Wednesday, July 18, 2012

KIBARAN JALUR GEMILANG DI SERI BERANG TELAH BERMULA...



Gimik Perasmian Kempen Kibarkan Jalur Gemilang
sempena Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia 2012.


KUALA BERANG (19 Julai 2012) : SK Seri Berang telah melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang bermula pagi semalam. Gimik pelancaran disempurnakan Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan.

Menurut Wikipedia, Bendera Malaysia  dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.



Bendera Malaysia - Jalur Gemilang
 Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

 

BERSEMANGAT PATRIOTIK :
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang telah pun bermula di SK Seri Berang.




Guru Perempuan turut mengibarkan bendera Malaysia - Jalur Gemilang.


Warga Seri Berang mengibarkan Jalur Gemilang untuk
memeriahkan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia 2012.

Srikandi Seri Berang turut memeriahkan kempen.


"BERSAMA KITA KIBARKAN JALUR GEMILANG"

"SEMARAKKAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN TANAHAIRKU MALAYSIA TERCINTA"


MINGGU KANTIN SEKOLAH 2012 MERIAH



KUALA BERANG (19 Julai 2012) : Jawatankuasa Kantin Sekolah telah menganjurkan Minggu Kantin bermula Ahad lepas, dan berakhir hari ini.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Info Kesihatan, Ceramah Kesihatan (Pemakanan Seimbang), Pertandingan Mewarna, Pameran Obesiti (Kegemukan) dan Pertandingan Menyediakan Hidangan (Minum Petang).

Menurut Wikipedia, Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Ceramah Kesihatan - Pemakanan Simbang
disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan,
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Terengganu.

Peserta Pertandingan Menyediakan Hidangan (Minum Petang)
dibimbing guru agar menu menepati  Standard Pemakanan Sihat.

MENYELERAKAN.....Salah satu menu Minum Petang yang dipertandingkan.


Salah seorang peserta Kumpulan TKRS menyertai
Pertandingan Menyediakan Hidangan Minum Petang.



arms/....

"SOLAT TIANG AGAMA"


Murid Tahap 2 mengikuti Slot Amali Solat Berjemaah.

KUALA BERANG (19 Julai 2012) : Panitia Pendidikan Islam SK Seri Berang telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) Siri 2/2012 pada Isnin dan Rabu, semalam.


Murid Tahap 1 diberi pendedahan praktis Solat Berjemaah
(Gambar dipetik pada Isnin 16 Julai 2012).


Seramai hampir 400 murid terlibat dengan kem berkenaan yang bertujuan menekankan aspek penguasaan wuduk, perlakuan dan bacaan dalam solat dengan baik dan lancar.

3 Guru Penolong Agama dan 4 Guru Program j-QAF serta 6 Guru KAFA berganding bahu menjayakan KBS di Surau PIBG SK Seri Berang.

arms/....

Wednesday, July 11, 2012

"SK SERI BERANG DALAM KENANGANKU" - Nurhafizah, Franord

DALAM KENANGAN :
FRANORD DOERTHIE A/L IRIP (tengah, duduk)
bergambar kenangan perpisahan  dengan rakan sekelasnya Tahun 5 al-Muslim.

KUALA BERANG (12 Julai 2012) : SK Seri Berang disulami kesedihan berikutan tamatnya perkhidmatan sementara Cg. Nurhafizah Hj Hamidan (guru ganti Cg. Hjh. Suhailah Harun) dan bertukarnya tempat persekolahan adik Franord Doerthie a/l Irip (Murid Tahun 5 al-Muslim).


Adik Franord (berdiri, dua dari kanan)
bergiat aktif dalam sukan bola sepak Pasukan Rumah Hijau.

Cg. Nurhafizah ketika sedang mengikuti Senamrobik 1 Muris 1 Sukan
peringkat SK Seri Berang, Selasa lepas.


TERIMA KASIH BUAT CIKGU :
Cg. Nurhafizah Hj. Hamidan (bertudung biru) bergambar kenangan perpisahan
dengan warga guru perempuan.

Cg. Nurhafizah berkhidmat seketika di sekolah ini sebulan yang lepas untuk mengisi kekosongan sementara berikutan Cg. Hjh. Suhailah sedang bercuti. Nurhafizah adalah lulusan Sarjana Muda Pendidikan (Sains) Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan dijangka akan memulakan perkhidmatan sebagai guru siswazah tidak beberapa lama lagi.

Manakala Franord adalah murid di sekolah ini sejak Tahun 1 lagi dan dijadual bertukar ke sebuah sekolah di daerah Baling, Kedah setelah menetap sementara di Kuala Berang. Ini kerana bapa, En. Irip adalah seorang pegawai yang terlibat dengan kerja-kerja Projek Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2  jajaran Bukit Besi-Kuala Terengganu.

Bagi pihak Pengurusan Sekolah dan seluruh warga SK Seri Berang mengucapkan Selamat Maju Jaya buat mereka berdua. Semoga SK Seri Berang terus dikenang..tempat bermain dikenang jua, inikan pula tempat mengajar-belajar.


arms...

Monday, July 9, 2012

SENAMROBIK 1M 1S SERI BERANG MERIAH....


Kumpulan Instruktor membantu guru menjayakan Senamrobik 1M1S.


KUALA BERANG (10 Julai 2012) : Pihak sekolah telah berjaya menjalankan program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan (1M1S) di Dataran Seri Berang, pagi ini.

Program dikendali oleh Cg. Ahmad Kamal Ibrahim (S/U Sukan) dan dibantu Instuktor Senaman, Tcr. Zuriati Abd Jalil.


S/U Sukan sedang mengendalikan program senamrobik.


Bacaan Doa Pembukaan Majlis.


Lautan Murid-Guru-Kakitangan SK Seri Berang
menyertai Senamrobik 1M1S.


Kumpulan Guru Perempuan turut memeriahkan senamrobik.



1 Murid 1 Sukan....Malaysia Cergas, Minda Sihat.


1 Malaysia Sihat...


Ke arah melahirkan warga sekolah sihat dan cergas.

Seramai hampir 400 murid termasuk guru dan kakitangan menjayakan senamrobik tersebut.


arms...

Saturday, July 7, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS MGB KUALA PILAH

Majlis Guru Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan melakukan Lawatan Penanda Aras Ke SK Seri Berang





KUALA BERANG(05JULAI 2012): Seramai 25 orang Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan melakukan Lawatan Penanda Aras ke sekolah ini, hari ini.

Sesi Taklimat Pengoperasian SK Seri Berang oleh Guru Besar
MGB Kuala Pilah sedang mengikuti taklimat dengan penuh kusyuk

Mereka disambut oleh Kumpulan Pengurusan sekolah terdiri daripada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, dan juga guru-guru penolong. Lawatan bertujuan untuk melihat operasi sekolah yang merupakan salah sebuah SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN.

Puan Guru Besar beramah mesra dengan ahli rombongan
Dalam kunjungan MGB ini juga turut diadakan Majlis menandatangani MOU Jalinan Mesra antara SK Seri Berang dengan 15 buah sekolah di Kuala Pilah.




Bagi Pihak SK Seri Berang mengucapkan jutaan terima kasih diatas kunjungan hormat yang telah diadakan.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuesday, July 3, 2012

FRIENDLY MATCH : SK SERI BERANG VS SK CHUKAI



Bermulanya Perlawanan Persahabatan Antara Daerah Siri 3/2012 :
SK Seri Berang, Hulu T'ganu vs SK Chukai, Kemaman.


Chukai, KEMAMAN (30 Jun 2012) : SK Seri Berang menerusi Pasukan Elit membenamkan pasukan SK Chukai dengan jaringan 4-3 dalam perlawanan siri persahabatan, Sabtu baru-baru ini.




Junior Kids Seri Berang memanaskan badan dengan senaman ringan
sebelum sepak bermula.


Najmi Zulkifli (berjersi hijau) merupakan penyerang berbisa
Team Junior Kids SERI BERANG. 

Pemain sedang mendengar komentar Pengurus Pasukan Junior Kids SKSBRG,
Cg. Shahidan Kasim ketika sesi rehat.

Manakala Team Junior Kids SKSBRG tewas tipis 3-4 kepada SK Chukai selepas mengharungi 60minit/sejam masa perlawanan. Keadaan permukaan padang yang kurang baik dan kurang memuaskan dikatakan turut mempengaruhi corak perlawanan kedua-dua pasukan.

'Warming-Up' sebelum perlawanan bermula.



Team Elit SKSBRG (berjersi hitam) berjaya mencipta kemenangan.



Penyokong memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan.


Ibu bapa pemain SK Chukai turut datang untuk memberi sokongan padu kepada
anak-anak mereka dalam perlawanan.



KAMI MENANG....pulang dengan kepuasan selepas menundukkan
pasukan SK Chukai, Kemaman.

arms/...