Sunday, February 27, 2011

MURID PERLU KUASAI LUGHATUL QURAN

Pengerusi Kelab Bahasa Arab, Nuzul Haziq Mazlan (kanan) bersalaman
dengan salah seorang kepimpinan baru kelab sesi 2011.

KUALA BERANG : Murid SK Seri Berang perlu berusaha menguasai asas Bahasa Arab dengan baik ke arah memahirkan diri dalam bacaan dan memahami isi kandungan al-Quran. Penasihat Kelab Bahasa Arab SK Seri Berang, Ustaz Shamsul Bahrin Mohamed berkata murid yang berjaya menguasai bahasa Arab sangat beruntung kerana ia adalah bahasa Quran, bahasa Syurga dan bahasa Nabi Muhammad SAW. " Pembelajaran bahasa Arab kini bukan sahaja di kalangan murid Islam bahkan ia sudah mula dipelajari oleh pelajar bukan Islam  di sekolah-sekolah negara kita sebagai subjek elektif/pilihan untuk skor PMR dan SPM " tegas Shamsul ketika di perjumpaan kali pertama Kelab Bahasa Arab Program j-QAF sekolah di sini, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment