 |
| Guru Besar, Pn Hasnah Hasan bergambar kenangan bersama Guru Besar lain selepas majlis |
Seramai 31 orang Guru Besar negeri Terengganu telah menerima Anugerah
Tawaran Baru 2012 di sebuah di Bangi semalam. USR Blogger Team
difahamkan penganugerah Tawaran Baru 2012 ini telah disempurnakan oleh
Yang Berbahagia, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia.
Penerima Anugerah Tawaran Baru 2012 telah menunjukkan peningkatan
seramai 10 orang berbanding Tahun 2011 seramai 21 orang sahaja. Ada
antaranya merupakan penerima anugerah kali yang ketiga. Insentif yang
diberi kepada Guru Besar yang menerima anugerah ini ialah berjumlah
RM7,500.00. Lima peratus daripada jumlah guru menerima RM1,800.00 dan
selebihnya akan menerima RM900.00 setiap orang. Sementara semua anggota
pelaksana menerima RM500.00 seorang.
Daerah Hulu Terengganu antara penerima teramai dengan 8 orang dari pada
31 orang iaitu 26%. Tahniah kepada PPD Hulu Terengganu serta
rakanp-rakan Guru Besar Hulu Terengganu yang setia bersama menjayakan
agenda kecemerlangan pendidikan di Hulu Terengganu. Semoga nilai-nilai
baik ini dapat dikuti oleh PPD lain untuk bersaing secara sihat.
Inisiatif Tawaran Baru Guru Besar yang dilaksanakan dibawah NKRA
merupakan sebahagian transformasi kerajaan bagi mengangkat keterbilangan
pengurusan sekolah dan menghargai mereka serta warga sekolah yang turut
memberi sumbangan kepada kejayaan sekolah masing-masing. Kejayaan
pendidikan adalah kunci kepada kejayaan negera.
Tahniah para sahabat kita yang hebat dan teruskan kehebatan itu bersama warga sekolah kita.
SUMBER: BLOG UNIT SEKOLAH RENDAH