Friday, June 22, 2012

AMANAH DALAM PEKERJAAN

Muqaddimah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), al-Nisa’: 58
Sabda Rasullullah s.a.w. :
ألا لا إيمان لمن لا أمانة له
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad
Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya. 

Takrif dan Skop Amanah
Amanah ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang amanah terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara’, kepimpinan, bidang pekerjaan seperti pentadbiran, perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan mestilah menunaikan amanah-amanah ini dengan sempurna terutama amanah agama yang asasnya ialah tidak menyembah sesuatu pun selain Allah..
Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa mengira bentuknya adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan syara’. Secara umumnya tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah. 

Amanah dalam Pekerjaan
Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu. Seorang staff yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk semua staff. Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang mekanik juga boleh menjadi mekanik yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi seorang tukang sapu yang profesianal.
Asas yang paling utama di dalam kecermelangan dan keprofesionalan pekerjaan, bergantung kepada penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di akhirat.


Jenis- jenis Amanah
Di antara amanah yang mesti ditunaikan ialah :
a) Mengetahui bidang tugasnya; seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara berulang-ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali, kemudian dia sendiri akan menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan menyiapkankanya sebelum atau tepat pada waktunya. Dia tidak mengenal erti tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang profesional akan menyiapkan soalan dengan baik dan menghantarkannya kepada penyelaras pada waktu yang ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras sekiranya dia lewat menghantar soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat sedemikian adalah pembuat soalan yang tidak profesional, tidak cemerlang dan berkepentingan diri.

b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya. Contohnya dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau pembantu pengawas yang profesional mengetahui kerja yang perlu mereka siapkan tanpa ada sifat harap mengharap. Pengawas dan pembantu pengawas mesti bekerjasama dengan ketua mengutip slip kehadiran, mencatat kehadiran dan mengira skrip. Jangan membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas atau pembantu pengawas, yang lain duduk di penjuru-penjuru dewan menanti waktu tamat.

c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. Contohnya, seorang kerani yang cemerlang akan memastikan surat atau sebarang dokumen yang diperlukan siap pada masa yang ditetapkan.

d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. Sentiasa ada ketika diperlukan dan lebih mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak berkaitan. Seorang staff yang berkaliber akan peka dengan perkembangan di tempat kerja, dia tidak akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting, tidak tengok surat lagi, lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain. Sebaliknya dia akan cuba buat sehabis baik dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti yang ada sehingga dapat mengubah situasi yang tegang kepada situasi yang tenang tanpa menyalahkan sesiapa.

e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah amanah, bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.

Sabda Rasullullah s.a.w. :
آية المنافق ثلاث : إذا حدّث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان – متفق عليه
Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.

Penutup
Sabda Rasullullah s.a.w. :
أربع إذا كنَّ فيك فلا عليك ما فاتك من الدنيا : حفظ الأمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة في طعمة – الشيخان
Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).

Saturday, May 26, 2012

KLUSTER BOLA SEPAK SERI BERANG GEMILANG




GPK Kokurikulum SK Seri Berang menyerahkan Panden Penghargaan
kepada Pengurus SK Padang Pulut
sebagai tanda bermulanya perlawanan persahabatan bola sepak.
DUNGUN (26 Mei 2012) : SK Seri Berang mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan pesahabatan dengan SK Padang Pulut (SKPP) Dungun, semalam.

Pasukan Bawah 9 Tahun membelasah SKPP 11-0 manakala Pasukan Bawah 11 Tahun memberikan saingan sengit 3-1.


TANDUKAN GOL
Pemain SK Seri Berang Bawah 9 Tahun menanduk masuk bola ke pintu gol SKPP.



Kumpulan Guru Pengiring sedang menyaksikan perlawanan Bawah 9 Tahun.

Sorotan Perlawanan Bawah 11 Tahun.


Zikri Hanif (Pemain SK Seri Berang berjersi no.9) sedang
bersaing dengan pertahanan SKPP.

GAYA KEMENANGAN KAMI...kemenangan dikecapi, kesyukuran dihati.


KAMI MENANG....gaya tersendiri Pasukan Bawah 9 Tahun.





KAMI BERJAYA.... Pasukan Bawah 11 Tahun meraikan kejayaan
bersama Us. Azarul yang bertugas membuat liputan berita di padang.
Dalam perlawanan Bawah 11 Tahun, Mohd Aqil Syahmim Zulkifli (pemain berjersi no. 10) melakukan hatrik setelah menjaringkan 3 gol berturut-turut.

Tahniah diucapkan.



SERI BERANG NELANG
SERI BERANG BOLEH
HULU TERENGGANU CEMERLANG (HUTeC 2012)



arms/berita....

Friday, May 25, 2012

SELAMAT BERCUTI (25.05.12 HINGGA 9.06.12)



Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah Al-`Aşr
SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012
25 MEI 2012 HINGGA 9 JUN 2012

IKHLAS DARIPADA

JAWATANKUASA PEMBESTARIAN DAN MULTIMEDIA
SK SERI BERANG
2012

Saturday, May 19, 2012

SK SERI BERANG ANTARA CALON SBT 2012

KUALA TERENGGANU(17 MEI 2012) : SK SERI BERANG  tahun ini sekali lagi tercalon untuk proses penilaian dan verifikasi bagi SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI untuk tahun yang terakhir.

GB (tiga dari kiri)bersama PK1(kanan) bergambar kenangan selepas Program Bimbingan Calon SBT
             Untuk makluman,sekolah kita antara 6 sekolah rendah yang terpilih dari 25 buah sekolah band 1 seluruh negeri Terengganu. Harapan kita semoga kita bersama-sama mengadunkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan  semasa penilaian dan melakukan yang terbaik untuk menjulang Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi kohort terakhir ini.

Wednesday, May 16, 2012

SAMBUTAN HARI GURU MERIAH

KUALA BERANG(16 MEI 2012) : Sekolah Kebangsaan Seri Berang telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. 
 Antara aktiviti yang diadakan :

BERSEMANGAT : Cikgu-cikgu menyanyikan lagu keramat "Guru Malaysia"
Hadiah Untuk Guru Besar
LARI DALAM GUNI KECIL :Terbaik  Techer Sal...

PANCING : Jom Ngail...
 SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU


Sunday, May 6, 2012

BOLA SEPAK : HULU KETIGA TERBAIK

KUALA BERANG (29 APRIL 2012) : Pasukan Bola Sepak L12 Hulu Terengganu berjaya berada dikalangan 4 pasukan Terbaik Negeri Terengganu pada tahun ini apabila menggondol tempat Ketiga semasa Pertandingan Bola Sepak MSST 2012 bagi kategori L12.

BANGGA : Alif Semasa menerima kalungan pingat oleh GPK Kokurikulum
            SK Seri Berang juga turut merasai tempiasnya apabila seorang murid sekolah ini turut berada dalam Pasukan Hulu Terengganu iaitu ALIF FIKRI ZIKRI BIN ZULKIFLI yang bermain sebagai perancang utama pasukan. Tahniah dan syabas diucapkan.

Tuesday, April 24, 2012

SORAKAN GOL DI PADANG SERI BERANG


Tempat Pertama Keseluruhan 11 Sebelah
(Kategori Gabungan Tahun 4-5)

KUALA BERANG (26 April 2012-Khamis) : Rumah Hijau muncul Johan Keseluruhan Kategori Gabungan Tahun 4 dan 5 selepas menewaskan Rumah Kuning dengan jaringan gol 3-1, jam 3 petang tadi.

Rumah Kuning kini berada di tangga kedua diikuti Rumah Merah dan Rumah Biru.

Tempat Kedua Keseluruhan
(Kategori Gabungan Tahun 4-5)


Tahniah diucapkan kepada pemain dan pengurus pasukan Rumah Hijau.


arms/berita...


Berita sebelum ini....
Semua pemain melaporkan diri
kepada Penyelaras Unit Kluster Bola Sepak sekolah.

KUALA BERANG (24 April 2012) : Unit Kluster Bola Sepak SK Seri Berang sedang melangsungkan perlawanan bola sepak dan futsal siri 2 antara Rumah-rumah Sukan sekolah ini.

KATEGORI BOLA SEPAK GABUNGAN TAHUN 2 & 3
Pertembungan Rumah Biru vs Rumah Hijau.
KEPUTUSAN : 0-1



KATEGORI BOLA SEPAK GABUNGAN TAHUN 2 & 3
Rumah Merah vs Rumah Kuning
KEPUTUSAN : 1-0

KATEGORI BOLA SEPAK GABUNGAN TAHUN 4 & 5
Rumah Biru vs Rumah Hijau
KEPUTUSAN : 0-2


KATEGORI BOLA SEPAK GABUNGAN TAHUN 4 & 5
Rumah Kuning vs Rumah Merah
KEPUTUSAN : 3-1



Pasukan Futsal Tahun 1
Pasukan Rumah Hijau membuat kejutan pada hari pertama.



Pasukan Futsal Tahun 1 Rumah Kuning
membelasah Rumah Biru dengan jaringan gol : 3-1.
Perlawanan pada hari pertama menyaksikan jaringan gol besar dicatatkan di padang sekolah ini walaupun cuaca begitu panas terik.

Penyelaras Kluster Bola Sepak sekolah, Cg. Shahidan Kasim berkata perlawanan kali ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid Tahun 1 hingga 5. Ia juga sebagai persiapan untuk berhadapan dengan perlawanan persahabatan selepas ini.


PETEH SERI BERANG PETEH
Seri Berang Nelang.


arms/berita...