Friday, April 8, 2011

STRUKTUR ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2010 - 2011

Struktur Organisasi Panitia Pend Islam Sksb Tahun 2010

Program j-QAF : Analisa Pencapaian 2008-2011 (e-LAPORAN)

Analisa ian Program J-QAF 2008-2010

Wednesday, April 6, 2011

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ZON KDSR 2

KUALA BERANG (7 April 2011) : SK Seri Berang (SKSB) sedang beraksi dalam kejohanan bola tampar peringkat zon 2 Hulu Terengganu. Perlawanan yang bermula hari ini sedang berlangsung di padang SK Dusun. Pasukan SKSB L12 hanya mampu mara ke separuh akhir bertemu tuan rumah, SK Dusun. Pasukan SKSB P12 menang di peringkat separuh akhir ke atas SK Pasir Nering dan mara ke perlawaan akhir yang dijadual berlangsung pada petang ini.

Berikut rakaman foto yang menarik mengenai penyertaan Seri Berang dalam kejohanan tersebut :



Sesi 'warming-up' pemain L12 sebelum perlawanan bermula.


Sesi rehat sambil menghilangkan dahaga.


Jurulatih pasukan, Cg. Mohamad Zaimi yang juga Pen. Kanan 1 SK Seri Berang
sedang memperkatakan sesuatu kepada Cg. Nazilee (guru pengiring pasukan) tentang perjalanan kejohanan kali ini.


Tcr. Noraini dan Cg. Mazura sedang memberi taklimat ringkas kepada salah seorang
pemain Seri Berang sebelum perlawanan bermula.

Sedutan perlawanan separuh akhir SKSB lawan tuan rumah, SK Dusun


Sedutan perlawanan separuh akhir L12


Sedutan perlawanan separuh akhir P12 : SK Seri Berang vs SK Pasir Nering.

Pasukan Bola Tampar P12 SK Seri Berang

DARI KIRI : Cg Mazura, Tcr Norfarahida dan Tcr Noraini merupakan guru penasihat
 yang memberi sokongan padu kepada pasukan Seri Berang P12.

Penyelaras ICT Seri Berang, Cg Radzi yang bertugas sebagai pengurus
pasukan SKSB L12 turut memberi sokongan kepada pasukan P12.
Terkini :
KUALA BERANG: Pasukan Bola Tampar SK Seri Berang P12 muncul Naib Johan Kejohanan Bola Tampar P12 KDSR Zon  2, selepas ditumpaskan oleh Pasukan tuan rumah, SK Dusun dengan straight set, 19-25, 23-25.

Pasukan Bola Tampar SK Seri Berang L12 pula menduduki tempat ketiga dibelakang Pasukan tuan rumah, SK Dusun (Johan) dan Pasukan SK Pasir Nering (Naib Johan).
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Selamat berjaya dalam Kejohanan Bola Tampar P12 MSSHT 2011.
Pasukan Bola Tampar SK Seri Berang

Pasukan Bola Tampar Perempuan Bersama Pengurus dan Jurulatih

Pasukan Bola Tampar Lelaki Bersama Pengurus dan Jurulatih

mr/muktahir

Tuesday, April 5, 2011

BOLA BALING P12 JOHAN KDSR 2

KUALA BERANG (5 APRIL 2011, 10.30 am) : SK Seri Berang (SKSB) muncul johan bola baling perempuan bawah 12 KDSR 2 , selepas menewaskan SK Tapah pagi ini. Perlawanan akhir yang dilangsungkan di padang SK Tapah mendapat tumpuan penuh warga sekolah yang berkesudahan jaringan 10-0.

Syabas diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang bertungkus lumus merebut kejuaraan Bola Baling Perempuan Bawah 12 tahun ini. Semoga muncul sebagai Johan daerah Hulu Terengganu yang kan berlangsung pada 14 hingga 16 April 2011 di SK Menerong.

mrd/berita

BOLA JARING NAIB JOHAN DAERAH

KUALA BERANG(31 Mac 2011): Pasukan Bola Jaring SK Seri Berang muncul sebagai Naib Johan Kejohanan Bola Jaring bawah 12 tahun Daerah Hulu Terengganu selepas kecundang kepada Pasukan SK Tengku Ampuan Intan, 12-6.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengurus dan Jurulatih Pasukan Bola Jaring, Pn Rolimah, Tn Selema dan Pn Salmah serta semua yang terlibat.

mrd/berita

Sunday, April 3, 2011

SERI BERANG JOHAN BOLA BALING ZON KDSR 2

KUALA BERANG (4 APRIL 2011, 10.30 am) : SK Seri Berang (SKSB) muncul johan bola baling peringkat Zon KDSR 2 selepas menewaskan SK Telaga pagi ini. Perlawanan akhir yang dilangsungkan di padang SKSB mendapat tumpuan penuh warga sekolah yang berkesudahan jaringan 5-4.

Pasukan Bola Baling SK Seri Berang 2011 bersama jurulatih/pengurus pasukan, Cg Shahidan Kasim.

Guru dan murid memberi sokongan kepada pasukan SKSB ketika waktu rehat.


Penyerang SKSB, Mohd Azri membuat balingan kencang ke arah penjaga gol
SK Telaga dalam aksi final bola baling KDSR 2 Tahun 2011


Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat mendahului 1-0, kemudian SKSB menyamakan kedudukan sehingga ke saat-saat akhir. Kedua pasukan terikat 4-4 sehingga SKSB membuat jaringan kemenangan di minit terakhir sebelum wisel penamat ditiupkan. Perlawanan diadili Mohd Farid Yunus dari SK Seri Buluh.

Pegawai Khas Pengurusan Maklumat PPDHT, Yuseri Che Din
menyampaikan hadiah kepada pasukan SK Seri Berang
Syabas diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang bertungkus lumus merebut kejuaraan Bola Baling peringkat Zon KDSR 2, MSSM Daerah Hulu Terengganu.

arms/berita....

Saturday, April 2, 2011

KOKURIKULUM MEMBENTUK SAHSIAH PELAJAR

KUALA BERANG (3 April 2011) : Pelajar sekolah di daerah ini perlu diberi pengetahuan secukupnya untuk membentuk jati diri pelajar yang unggul. Pendidikan di luar bilik darjah termasuk aktiviti kokurikulum boleh melengkapkan proses pendidikan pelajar agar diri mereka lebih berdikari dan berketrampilan.

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) Hulu Terengganu, Hj. Abdul Rahman Abu Bakar berkata, guru penasihat dan penyelaras Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) adalah berperanan untuk menjayakan aktiviti kokurikulum sekolah. Ini kerana hala tuju  Kementerian Pelajaran untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Beliau yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Bengkel Guru Penyelaras TKRS dan KRS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu 2011 bertempat di Dewan Intan, SMK Tengku Ampuan Intan, hari ini.


Pen. PPDHT menyampaikan ucaptama Bengkel Guru Penyelaras TKRS Daerah 2011



Sebanyak 48 sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah yang diwakili guru-guru penasihat badan beruniform itu terlibat dalam bengkel anjuran Sekretariat TKRS Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama PPD Hulu Terengganu.


(BERDIRI KIRI) Mejar KRS Hj. Ali Mohamad, Pegawai Tadbir KRS Terengganu sedang
menyampaikan syarahan ketika dibengkel guru penyelaras TKRS daerah.


Peserta di kalangan guru penasihat/penyelaras TKRS yang hadir.


ARMS/berita