HULU TERENGGANU - Sekolah-sekolah Band 1 seluruh negara sedang sibuk
mengisi Annex dalam portal NKRA bagi menyediakan diri untuk pencalonan
SBT Fasa 5, 2014. Dan dalam masa yang sama juga kebanyakan
sekolah-sekolah ini juga sibuk menyiapkan diri untuk verifikasi Bai'ah
atau Anugerah Tawaran Baru Guru Besar.
Bagi membantu persediaan sekolah pihak Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, JPN dan PPD turut sama
membuat pemantauan dan bimbingan. Hari Pn. Aini Arifah dari BPSBPSK
telah bersama-sama pegawai dari JPN dan PPD Hulu Terengganu telah
mengadakan pemantauan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu
Terengganu. Turut sama ialah Guru-Guru Besar Sekolah Band 1, daerah Hulu
Terengganu.
Antara perkara yang dilihat dan dibimbing ialah persembahan power point, semakan dokumen Annex dan lawatan persekitaran sekolah.
SK Seri Berang merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sekolah
ini telah tercalon untuk SBT Fasa 4 tetapi beberapa kelemahan
dokumentasi Annex menyebabkan ia tidak disenaraikan sebagai penerima
Anugerah SBT Fasa 4. Kita berharap dengan penambahbaikan dokumentasi
Annex serta aspek-aspek lain sekolah ini mampu meraih gelaran SBT Fasa
5. Dalam tahun 2013 pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SK Seri Berang
termasuk menjadi sebuah dari tiga buah sekolah Terengganu yang menerima
Anugerah Cemerlang UPSR 2013 Kebangsaan.

Selain SKK SK Seri Berang yang memperolehi Band 1, SK Kuala Berang dan
SK Dusun (SKM) adalah dua SKK yang turut tercalon. Dua sekolah ini juga
sangat berpotensi untuk dilonjak sebagai SBT pada masa depan. Apa yang
kita harapkan sekolah SKK ini dan sekolah -sekolah Band 1 daerah Hulu
Terengganu mempunyai sudut yang jelas tentang SBT. Oleh yang demikian
gerakan ke arah SBT melalui perancangan yang strategik perlu dimulakan
dari sekarang dengan bantuan PPD Hulu Terengganu yang sangat ambisi dan
proaktif.
Terima kasih kepada Pn. Aini Arifah atas khidmat nasihat dan bimbingan
kepada Guru-Guru Besar Band 1, Hulu Terengganu. Tahniah kepada Guru
Besar, SK Seri Berang atas iltizam dan komitmen untuk menjadikan SK Seri
Berang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
SUMBER DARIPADA UNIT SEKOLAH RENDAH :
pemantauan-persediaan-pecalonan-sbt-2014