bertanding

Para Hakim yang arif lagi bijaksana

Aksi Pasukan SK Seri Berang

Penyampaian Hadiah oleh Tuan Haji Suhaimi, PPPD Hulu Terengganu
Bergambar kenangan bersama Guru Besar, Pn Hasnah Hasan

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Tuesday, April 16, 2013

SAHIBBA : NAIB JOHAN DAN KETIGA MILIK SK SERI BERANG


SMK KUALA JENERIS (16 APRIL 2013) : Peserta Sahibba yang mewakili SK Seri Berang berjaya mengharumkan nama SK Seri Berang apabila berjaya mendapat tempat antara yang terbaik di peringkat daerah. Pertandingan Sahibba Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di SMK Kuala Jeneris.
Aksi Syed Shafiy

Wakil SK Seri Berang, Syed Shafiy telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala Fatihah telah berjaya mendapat Naib Johan.
Fatihah akan mewakili Hulu Terengganu ke peringkat Negeri

Tahniah dan syabas diucapkan.

Friday, December 31, 2010

Tahniah Cikgu Rahiman

Assalamualaikum


TAHNIAH diucapkan kepada Cikgu Rahiman Bin Mohamed di atas kenaikan pangkat sebagai Guru Besar di SK Bukit Mundok, Setiu bermula sesi persekolahan 2011. Cg Rahiman bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebelum ini di SK Seri Berang.


Amanat terakhir kepada murid-murid SK Seri Berang.



Selamat bertugas di tempat baru. Jasamu dikenang selalu....