Saturday, March 10, 2012

SELAMAT BERCUTI


Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah Al-`Aşr
SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA
9 MAC 2012 HINGGA 17 MAC 2012

IKHLAS DARIPADA

JAWATANKUASA PEMBESTARIAN DAN MULTIMEDIA
SK SERI BERANG
2012

Thursday, March 8, 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK P.A.K 2012 : SERI BERANG NAIB JOHAN

Harimau Muda SK Seri Berang 2012

KUALA BERANG (9 Mac 2012, Jumaat) : SK Seri Berang telah muncul sebagai Naib Johan Bola Sepak setelah akur kepada pasukan Bola Sepak SK Tengkawang, Hulu Terengganu di Kejohanan anjuran Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Damai, Kuala Berang.

Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAK) Taman Damai, dekat sini adalah sebuah pusat aktiviti yang menyediakan kelas pembelajaran Ilmu Agama, Sukan dan sebagainya. Pusat ini begitu aktif dalam menganjurkan pertandingan berbentuk kesukanan. Sebelum ini dianjurkan kejohanan badminton bertempat di Dewan MDHT yang menyaksikan penyertaan beramai-ramai pemain badminton dari sekolah ini.

Kejohanan berlangsung di padang bola sepak SK Seri Berang. Pada hari pertama pelawanan, pasukan sekolah berjaya memenangi dua permainan yang dijadualkan iaitu kemenangan ke atas pasukan SK Kuala Dura (1-0) dan ke atas pasukan SK Langgar (3-0).

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kemenangan yang diperolehi.

arms/berita...

Monday, March 5, 2012

PEPERIKSAAN OTI 1/2012 BERMULA HARI INI


Suasana peperiksaan di sekolah.

KUALA BERANG (6 Mac 2012, Selasa) : Warga murid SK Seri Berang sedang menduduki Peperiksaan OTI 1/2012 selama tiga hari bermula hari ini.

Pada hari ini, semua murid Tahun 3 hingga 6 akan menduduki 3 kertas teras iaitu kertas Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik Kertas 2 dan 1 subjek elektif  Bahasa Arab.

Peperiksaan OTI kali ini tidak melibatkan murid-murid Tahun 1 dan 2 kerana mereka sedang melalui proses transformasi kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Seklah Rendah (KSSR) yang mewajibkan mereka menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS dijalankan sepanjang masa dan tidak terhad kepada penilaian di dalam kelas/bilik darjah sahaja.

SELAMAT MENJAWAB.
GUNAKAN MASA SEBIJAK MUNGKIN UNTUK MENJAWAB SEMUA SOALAN.
KOMINTEN ANDA...KEBANGGAAN KAMI.


arms/berita....

MTQ ZON KDSR 2 HULU TERENGGANU : SK SERI BERANG JOHAN TILAWAH QURAN DAN JOHAN BERCERITA

Kontinjen Koakademik Pendidikan Islam SK Seri Berang
ke MTQ KDSR 2.

KUALA BERANG (5 MAC 2012) : SK Seri Berang muncul Johan Tilawah al-Quran (Perempuan) , Johan Bercerita Kisah al-Quran (Lelaki), Naib Johan Bercerita (Perempuan) dan Tempat Ke-3 Hafazan Quran (Lelaki) selepas menyertai Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah zon KDSR 2,  petang semalam bertempat di SK Seri Buloh, Kuala Berang.



Johan Tilawah al-Quran (Perempuan) MTQ KDSR 2
Adik Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki
(Tahun 5 al-Bukhari)

Johan Bercerita Kisah al-Quran (Kategori Murid Lelaki)
Adik Abdul Muin bin Japar
(Tahun 5 al-Bukhari)
Naib Johan Bercerita Kisah al-Quran (Kategori Murid Perempuan)
Adik Nur Nadia Adlena binti Tengah
(Tahun 5 al-Bukhari)
Pemenang Tempat Ke-3 Hafazan (Kategori Murid Lelaki) MTQ KDSR 2
Adik Mohd Haiqal bin Hamdan
(Tahun 4 al-Bukhari)

Kemenangan Kontinjen sekolah diraikan di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Ustaz Idris Sulong, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu. Turut hadir ke majlis adalah Penyelia Pendidikan Islam PPD Hulu Terengganu, Us. Ahmad Tajuddin Mahmood dan Guru Besar SK Seri Buloh, Pn. Zaida Awang.

Para Pemenang Pertandingan Tilawah, Hafazan dan Bercerita Kisah al-Quran
MTQ KDSR 2 bergambar kenangan dengan Pegawai-pegawai Unit Pendidikan Islam
PPD Hulu Terengganu dan Guru Besar SK Seri Buloh.
Guru-guru pengiring dan para peserta MTQ ketika di Majlis Penutup.

Program bertemakan AL-QURAN PENJANA TRANSFORMASI UMMAH adalah berbentuk Koakademik Pendidikan Islam akan mengetengahkan bakat qari/qariah al-Quran, hafazan surah terpilih dan Bercerita Kisah-kisah al-Quran.

Kemenangan Kontinjen Koakademik Pendidikan Islam SK Seri Berang di tempat pertama dan kedua telah melayakkan diri ke MTQ Peringkat Daerah Hulu Terengganu, April depan.


Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan tersebut.

arms/berita...


Saturday, March 3, 2012

OLAHRAGA DAERAH 2012 : 1 PERAK, 1 GANGSA UNTUK SERI BERANG

Saingan Separuh Akhir 100 meter L12 :
Atlet sekolah, Mohd Faiz Mohd Rozi memberi saingan sengit dengan
pecutan di lorong kiri sekali.


JENAGOR : SK Seri Berang berjaya peroleh dua pingat masing-masing pingat perak dan gangsa di Kejohanan Olahraga Daerah MSSD 2012 di SMK Jenagor.



TAHNIAH... Atlet Lompat Tinggi P12 SK Seri Berang,
Siti Nur Aqilah Maheran Rusli berjaya peroleh Pingat Gangsa.


Lompatan atlet sekolah oleh Nur Irsalina dalam acara
Saringan Lompat Tinggi P12.

BERJAYA ...Lompatan Gangsa oleh Siti Nur Aqilah Maheran.

Atlet pecut sekolah, Mohd Faiz dan Mohd Shahzuwan
bersiap-sedia di Urusetia Penyeliaan Peserta
Acara Larian 100 Meter L12 (Semi Final).

Penyokong Seri Berang berada di tepi padang memberi sokongan
kepada penyertaan atlet sekolah.


Pungutan pingat sulung berjaya dilakukan atlet Lompat Tinggi P12, Siti Nur Aqilah Maheran Rusli pada hari kedua kejohanan diikuti pungutan pingat Perak keesokannya menerusi Mohd Alif Zikri Zulkifli dalam acara Larian 100 meter L12.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kecemerlangan atlet-atlet Seri Berang.


arms/berita...


Berita Sebelum Ini...


KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH : Persaingan telah bermula...


KUALA BERANG (27 Feb. 2012) : Kontinjen Olahraga dan Balapan SK Seri Berang telah bersiap sedia menyertai Kejohanan Olahraga dan Balapan kelolaan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) 27 Februari - 1 Mac 2012 bertempat di SMK Jenagor, Hulu Terengganu.



Kontinjen Olahraga Sekolah.

Selamat berjuang wira dan wirawati. SERI BERANG BOLEH....

LTDL 2012 - Kemenangan Hariff Salleh Dibantu Oleh Abangnya 27/2/2012


SYABAS ANAK TERENGGANU...



s

LAWATAN KERJA SEHARI YAB MENTERI PELAJARAN MALAYSIA




KUALA TERENGGANU (3 Mac 2012) : YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah melakukan Lawatan Kerja sehari ke negeri Terengganu, Khamis minggu lepas.

Sempena lawatan beliau, satu perjumpaan khas dengan Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan diadakan dan berlangsung di Stadium Negeri, di sini.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ...Jentera Pentadbiran Negeri termasuk
Kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) antara yang memeriahkan
Majlis YAB TPM bersama Penjawat Awam di Terengganu.


Berlainan Jabatan Antara Negeri dan Persekutuan....Us. Azarul (kanan)
bergambar kenangan bersama Pegawai Kanan Kerajaan Negeri,
Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd Kamil Othman, Pegawai Daerah Kemaman.


Cg. Zulkiflee Mohd Nor (tengah) dan Us. Shamsul Bahrin Mohamed
antara warga SK Seri Berang yang turut hadir ke majlis YAB TPM.

Sehubungan itu, setiap sekolah telah diarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu agar menghantar seramai 4 orang guru sekolah ke majlis berkenaan.



YAB TPM diiringi YAB MB ketika di Majlis Perjumpaan Khas
Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.

Turut hadir ke majlis tersebut YAB Menteri Besar Dato' Seri Hj. Ahmad Said dan Barisan EXCO Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.



arms/berita...