Thursday, September 15, 2011

KSSR : TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

MARANG (15 September 2011) : Guru Pendidikan Islam diingatkan agar berusaha menjadi guru yang mendepani cabaran dalam membentuk sahsiah murid bermula di sekolah rendah lagi. Ini kerana perubahan kurikulum pendidikan dibuat bertujuan menangani cabaran semasa dan memberi penambahbaikan demi pembangunan murid sekolah.

Demikian ditegaskan Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Terengganu, Wan Mohd Fauzi Wan Mahmood ketika menyampaikan ucaptama di majlis penutup Kursus Induksi KSSR Pendidikan Islam kepada Guru-guru Sekolah Rendah di daerah ini, hari ini.


Wan Mohd Fauzi sedang menyampaikan ucapan yang menyentuh
Etika Kerja Guru Pendidikan Islam KPM.

Dengan transformasi kurikulum pendidikan di sekolah rendah, guru-guru diminta  melaksanakan dengan sebaik mungkin P&P berasaskan KSSR. KSSR adalah satu usaha kerajaan untuk meletakkan standard pendidikan di sekolah rendah Malaysia setanding dengan standard pendidikan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment