Monday, September 10, 2012

FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , FELDA JERANGAU (1)

Pasukan Tunas Bola Sepak SK Seri Berang
(berbaju hijau)


DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.


Pertahanan Tunas SK Seri Berang ketika berdepan dengan jentera
serangan SK Felda Jerangau.

Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang
(berbaju hitam)

Cikgu Shahidan Abu Kasim
(Penyelaras Kluster Bola Sepak SK Seri Berang)

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 





Guru Penolong Kanan (GPK) 1 dan GPK Kokurikulum serta guru-guru
pengiring turut hadir ketika perlawanan dilangsungkan di SK Felda Jerangau.
Babak perlawanan melibatkan Pasukan Pelapis.



Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).

Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.

Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.


arms/berita....

Friday, September 7, 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR


PEPERIKSAAN UPSR BERMULA PADA 
11.09.2012 SEHINGGA 13.09.2012
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR. 
SEMOGA DAPAT MENGHADAPINYA DENGAN TENANG.

Calon-calon UPSR SK Seri Berang 2012





AIDILFITRI 2012



KUALA BERANG : Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah pada tahun ini tetap meriah walaupun diadakan secara sederhana.


UNTUK GAMBAR-GAMBAR LAIN KLIK DISINI

KEJOHANAN FUTSAL & BOLA SEPAK INTER-RUMAH SUKAN SIRI 3/2012

KUALA BERANG : KEJOHANAN FUTSAL & BOLA SEPAK INTER-RUMAH SUKAN SIRI 3/2012 sudah bermula. Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dirakam oleh Wartawan Blog kami, En. Azarul Razamin bin Mat Said.

aksi Rumah Kuning selepas mencatat kemenangan pertama
Antara aksi-aksi terbaik
Bakal bintang Bola Sepak

Berjaya diselamatkan

Pemain terbaik untuk hari ini


KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Monday, September 3, 2012

PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK KLUSTER

Antara detik-detik yang sempat dirakam...

Kemahiran Menimang Bola

Kemahiran Menendang Tinggi


Kemahiran Mengelecek Bola


Kemahiran Menanduk Bola


Kemahiran Menendang

Wednesday, August 29, 2012

2 MURID SERI BERANG TERPILIH UNTUK UKM2



KUALA BERANG (30 OGOS 2012) : Dua orang murid SK Seri Berang terpilih bagi mewakili SK Seri Berang dalam Ujian Pencarian Bakat UKM2 bagi tahun 2012 iaitu Adik Nur Nabila Syafikah (5 Al Muslim) dan Adik Nurul Anis Syakirah bt Mohamad Zaimi (4 Al Muslim). 
                 Ujian yang dijalankan di Makmal Komputer SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang selama 3 jam bermula jam 8 pagi hari ini telah menghimpunkan seramai  18 orang calon dari seluruh daerah Hulu Terengganu. Ujian ini adalah kesinambungan daripada Ujian UKM1 yang telah diadakan bermula bulan April sehingga 6 Julai 2012.
               Ujian PERMATApintar UKM2 adalah ujian saringan kedua. Ia mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1.

              Ujian dalam talian ini dilakukan secara terkawal di pusat-pusat ujian, sama seperti peperiksaan utama negara seperti UPSR, PMR dan SPM yang melibatkan Ketua Pengawas, Pengawas dan Pemantau UKM dan KPM.

              Pelajar yang berjaya melalui Ujian Saringan UKM1 dan UKM2 akan mengikuti Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara. Perkhemahan ini dijalankan pada masa cuti persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan November dan Disember. Program yang dijalankan selama 3 minggu di UKM ini dikendalikan oleh pengajar, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar UKM yang telah mendapat latihan di Johns Hopkins University – Center for Talented Youth. Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama masing-masing dan lawatan sambil belajar.Semoga pelajar SK Seri Berang berjaya mendapat tempat di Program Perkhemahan itu nanti.

SELAMAT BERJAYA DIUCAPKAN


MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMATA PINTAR DISINI

Tuesday, August 28, 2012

SALAM AIDILFITRI


SALAM AIDILFITRI 1433H/2012M
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daripada
Guru dan Kakitangan
SK Seri Berang