Wednesday, March 20, 2013

SMART ENGLISH BERJALAN LANCAR


SK SERI BERANG (20 MAC 2013) : Program Pengukuhan Bahasa Inggeris atau lebih dikenali "SMART ENGLISH" peringkat zon KDSR 2 yang diadakan di Dewan Terbuka SK Seri Berang dapat berjalan dengan lancar.
Antara aktiviti yang dijalankan
Program dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan ini melibatkan sebilangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Peserta perlu melalui pelbagai aktiviti yang menarik.

Barisan Peserta SK Seri Berang
Barisan Juri dan Hakim sepanjang Pertandingan
Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.

Monday, March 18, 2013

MTQ DAN NASYID ZON KDSR 2 BERJAYA


Che Ku Nur Umairah menerima Medal Kemenangan daripada Puan Guru Besar
SK TAPAH (18 MAC 2013) : Pasukan MTQ dan Nasyid SK Seri Berang memberikan saingan sengit dalam Pertandingan MTQ dan Nasyid zon KDSR 2 yang berlangsung di SK Tapah.
Peserta bersama Hadiah kemenangan masing-masing
Pasukan Soutul Hasan berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan nasyid, Abdul Muin Japar mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bercerita Lelaki, dengan cerita kisah Naib Daud Alaihissalam, Nur Ain Sofea binti Muhammad Noor mendapat Johan dalam Pertandingan Bercerita Perempuan .

Bergambar kenangan bersama Guru Pengiring
Dalam pertandingan Hafazan, cuma Muhammad Haikal bin Hamdan yang mendapat Naib Johan.
Seperti yang dijangkakan, Che ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd yang menjadi peserta tilawah Perempuan berjaya mendapat Johan selepas memperdengarkan bacaan Al-Quran bermula ayat 106 surah Al-Imran  manakala Muhammad Hayqal bin Ab. Hamid mendapat Naib Johan.
Persembahan Pasukan Soutul Hasan SK Seri Berang
Tahniah dan syabas diucapkan, semoga berjaya dalam MTQ Daerah yang akan berlangsung pada 03 April 2013 di SMK Bukit Diman.

Saturday, March 16, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9

KUALA BERANG (16 MAC 2013) : Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Berang Kali Ke 9 telah berjalan dengan lancar pagi tadi. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin.
Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi
Ucapan Aluan Guru Besar
Ucapan Yang DiPertua PIBG
Ucapan Perasmian oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah
Cederahati kepada YDP PIBG 2012
Cederahati kepada AJK PIBG 2012

Antara murid Cemerlang UPSR 2012 menerima Hadiah sumbangan PIBG
Cederahati untuk Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Antara IBUBAPA yang turut hadir
Mesyuarat Agung dipengerusikan oleh YDP PIBG
BARISAN AJK PIBG SK SERI BERANG 2013



Thursday, March 14, 2013

1 EMAS untuk SK Seri Berang


JENAGOR (14 MAC 2013) : Kontijen SK Seri Berang akhirnya berjaya memperolehi Pingat Emas pada hari terakhir Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Hulu Terengganu yang berlangsung di Padang SMK Jenagor.

Pingat Emas diperolehi menerusi acara Lontar Peluru P12 yang diwakili oleh Nur Syahirah Inani binti Adnan dari Tahun 6. Inani telah berjaya membuat lontaran sejauh 7.17 meter pada lontaran kedua selepas gagal dalam lontaran pertama.

Aksi Nur Syahirah Inani dalam acara 4 x 200m
Tahniah dan syabas diucapkan.

Sunday, March 10, 2013

PASUKAN BOLA JARING BERJAYA KE KEJOHANAN DAERAH

KUALA BERANG ( 10 MAC 2013) : Pasukan Bola Jaring SK.Seri Berang akhirnya telah berjaya untuk mewakili Zon 2 ke peringkat daerah Hulu Terengganu selepas mendapat Johan diperingkat Zon 2 selepas berjaya menewaskan  pasukan SKTAI dengan jaringan 11 - 9 . Perlawanan ini berakhir pada jam 5.15 petang tadi di SK.Kuala Dura.
Antara peserta yang mendapat sijil daripada Puan Guru Besar
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada pasukan SK.Seri Berang untuk mengondol gelaran juara peringkat Daerah Hulu Terengganu


THE LAUNCHING OF READING PROGRAMME

The speech and Launching by  Headmistress
KUALA BERANG (10th MARCH 2013) :  The Launching Ceremony of Reading Programme  "Read it right, learn English with all your might " And "Wednesday is SKSB's English Day" was be held at assembly area today.
Storytelling
        The English Reading Programme and Wednesday is SKSB's English Day are held in conjunction with the English programmes of SK Seri Berang. These two programmes, organized by English Panel of SK Seri Berang offers a variety of fun and interesting books to be read and some new activities that will surely motivate the students to learn English. Hopefully, this programmes can encourage the pupils to read English books, can instill interests among the pupils in activities related to English Language and can promote the use of English Language among the pupils.
      The launching caremony starts with the speech by Headmistress, Madam Hasnah binti Hasan. Then, Storytelling by Allis Farhanah Syukriah binti Azmi. After that, the caremony continue with the book basket giving by Headmistress to monitor of each class.



Saturday, March 9, 2013

TIGA MURID JOHAN BOLA SEPAK DAERAH

KUALA BERANG (09 MAC 2013) : Tiga murid SK Seri Berang yang terpilih mewakili Pasukan Zon 2 berjaya membawa Pasukan yang diwakilinya menjadi Johan dalam Kejohanan Bola Sepak L12 Daerah Hulu Terengganu. Kejohanan yang berakhir hari ini telah berlangsung di Padang Bola Sepak SK Tengkawang.
AHMAD FIRDAUS BIN YUSOFF

MUHAMMAD AQIL SYAMIM B ZULKIFLI

HARIS MURSYIDI
Tahniah dan syabas diucapkan, semoga berjaya dan terpilih ke peringkat Negeri.