TAHNIAH : LPT Fasa 2 (jajaran Ajil ke Bukit Besi) kini dibuka kepada pengguna jalan raya. |
AJIL (22 OGOS 2011, Isnin) : Majlis Pembukaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, En Mohd Salleh bin Santhiman bertempat di lokasi Plaza Tol, Persimpangan AJil pada 22hb Ogos 2011. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Pembinaan Projek LPT2, Ir. Adnan b. Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha KKR (Bahagian Pembangunan & Perlaksanaan), Pn. Azizah bt Shafie dan pegawai-pegawai daripada pihak Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kontraktor, MTD Capital.
LPT Fasa 2 (jajaran Bukit Payung ke Gemuroh) kini dibuka kepada pengguna jalan raya. |
LPT Fasa 2 : Jajaran Ajil ke Bukit Besi (44 km) kini dibuka kepada pengguna jalan raya. |
Gambar perasmian pembukaan. (Sumber : FB LPT Fasa 2) |
Sebagai simbolik pembukaan lebuhraya, En Mohd Salleh bin Santhiman, Ir. Adnan b. Ibrahim, Pn. Azizah bt Shafie menyampaikan cenderahati Aidilfitri kepada 50 orang pengguna lebuhraya yang melalui Plaza Tol Ajil.
Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Terengganu di atas pembukaan LPT Fasa 2 ini.
No comments:
Post a Comment