| Antara peserta yang mendapat sijil daripada Puan Guru Besar |
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sunday, March 10, 2013
PASUKAN BOLA JARING BERJAYA KE KEJOHANAN DAERAH
KUALA BERANG ( 10 MAC 2013) : Pasukan Bola Jaring SK.Seri Berang akhirnya telah berjaya untuk mewakili Zon 2 ke peringkat daerah Hulu Terengganu selepas mendapat Johan diperingkat Zon 2 selepas berjaya menewaskan pasukan SKTAI dengan jaringan 11 - 9 . Perlawanan ini berakhir pada jam 5.15 petang tadi di SK.Kuala Dura.
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada pasukan SK.Seri Berang untuk mengondol gelaran juara peringkat Daerah Hulu Terengganu
THE LAUNCHING OF READING PROGRAMME
![]() |
| The speech and Launching by Headmistress |
KUALA BERANG (10th MARCH 2013) : The Launching Ceremony of Reading Programme "Read it right, learn English with all your might " And "Wednesday is SKSB's English Day" was be held at assembly area today.
| Storytelling |
The launching caremony starts with the speech by Headmistress, Madam Hasnah binti Hasan. Then, Storytelling by Allis Farhanah Syukriah binti Azmi. After that, the caremony continue with the book basket giving by Headmistress to monitor of each class.
![]() |
Saturday, March 9, 2013
TIGA MURID JOHAN BOLA SEPAK DAERAH
KUALA BERANG (09 MAC 2013) : Tiga murid SK Seri Berang yang terpilih mewakili Pasukan Zon 2 berjaya membawa Pasukan yang diwakilinya menjadi Johan dalam Kejohanan Bola Sepak L12 Daerah Hulu Terengganu. Kejohanan yang berakhir hari ini telah berlangsung di Padang Bola Sepak SK Tengkawang.
Tahniah dan syabas diucapkan, semoga berjaya dan terpilih ke peringkat Negeri.
![]() |
| AHMAD FIRDAUS BIN YUSOFF |
![]() |
| MUHAMMAD AQIL SYAMIM B ZULKIFLI |
![]() |
| HARIS MURSYIDI |
Tuesday, March 5, 2013
PEMANTAUAN DAN VERIFIKASI SBT
KUALA BERANG (05 MAC 2013) : Hari ini warga SK Seri Berang menerima kunjungan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk Pemantauan dan Verifikasi Akhir SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) 2012.
Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Marilah kita berdoa semoga SK Seri Berang meraih Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi.

Prestasi Sekolah Kebangsaan Semakin mendapat Perhatian
SUBANG JAYA, 4 Mac (Bernama) -- Pada zaman
pra-Merdeka, sekolah kebangsaan yang ketika itu dikenali sebagai sekolah Melayu
dipandang rendah oleh sebahagian anggota masyarakat.
Begitu juga pada tahun-tahun selepas negara baru mencapai kemerdekaan, sekolah-sekolah aliran Melayu tidak begitu mendapat sambutan daripada masyarakat di mana ada yang menganggap sekolah jenis ini 'tidak mempunyai taraf'.
Ketika itu, ramai yang menganggap sekolah aliran Inggeris lebih tinggi taraf pendidikannya berbanding sekolah aliran Bahasa Melayu.
Namun pada era Malaysia sedang mengorak langkah mencapai taraf ekonomi maju dan utuh di mata dunia, 'transformasi' dalam sektor pendidikan sekolah negara turut berlaku.
Semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sektor pendidikan negara berkembang dengan begitu pesat.
Hingga kini Malaysia mencatat sebagai antara negara di dunia yang mengamalkan 'pendidikan percuma' bagi sekolah rendah dan menengah di mana adalah mandatori bagi anak menghabiskan 12 tahun pendidikan di sekolah.
Juga tiada lagi istilah sekolah Melayu. Sekolah-sekolah ini kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan.
Dulu ibu bapa terpaksa membeli buku teks sekolah serta menyelesaikan yuran persekolahan. Sekarang tiada lagi kerana kerajaan menyediakan pendidikan percuma untuk semua sekolah kebangsaan.
"Saya rasa bangga bila seorang lelaki Kuwait memuji sistem pelajaran sekolah rendah dan menengah awam di Malaysia yang mantap dan patut dicontohi negara membangun yang lain".
Itulah kata-kata seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Hazim bila ditemui penulis baru-baru ini. Beliau mempunyai tiga anak yang masih di bangku sekolah.
Abu Hazim bekerja di luar negara dan memilih untuk tidak membawa anak-anaknya bersama.
Malah Abu Hazim dinasihatkan petugas sebuah pejabat kedutaan luar untuk mengekalkan anak-anaknya di sekolah kebangsaan dalam negara sehingga mereka selesai pengajian di tingkatan lima dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.
"Ada kalangan rakan-rakan saya yang turut bekerja di luar negara, menghantar anak mereka pulang untuk bersekolah di sekolah-sekolah kebangsaan dalam negara setelah beberapa tahun belajar di sekolah swasta di luar negara.
"Mereka bimbangkan masa depan anak mereka yang bukan saja tidak didedahkan kepada mata pelajaran Bahasa Malaysia, tetapi juga kerana kurikulum di sekolah-sekolah luar negara tidak seperti sekolah-sekolah kebangsaan dalam negara selain kosnya yang tinggi untuk orang luar," jelasnya lagi.
Pada dekad-dekad yang lampau, wujud persepsi yang mengatakan sekolah swasta adalah lebih baik berbanding sekolah awam tetapi kini, menurut maklumbalas dari ramai ibu bapa semakin ramai yang yakin terhadap pendidikan di sekolah kebangsaan.
Sekolah kebangsaan yang mempunyai rekod prestasi akademik yang baik saban tahun pasti mendapat perhatian ramai ibu bapa yang mengambil berat tentang pelajaran anak mereka.
Ibu bapa tertarik dengan sekolah yang menghasilkan keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM yang cemerlang.
"Guru-guru yang berkebolehan dengan tahap pencapaian pendidikan yang lebih tinggi semakin ramai di sekolah kebangsaan hari ini.
"Ini menunjukkan satu kemajuan yang sudah pasti akan memanfaatkan pelajar yang menuntut ilmu secara mandatori atau wajib di peringkat sekolah rendah dan kemudian di peringkat menengah".
Itulah pandangan ramai ibu bapa bila ditanya penulis tentang kualiti pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan.
"Saya yakin kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk masa depan anak yang masih di bangku sekolah ini," beritahu seorang ibu, Azreena Mazlah, 35, kepada penulis.
Azreena mempunyai dua anak yang masih kecil; seorang anak perempuan yang berusia empat tahun dan seorang lagi anak lelaki yang berusia tujuh tahun yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan, di sebuah sekolah kebangsaan di Shah Alam, Selangor.
Terdapat kira-kira 5.5 juta pelajar di sekolah-sekolah pelbagai kategori di seluruh negara dari peringkat tadika sehingga sekolah menengah.
Menurut statistik, terdapat lebih 405,000 guru yang bertanggungjawab untuk mendidik pelajar.
Bajet 2013 yang diumumukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan 15 peratus daripada keseluruhan bajet kepada sektor pendidikan.
Guru-guru pula berpeluang meningkatkan kemahiran mereka dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan pemberian bajet tambahan sebanyak RM500 juta.
Dan ini sudah pasti akan menyumbang kepada suatu peningkatan yang dapat dibanggakan dan memberangsangkan bagi rakyat negara ini.
-- BERNAMA

Sumber daripada Blog Unit Sekolah Rendah JPNT
Sunday, March 3, 2013
Dua sekolah Terengganu tercalon ke peringkat akhir SBT
KUALA TERENGGANU - Tahniah kepada Kepimpinan dan warga SK Seri Berang, Hulu Terengganu dan SK Felda Selasih, Besut, Terengganu
kerana terpilih untuk verifikasi akhir SBT 2012. Pemantauan dan
verifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan bermula dalam masa
terdekat.
SK Seri Berang dan SK Felda Selasih adalah antara 20 buah sekolah Band 1 yang telah mencalonkan diri secara online melalui web NKRA. Dua puluh buah sekolah ini telah mencalonkan diri masing-masing dengan lengkap dan sempurna berasaskan pelbagai bidang berkenaan. Hasil pengisian itu mereka akan memperolehi skor berasaskan kreteria yang ditetapkan. Satu skor "entry point" diputuskan untuk menentukan kelayakan verifikasi oleh JNJK. Pada peringkat awal daripada 20 buah buah ini , 6 daripadanya mencapai entry point iaitu SK Rantau Petronas, Kemaman, SK Seri Berang, Hulu Terengganu, SK Dusun, Hulu Terengganu, SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu, SK Felda Selasih, Besut dan SK Kuala Berang, Hulu Terengganu..
Walau bagaimanapun oleh kerana SBT adalah status sekolah yang sangat berprestaj dan jika entry point minina kelayakan dikekalkan maka akan terlalu banyak sekolah untuk dinilai. Kemungkinan tahap markah minima entry point dinaikan, menyebabkan sekolah-sekolah yang berada dalam senarai tidak melepasi had kelayakan.
Sesuatu yang kita boleh pelajari dari situasi ini, sekolah-sekolah yang berhasrat meraih SBT perlu perancangan yang strategik dan menunjukkan hasil agar semasa mengisi secara online segala maklumat diperlukan dapat diisi dan memperolehi skor yang tinggi bagi melayakkan mereka diverifikasi. Sekolah- sekolah yang bertaraf SKK sewajar lebih jelas dan mudah kerana mempunyai peruntukan khas melaksanakan program dan menjurus ke arah SBT. Taklimat kepada Sekolah Band 2 yang lepas adalah usaha strategik ke arah SBT.
Marilah kita berdoa semoga dua rakan kita dapat menyediakan persediaan verifikasi terbaik dan seterusnya meraih Anugerah SBT bagi menambah bilangan SBT Terengganu...
sumber dari blog Unit Sekolah Rendah JPNT

Saturday, March 2, 2013
TOKOH NILAM : TERBAIK DAERAH
![]() |
| Allis Farhanah menerima Sijil daripada Guru Besar |
Lebih manis lagi, Nur Nadia Adleena binti Tengah berjaya menjadi Naib Johan Tokoh Nilam bagi kategori Bahasa Melayu.
![]() |
| Nur Nadia Adleena |
Tahniah dan syabas diucapkan
Subscribe to:
Posts (Atom)