SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Friday, March 19, 2010
Tenaga Pengajar Dan Staf Sokongan
Tuesday, February 23, 2010
Sekolah Kebangsaan Seri Berang telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jun 2001. Sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan yang ke 42 di Daerah Hulu Terengganu. Letaknya 45 km dari
Pusat Bandaraya Kuala Terengganu dan
1.5 km dari pusat bandar Kuala Berang,
Hulu Terengganu.
Pada tahun pertama penubuhan, urusan pentadbiran sekolah terpaksa beroperasi dengan menumpang bangunan di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang,
Hulu Terengganu. Pada masa itu, pembinaan bangunan sekolah belum siap sepenuhnya mengikut jadual pelaksanaan. Seramai
155 orang pelajar telah
mendaftarkan diri. Perjawatan diisi dengan seorang guru besar, tujuh orang guru akademik dan dua orang staf
sokongan. Guru Besar
yang pertama yang dilantik ialah Tuan Haji Barruddin
bin Suda.
SK Seri Berang
beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri bermula 6 Januari 2002 . Bilangan murid telah
bertambah kepada 250 orang dengan
bilangan guru mencecah kepada 16 orang. Tanggal 10 Okt 2002,jawatan Guru Besar
disandang oleh Tn Baruddin bin Sudar. Kemudian Puan Hasnah bt hasan (2002-2014). SK Seri berang
terus berkembang dan melakar sejarah tersendiri bilamana dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada September 2011. Puan
Nurani bt Lebai Abdul menerajui SKSB bermula 2014-2018. Bermula Disember 2018 sehingga sekarang diterajui oleh Pn Hayati bt Osman.
SK
Seri Berang terus berkembang dan melakar sejarah tersendiri dari semua aspek. Semoga SK Seri Berang
terus melestarikan kecemerlangan dan mencipta kejayaan dalam kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah murid selari
dengan misi bagi memenuhi aspirasi negara.
Hubungi Kami
Sekolah Kebangsaan Seri Berang
Jalan Perumahan RKT
Sungai Petai
21700 Kuala Berang
Terengganu Darul Iman
Kod Sekolah : TBA5049
Tel : 09-6816452 Faks : 09-6812319
email : tba5049@moe.edu.my
web : http://skseriberang.blogspot.com
Jalan Perumahan RKT
Sungai Petai
21700 Kuala Berang
Terengganu Darul Iman
Kod Sekolah : TBA5049
Tel : 09-6816452 Faks : 09-6812319
email : tba5049@moe.edu.my
web : http://skseriberang.blogspot.com
Kata Alu-Aluan Guru Besar SKSB
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan rahmatnya dapat kita menghasilkan sebuah laman maya Sekolah Kebangsaan Seri Berang sebagai sumber rujukan dan panduan pengurusan sekolah dan semua
Dengan terbitnya laman maya Sekolah ini diharapkan dapat membantu semua pihak yang terlibat untuk dijadikan “Banchmark” dan diimplemantasikan bagi menjadikan sekolah penjana ‘Modal Insan Gemilang dan Terbilang’ .
Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Berang, PIBG, Pusat Kegiatan Guru Kuala Berang, Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu, Jabatan Pendidikan Terengganu, Jemaah Nazir Sekolah dan semua pihak yang terlibat ke arah mempertingkat kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Kebangsaan Seri Berang .
Sekian, wassalam.
“ ILMU AKAL BUDI “
Monday, February 22, 2010
Sejarah dan latar belakang SKSB
- Ditubuhkan pada 01 Jun 2001
- Mula beroperasi pada 1 Januari 2002
- Jarak 1 km dari pada PPD Hulu Terengganu
- Guru Besar Pertama ialah En Baharudin Suda ( 1 Jun 2001 - 30 Sept 2002 )
- Guru Besar kedua ialah Pn. Hasnah bt Hasan ( 1 Okt 2002 sehingga sekarang )
- Diawal penubuhan bilangan murid 220 orang manakala guru pula seramai 12 orang dan mempunyai 3 orang kakitangan sokongan.
- Kini jumlah guru dan pelajar meningkat iaitu seramai 463 murid , dan 36 orang guru dan 4 orang guru J-QAF manakala kakitangan sokongan seramai 7 orang.
- Bilangan bilik darjah pula ialah 12 buah kelas, 1 kelas pemulihan dan 2 buah pra sekolah.
Kemudahan yang terdapat di SKSB
Bilik Darjah
Bilik Rawatan
Perpustakaan
Kantin
Dewan
Bilik Tayang
- Bilik Darjah
- Bilik-Bilik Pentadbiran
- Makmal Komputer
- Pusat Akses
- Pusat Sumber Sekolah
- Bilik SPBT Sekolah
- Bilik Bimbingan & kaunseling
- Bilik Sembahyang
- Bilik Persalinan
- Bilik Wuduk
- Bilik Pemulihan
- lBilik Muzik
- lBilik Sains
- lBilik Kesihatan/Pergigian
- lBilik Mesyuarat
- lBilik Guru
- lBilik Pengawas
- lBilik Stor
- lBilik Cetak
- lBangunan PRA Sekolah
- lKantin
- lDewan Sekolah
- lLaman Perhimpunan
- lPondok Pengawal
- lPadang Sekolah
- lTempat Letak Kereta
- lTaman Permainan PRA
Subscribe to:
Posts (Atom)