Thursday, October 6, 2011

SERI BERANG SERTAI KLAQ 2011

KUALA BERANG (6 Oktober 2011) : Seramai 7 murid dari sekolah ini telah menyertai Kem Literasi al-Quran (KLAQ 2011) bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuala Berang, hari ini.


BARISAN TENGAH : Che Khairul (berbaju oren), Nazarudin
dan Isma Aqil sedang mengikuti kursus bacaan al-Quran.

Mereka terdiri 4 murid lelaki dan 3 murid perempuan dari Tahun 5 Wira mengikuti kursus asas bacaan Iqra' meliputi bacaan huruf hijaiyah pelbagai baris, kalimah-kalimah dan potongan ayat dengan betul dan lancar.

Kem berkenaan bertujuan meningkat penguasaan sederhana murid ke tahap cemerlang. Ianya dikelolakan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Islam PPD Hulu Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Operasi Program j-QAF Daerah.


Normah Hajarul Najihah (Tahun 5 Wira) sedang menerima
sijil penyertaan dan cenderahati KLAQ 2011.

Majlis penutup disempurnakan oleh Us.Mohd Amran Arif, AJK Program yang juga Setiausaha Panitia j-QAF Daerah.



arms/berita...

Sunday, October 2, 2011

OLAHRAGA BAWAH 11 TAHUN DAERAH : SERI BERANG JOHAN LOMPAT TINGGI

KUALA BERANG (2 Oktober 2011) : Atlit olahraga sekolah, Adik Ahmad Haikal bin Mutufarudin memenangi pingat emas setelah menjuarai acara Akhir Lompat Tinggi  di Karnival Olahraga Bawah 11 Tahun Daerah Hulu Terengganu di SMK Ajil,semalam.


Adik Ahmad Haikal bin Mutufarudin (Tahun 5 Waja)

Kejayaan Adik Haiqal yang juga Pengawas Disiplin Sekolah turut diiringi dengan kejayaan rakan sekelas beliau, adik Alif Zikri bin Cg Zulkifli sebagai Naib Johan dalam acara Lompat Berpagar 80 meter.

Untuk rekod, SK Seri Berang daripada kelompok 5 sekolah rendah cemerlang dan berprestasi dalam olahraga MSSM daerah, 2011.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan dua atlit sukan Seri Berang.


SERI BERANG BOLEH !




arms/berita....

SK SERI BERANG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 5



PETALING JAYA (2 Oktober 2011) : SK Seri Berang secara rasminya telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.




Guru Besar menerima Sijil Pengiktirafan SK Seri Berang
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5
Tahun 2011.

Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan dan Pembantu Tadbir, Pn. Baidatul Suhana telah dijemput ke Majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster pada 27 September lepas bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.



Guru Besar (kanan) dan Pembantu Tadbir bersama-sama
memegang Sijil Pengiktirafan SK Seri Berang
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Abd. Ghafar Mahmud.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SK Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk pelaksanaan kebitaraan Pendidikan Bahasa Inggeris dan sukan Bola Sepak.


Guru Besar (berdiri 4 dari kiri) bersama Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 bergambar kenangan
dengan Jemputan Majlis dan Pegawai Kanan KPM.
 
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.


IMBASAN : Panel Penilai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM
telah datang membuat penghakiman ke atas pencalonan
SK Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5.


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI
SEKOLAH KLUSTER :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_kluster


Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga SK Seri Berang.
SERI BERANG BOLEH!



arms/berita...


Monday, September 26, 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU 2011


Pegawai-pegawai BTPN Terengganu bergambar kenangan
dengan GPK Pentadbiran dan GPK HEM SK Seri Berang.

KUALA BERANG (27 September 2011) : Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri Berang dipilih mewakili daerah Hulu Terengganu ke pertandingan PSS Cemerlang Negeri sempena Karnival Pendidikan Terengganu.

Lima orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Terengganu telah datang ke PSS sekolah untuk kerja-kerja penilaian dan penghakiman.

Kedatangan para pegawai telah diiringi Penyelaras dan Setiausaha Penyelaras PSS SK Seri Berang, Hjh Suhailah Harun dan Rafidah Alias.


Penilaian PSS sedang dijalankan.


Pencalonan PSS SK Seri Berang ke peringkat negeri dibuat berikutan ia memenangi Anugerah PSS Cemerlang ketika perayaan Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Hulu Terengganu 2011.

Semoga berjaya!


arms/berita...

KEM BESTARI SOLAT 2011

KUALA BERANG (26 september 2011) : Panitia Pendidikan Islam SK Seri Berang berjaya mengelolakan Kem Bestari Solat Siri 2 Tahun 2011. Kem tersebut dimulakan dengan semua murid Tahap 1 pada 26 September 2011 dan akan diikuti Murid Tahap 2 (28 September 2011). Hampir 500 murid terlibat dengan kem berkenaan yang bertujuan memastikan murid Islam menguasa ibadah solat dengan sempurna.

Antara peserta Kem Bestari Solat dari Tahun 1 Wira.

Murid-murid Tahap 1 berjemaah dalam solat Zuhur.


Kem siri 3 dan 4 dijadualkan pada bulan Oktober depan. Program dijalankan secara kerjasama antara Guru-guru Pendidikan Islam, Guru-guru Program j-QAF dan Guru-guru Kelas KAFA.


arms/berita....

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA BERJALAN LANCAR

Cg. Kamariah Abdullah sedang mengagihkan susu
kepada semua murid Tahap 1.

KUALA BERANG (26 September 2011) : Program Susu 1Malaysia peringkat sekolah sedang berjalan lancar. Pengagihan diuruskan dengan sempurna dan diketuai oleh GPK Hal Ehwal Murid -HEM, Cg. Azmi bin Musa.


Cg Azmi Musa sedang menyelaras pengagihan susu 1Malaysia
kepada murid-murid Tahap 2.

berita berkaitan Program Susu 1Malaysia, sila klik pautan di bawah :

http://www.bharian.com.my/articles/Susu1Malaysiauntukmurid/Article/




arms/berita...

Sunday, September 25, 2011

SERI BERANG JOHAN DAERAH KOIR KEMPEN KEBERSIHAN

KUALA BERANG (25 SEPTEMBER 2011) : Sekolah Kebangsaan Seri Berang muncul johan pertandingan koir peringkat daerah sempena Kempen Kebersihan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri.

Pertandingan dilangsungkan di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pada minggu lepas. Kejayaan pasukan koir sekolah diraikan oleh Puan Guru Besar di Perhimpunan Mingguan Sekolah.


Peserta Koir sekolah menerima sijil penghargaan daripada
Puan Hasnah Hasan, GB SK Seri Berang.
TERBAIK!!!


arms/berita...