Monday, January 13, 2014

SK SERI BERANG MENERIMA ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG UPSR KEBANGSAAN 2013

SK IJOK(13 JANUARI 2014) ; Tahniah dan syabas diucapkan Guru Besar, Warga sekolah dan PIBG SK Seri Berang kerana menerima Anugerah Sekolah Cemerlang UPSR Kebangsaan 2013 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 Peringkat Kebangsaan.

Majlis berkenaan telah diadakan di SK Ijok, Kuala Selangor, Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II.
        
Semoga Anugerah yang telah diraih akan menyemarakkan lagi semangat sekolah untuk menjadi antara yang terbaik di Peringkat Kebangsaan.

Untuk Maklumat Lanjut :
anugerah-sekolah-cemerlang-upsr

Wednesday, January 1, 2014

PERMULAAN SEKOLAH 2014 BERJALAN LANCAR


KUALA BERANG (1 Januari 2014) : SK Seri Berang berjaya memulakan hari pertama persekolahan pada hari ini. Ia dimulakan dengan perhimpunan harian pagi disusuli dengan ucapan aluan Guru Bertugas, Pn. Noraini binti Mohamed dan Ucaptama Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan.

Unit Bestari dan Multimedia SKSBRG mengalu-alukan kehadiran warga baru dan semasa ke penggal pertama persekolahan ini.
Antara warga guru baru yang hadir pada sesi 2014 adalah seperti berikut:
1) En. Mohd Alam bin Abdullah
2) Pn. Wan Norlela binti Wan Abdullah

Selamat bertugas diucapkan.

Thursday, December 26, 2013

MESYUARAT PERTAMA SK SERI BERANG 2014


SK SERI BERANG (26 DISEMBER 2013) : Mesyuarat Pertama bagi sesi Persekolahan 2014 SK Seri Berang telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi melibatkan semua guru dan kakitangan SK Seri Berang.
       Antara agenda utama yang dibincangkan adalah tentang persediaan SK Seri Berang dalam menghadapi HARI PERTAMA persekolahan yang dijadualkan pada 1 Januari 2014 (Rabu). Semoga Sesi Persekolahan 2014 akan berjalan lancar. Insha Allah

Wednesday, November 13, 2013

SELAMAT BERCUTI


UPSR 2013 : 24 ORANG MENDAPAT 5A


SK SERI BERANG (14 NOVEMBER 2013) : Seramai 24 orang murid mendapat  5A dalam UPSR yang diumumkan hari ini.
      SK Seri Berang berada di kedudukan ke 7 Peringkat Negeri Terengganu.


Tahniah dan Syabas diucapkan


Tuesday, November 12, 2013

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013


SK SERI BERANG (12 NOVEMBER 2013): Majlis yang ditunggu- tunggu oleh semua murid untuk dijulang antara murid terbaik telah berjaya diadakan dengan penuh meriah. Majlis yang diadakan di Dewan SK Seri Berang bermula jam 9:00.
Pendaftaran Ibubapa
Ketibaan En Idris bin Sulong, Pegawai Agama PPDHT
Barisan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh En. Idris bin Sulong
Persembahan Nasyid
Graduasi Pra Sekolah
Graduasi Tahun 6
Persembahan Haiqal dan Afiq
Anugerah Kecemerlangan Tahap 1
Persembahan Bicara Berirama
Anugerah Kecemerlangan Tahap 2
Tokoh Ko-akademik Lelaki : Ahmad Firdaus bin Yusof
Tokoh Ko-akademik Perempuan: Nur Nadia Adleena binti Tengah
Tokoh Ko-kurikulum Lelaki : Ahmad Firdaus Yusof
Tokoh Kokurikulum Perempuan : Amirah Batrisya binti Azlan
Pelajar Terbaik Akademik Lelaki: Abdul Muin bin Jafar
Terbaik Akademik Perempuan : Nur Nadirah binti Najmi
Tokoh Murid 2013 : ABDUL MUIN BIN JAFAR
Bergambar kenangan bersama
Terima Kasih
Terimah Kasih
Murid-murid Terbaik 2013
Jamuan
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dikalungkan kepada Ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Semoga kehadiran ibubapa secara tidak langsung memberikan motivasi kepada anak-anak untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada murid-murid SK Seri Berang.

Thursday, November 7, 2013

LAWATAN PPD BALING KEDAH KE SK SERI BERANG


SK SERI BERANG ( 7 NOVEMBER 2013) : Seramai 32 orang Pegawai PPD Baling bersama-sama Guru-guru telah mengadakan Lawatan Ke SK Seri Berang