Sunday, February 27, 2011

Mesyuarat Pengurusan J'kuasa Program j-QAF Daerah 2011


 Wan Fauzi (Tengah) sedang menyampaikan tips penting
ketika mempengerusikan mesyuarat j-QAF daerah.

KUALA BERANG : Semua guru program j-QAF perlu bekerja keras dalam memperkasakan sistem Pendidikan Islam di sekolah rendah. Pen. Pengarah (Operasi j-QAF) Sektor Pendidikan Islam JPNT, Ustaz Wan Fauzi Wan Mahmood berkata pencapaian 2005-2010 telah menghasilkan pencapaian yang positif dalam semua model program j-QAF. Walau bagaimanapun, murid-murid berkeperluan termasuk pemulihan jawi, literasi quran dan solat perlu diberi pengukuhan dan bimbingan berterusan. Ini bertujuan memastikan murid berkenaan menguasai semua kemahiran dalam model program tersebut sekurang-kurangnya pada aras pertama/menguasai sederhana. Wan Fauzi berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Program j-QAF Daerah Hulu Terengganu di PPD Hulu Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir ialah Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Ustaz Idris Sulong, Penyelia Pendidikan Islam PPD Hulu Terengganu, Ustaz Ahmad Tajuddin Mahmood dan Pengerusi J'kuasa j-QAF daerah yang juga Penyelaras j-QAF SK Seri Berang, Azarul Mat Said.

Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah rendah sejak 2005 dan dilaksanakan di 5 buah sekolah pada tahun tersebut. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Kua, SK Kuala Berang, SK Tengkawang, SK Bukit Perah dan SK Telaga.

Saturday, February 26, 2011

PERSIAPAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN OTI 1/2011


SERI BERANG : Para pelajar diminta membuat persiapan rapi untuk menghadapi peperiksaan OTI kali pertama pada minggu kedua bulan Mac nanti. Menurut GPK Kokurikulum, Jamaludin Embong berkata semua murid perlu mengulangkaji dan menyiapkan kerja tugasan guru untuk menyiapkan diri sebelum peperiksaan berlangsung. Ini penting agar murid menguasai topik-topik kemahiran yang akan diuji dalam peperiksaan tersebut. Jamaludin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah pagi tadi (Ahad, 27 Februari 2011).

e-BOOK 2011 MURID TAHUN 5




SERI BERANG : Murid Tahun 5 sekolah ini telah menerima e-BOOK daripada Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini. Majlis penyampaian e-BOOK telah dilangsungkan di Dewan MDHT. Diharapkan pelajar memanfaatkan peralatan berkenaan dalam meningkatkan mutu pembelajaran seharian.

UJIBAKAT BADMINTON SK SERI BERANG 2011

KUALA BERANG : SK Seri Berang telah melangsungkan sesi ujibakat badminton baru-baru ini. Ujibakat ini melibatkan acara Lelaki dan Perempuan Bawah 12 tahun (L12/P12). Menurut penyelaras badminton sekolah, Ustaz Azarul berkata ujibakat tersebut bertujuan mencari bakat baru untuk projek pasukan sekolah bagi menghadapi Kejohanan Badminton MSSM Hulu Terengganu (Sekolah Rendah).

TAHNIAH : Ilham Hakimi (dijulang) muncul bakat baru projek badminton sekolah 2011.

Dalam sesi ujibakat tersebut, Najmi Abd Rahman dari Tahun 6 Waja muncul johan lelaki setelah menewaskan Ilham Hakimi Mohd Daud (5 Wira) dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki. Antara lain yang terpilih Aqif Hafifi (6Waja), Fikri Norazmi (6Perdana). Mereka akan bersaing dalam kejohanan peringkat daerah yang dijadual akhir Mac depan.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM HULU TERENGGANU 2011

KUALA BERANG (27 Feb. 2011) - SK Seri Berang sedang giat menjalankan latihan kecergasan sebagai persiapan Kejohanan Olahraga Daerah bermula 28 Februari - 3 Mac 2011 depan. Menurut Jurulatih Olahraga SK Seri Berang Shahidan Abu Kasim, peserta yang terpilih mewakili sekolah kian giat menjalan latihan kecergasan pada setiap waktu pagi di padang sekolah. Ini bertujuan atlit sekolah mempunyai stamina yang mencukupi sebelum ke kejohahan tersebut.

Atlit Sekolah sedang mengambil bahagian latihan kecergasan
(BERDIRI KANAN  : Cg Shahidan)

GPK Kokurikulum, Jamaludin Embong memantau
perjalanan latihan lompat jauh atlit sekolah.

1 MALAYSIA 1 UMMAH (1432H)



Sekolah Kebangsaan Seri Berang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1432H pada Khamis, 24 Februari yang lepas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan bersalawat antara rumah sukan. Rumah Kuning telah muncul sebagai kontinjen perarakan terbaik pada kali ini.


Aktiviti lain ialah ceramah khas oleh Tn Hj. Nordin Surim (Guru Kanan Pendidikan Islam SMK Landas, Hulu Trg), pertandingan bersalawat dan zikir munajat.


Sebahagian murid dari Rumah Sukan Kuning berjaya menyiapkan kain rentang perarakan MR 1432H/2011M.



Tn Hj Nordin Surim mengetuai bacaan salawat Maulidur Rasul 1432H/2011M.















Wednesday, January 5, 2011

Sekitar Pembukaan Penggal Persekolahan 2011

 Kunjungan hormat En Khalid Mustafa, Timbalan PPD Hulu Terengganu ke tahun 1 Waja 2011
Sesi ramah mesra

Guru Besar sedang memujuk murid tahun 1 yang masih dalam proses suai kenal

Cikgu Mazura memperkenalkan Ustazah Zaiyah sempena lawatan kerja murid tahun 1 ke Bilik Guru

Kunjungan mesra Pegawai ICT PPDHT ke Bilik Guru

Kelas Jawi Pertama 2011
 
Taklimat dari Guru Disiplin - Cikgu Zamzuri
Apa agaknya yang di perkatakan oleh Cikgu Zamzuri

Hari Pertama Kokurikulum 2011