Thursday, April 11, 2013

MARANG (11 APRIL 2013) :Pasukan Kompang Formasi SK Seri Berang yang mewakili Daerah Hulu Terengganu ke peringkat Negeri telah mendapat tempat Ketiga.
Ahmad Rejab menerima medal daripada Guru Besar
Afiq, selaku Ketua Pasukan menerima medal daripada Guru Besar

Tahniah dan syabas diucapkan.


Berita Terdahulu

Bergambar kenangan bersama Guru Penasihat/ Jurulatih
SK SERI BULUH (03 APRIL 2013) : Pasukan Kompang Formasi berjaya mengekalkan kejuaraan untuk Tahun kedua berturut-turut selepas menjadi Johan Kompang Formasi L12 Peringkat Daerah Hulu Terengganu. Mereka akan mewakili Daerah Hulu Terengganu ke Peringkat Negeri Terengganu nanti.
Antara peserta yang mendapat penghargaan Puan Guru Besar
Tahniah dan syabas diucapkan.
Semoga berjaya diperingkat negeri nanti.

Wednesday, April 10, 2013

KARNIVAL BAHASA INGGERIS ZON 2

SK SERI BERANG(11 APRIL 2013) : SK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon KDSR 2. Dua acara telah berlangsung iaitu 'Public Speaking' dan 'Story Telling'.
Allis Farhanah menerima medal dan sijil daripada GPK1
           Dalam acara 'Public Speaking', SK Seri Berang telah diwakili oleh Allis Farhanah Syukriah binti Azmi dan telah mendapat Johan manakala Wan Nor Adriana Wan Azelan Shah telah mendapat Naib Johan dalam acara 'Story Telling'.
Peserta-peserta Pertandingan bergambar kenangan selepas Karnival
          Mereka berdua berjaya melayakkan diri ke Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Wan Nor Adriana menerima medal daripada Guru Besar
Tahniah dan Syabas diucapkan.

Saturday, April 6, 2013

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2013

Penyerahan Fail Mentor- mentee sebagai simbolik Program Bermula
SK SERI BERANG (07 APRIL 2013) : Hari ini SK Seri Berang telah mengadakan Pelancaran Program Guru Penyayang bagi tahun 2013.  Program Guru Penyayang merupakan adalah bertujuan agar guru mengamal dan menbudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
Antara murid Prasekolah yang diraikan
         Pelancaran bermula dengan penyerahan Fail Pengurusan Mentor Mentee sebagai simbolik bermulanya Program Mentor Mentee yang merupakan salah satu aktiviti utama dalam fasa pertama pelaksanaan. Seterusnya, Majlis ini juga telah meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga April sebagai tanda penghargaan kepada murid ini.
Ucapan Perasmian Pn.Guru Besar
          Majlis diteruskan dengan Ucapan dan Perasmian oleh Guru Besar, Pn Hasnah binti Hasan dan diakhiri dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Fikri. Semoga Program-program yang telah dirancangkan oleh Jawatankuasa Guru Penyayang melalui Penyelarasnya, Puan Harnani binti Yusoff, Kaunselor Sekolah akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamatnya.

Thursday, April 4, 2013

KOMPANG FORMASI JOHAN DAERAH

Bergambar kenangan bersama Guru Penasihat/ Jurulatih
SK SERI BULUH (03 APRIL 2013) : Pasukan Kompang Formasi berjaya mengekalkan kejuaraan untuk Tahun kedua berturut-turut selepas menjadi Johan Kompang Formasi L12 Peringkat Daerah Hulu Terengganu. Mereka akan mewakili Daerah Hulu Terengganu ke Peringkat Negeri Terengganu nanti.
Antara peserta yang mendapat penghargaan Puan Guru Besar
Tahniah dan syabas diucapkan.
Semoga berjaya diperingkat negeri nanti.

Wednesday, April 3, 2013

BOLA JARING P12 : NAIB JOHAN MSSDHT


 SK KUALA TELEMONG (03 APRIL 2013) : Pasukan Bola Jaring P12 SK Seri Berang berjaya mendapat Naib Johan Kejohanan Bola Jaring MSSDHT  selepas kalah tipis, 10-9 pada perlawanan Peringkat Akhir. Kejohanan telah diadakan di Padang SK Kuala Telemong.
Antara yang menerima penghargaan daripada Puan Guru Besar


Tahniah dan syabas diucapkan


Berita terdahulu
KUALA BERANG ( 10 MAC 2013) : Pasukan Bola Jaring SK.Seri Berang akhirnya telah berjaya untuk mewakili Zon 2 ke peringkat daerah Hulu Terengganu selepas mendapat Johan diperingkat Zon 2 selepas berjaya menewaskan  pasukan SKTAI dengan jaringan 11 - 9 . Perlawanan ini berakhir pada jam 5.15 petang tadi di SK.Kuala Dura.
Antara peserta yang mendapat sijil daripada Puan Guru Besar
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada pasukan SK.Seri Berang untuk mengondol gelaran juara peringkat Daerah Hulu Terengganu


Friday, March 22, 2013

SK SERI BERANG MENERIMA TAWARAN BAI'AH

Guru Besar, Pn Hasnah Hasan bergambar kenangan bersama Guru Besar lain selepas majlis
Seramai 31 orang Guru Besar negeri Terengganu telah menerima Anugerah Tawaran Baru 2012 di sebuah di Bangi semalam. USR Blogger Team difahamkan penganugerah Tawaran Baru 2012 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Penerima Anugerah Tawaran Baru 2012 telah menunjukkan peningkatan seramai 10 orang berbanding Tahun 2011 seramai 21 orang sahaja. Ada antaranya merupakan penerima anugerah kali  yang ketiga. Insentif yang diberi kepada Guru Besar yang menerima anugerah ini ialah berjumlah RM7,500.00. Lima peratus daripada jumlah guru menerima RM1,800.00 dan selebihnya akan menerima RM900.00 setiap orang. Sementara semua anggota pelaksana menerima RM500.00 seorang.

Daerah Hulu Terengganu antara penerima teramai dengan 8 orang dari pada 31 orang iaitu 26%. Tahniah kepada PPD Hulu Terengganu serta rakanp-rakan Guru Besar Hulu Terengganu yang setia bersama menjayakan agenda kecemerlangan pendidikan di Hulu Terengganu. Semoga nilai-nilai baik ini dapat dikuti oleh PPD lain untuk bersaing secara sihat.

Inisiatif Tawaran Baru Guru Besar yang dilaksanakan dibawah NKRA merupakan sebahagian transformasi kerajaan bagi mengangkat keterbilangan pengurusan sekolah dan menghargai mereka serta warga sekolah yang turut memberi sumbangan kepada kejayaan sekolah masing-masing. Kejayaan pendidikan adalah kunci kepada kejayaan negera.

Tahniah para sahabat kita yang hebat dan teruskan kehebatan itu bersama warga sekolah kita.


SUMBER: BLOG UNIT SEKOLAH RENDAH

Wednesday, March 20, 2013

ANUGERAH TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU

Allis dan Nadia bersama Guru Pengiring, Cik Hjh Suhailah
KUALA TERENGGANU : Adik Nur Nadia Adleena bt Tengah hari ini berjaya mendapat tempat Ketiga dalam Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Terengganu 2013 kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Manakala Adik Allis Farhanah Syukriah bt Azmi pula mendapat Saguhati dalam kategori Bahasa Inggeris.
Sebelum Anugerah dilangsungkan, mereka berdua telah menjalani pelbagai tugasan dan temuduga selama 4 hari di BTPN  bagi mencari Tokoh yang terbaik bagi mewakili negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan. 

Tahniah dan Syabas diucapkan.