Sunday, March 16, 2014

Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis dan Mewarna

SK Seri Berang (16 MAC 2014) : Majlis Penyampaian Hadiah kepada Peserta Terbaik Pertandingan Melukis dan Mewarna telah diadakan di Dewan SK Seri Berang. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, Puan Hasnah Hasan.
TERBAIK MEWARNA PRA SEKOLAH
TERBAIK MEWARNA TAHUN 1
TERBAIK MEWARNA TAHUN 2
TERBAIK MEWARNA TAHUN 3
Tahniah dan Syabas diucapkan

 Berita Terdahulu
 SK SERI BERANG (25 FEBRUARI 2014) : Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Berang dibawah kendalian Pn Harnani Yusoff telah mengadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna sempena Hari Tanpa Dadah.


Wednesday, March 12, 2014

JOHAN PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU TRADISIONAL PERINGKAT DAERAH

SK SERI BERANG (12 MAC 2014) : Afiq Zikri bin Zulkifli muncul Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional Peringkat Daerah Hulu Terengganu.

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Tuesday, March 11, 2014

RUMUSAN LAWATAN KERJA PENASIHAT SEKOLAH KECEMERLANGAN

KUALA TERENGGANU - Petang tadi telah diadakan pembentangan Rumusan Lawatan Kerja Panel Penasihat Sekolah Kecemerlangan ke Terengganu Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad. Majlis telah diadakan di PPD Kuala Terengganu yang dihadiri oleh En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, wakil-wakil Ketua Sektor dan PPD di mana sekolah terlibat. Turut serta ialah Cik Norhanida  bt. Shamsuddin, Pegawai dari  Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Penasihat Sekolah Kecemerlangan telah mengadakan tinjauan di SM Imtiaz Besut (SBT), SK Seri Berang, Hulu Terengganu (SKK Fasa 5) dan SMKA Dato' Haji Abas, Kuala Terengganu (SKK Fasa 7).


Secara umumnya beliau berpuas hati khususnya pemilihan bidang-bidang kebitaraan seperti Bahasa Arab , Bahasa Inggeris serta kebitaraan dalam bidang Kokurikulum seperti Catur yang bersifat mencabar minda pelajar. Tegas beliau bagi sekolah rendah terutamanya pilihan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai bidang kebitaran sangat sesuai apa lagi untuk dilonjakkan ke peringkat lebih tinggi.

Beliau juga menjelaskan fokus dalam kebitaraan bersifat bahasa perlunya peningkatan. Setidaknya murid faham, berani bercakap dan kebolehan berbahasa. Oleh itu beliau menyarankan agar sekolah yang memilih bidang kebitaraan ini merancang tahap perkembangan dari mudah kepada yang lebih kompleks kemahirannya dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

Selain itu bagi  memperkasa dan memperkukuhkan bidang kebitaraan beliau menyarankan agar diadakan jalinan dengan sekolah lain yang mempunyai kebitaraan yang sama. Selain kita dapat belajar bagaimana mereka mengurus dan melaksanakan kebitaraan mereka , para pelajar dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman tegas beliau.

Menurut beliau juga SKK adalah sekolah hebat dan sekolah terpilih. Bukan sahaja sumber kewangan kukuh tetapi banyak aspek pengurusan dan pencapaian yang sekolah lain boleh pelajari.Beliau menyarankan agar SKK dapat mengambil sekolah angkat yang mundur dan ketinggalan untuk dibantu sama ada pengurusan atau muridnya. Menurut beliau sekolah adalah pelaburan dan juga tebusan. Murid-murid yang tidak berpeluang di sekolah mereka dapat menebus peluang di SKK.

Selain itu beliau juga menyarankan sekolah rendah sebagai asas persekolahan perlukan "keceriaan" supaya murid sukakan sekolah. Bukan sahaja fizikal tetapi sosial juga perlu ceria. Buku di perpustakaan menurut beliau wajar dikelaskan mengikut tahun/tahap bukan dalam sistem Dewey sahaja. Apa yang penting menurut beliau murid seronok dan mudah mendapatkan buku-buku yang ada.

Beliau juga berharap PPD dapat membantu SKK di daerah masing-masing merangka perancangan tiga tahun dari sekarang dan selepas tiga tahu menilai pencapaian dan mengenalpasti faktor halangan dan kegagalan. Beliau sangat berpuas hati dan menganggap SMKA Dato' Haji Abas memilih kebitaraan yang baik mahu melihat perkembangannya apalagi kebitaraan yang mencabar minda.

Urusetia Sekolah Kecemerlangan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Penasihat Sekolah Kecemerlangan dan menyarankan kepada mana-mana sekolah yang ingin bergerak ke arah SKK khususnya dalam  pemilihan dan pengurusan kebitaraan boleh melawat SMKA Dato' Haji Abas.


Dipetik daripada : Unit Sekolah Rendah
unitrendahspsjpnt.blogspot.com

BOLA BALING : KETIGA TERBAIK KDSR 2


SK TAPAH : Pasukan Bola Baling SK Seri Berang berjaya mendapat tempat Ketiga apabila berjaya menewaskan SK Kuala Berang bagi perebutan tempat ketiga dan keempat.


Tahniah dan Syabas diucapkan

Monday, March 10, 2014

LAWATAN KERJA PENASIHAT SEKOLAH KECEMERLANGAN

 SK SERI BERANG (10 MAC 2014) : Hari ini merupakan hari yang cukup bertuah bagi SK Seri Berang kerana kesudian Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Arshad, Penasihat Sekolah Kecemerlangan KPM melawat SK Seri Berang seterusnya merasmikan English Garden yang menjadi mercu tanda baru sekolah.
Semoga kedatangan Yang Bhg. Tan Sri akan memberikan manfaat yang berguna kepada SK Seri Berang.

Sunday, March 9, 2014

BOLA TAMPAR : KEEMPAT TERBAIK KDSR 2


KUALA BERANG (5 MAC 2014) : Pasukan Bola Tampar L12 dan P12 SK Seri Berang mendapat tempat keempat dalam Kejohanan Bola Tampar Zon KDSR 2.
Antara yang menerima Penghargaan daripada Guru Besar

Tahniah dan Syabas diucapkan

Wednesday, March 5, 2014

SEHARI BERSAMA MUZIUM NEGERI TERENGGANU

SK SERI BERANG (5 MAC 2014) : Hari ini cukup bertuah kepada SK Seri Berang kerana Pihak Muzium Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti bersama Murid SK Seri Berang. Antaranya ialah Penerangan tentang Muzium Negeri Terengganu serta Cara Memakai Kain Batik dan Pelikat.
Semoga Program ini akan dapat memberikan ilmu dan manfaat kepada semua murid yang terlibat.