![]() |
| DIALAH GURU...DIALAH IBU.. Pn Rosemerlina dan Ustazah Zaiyah kini sarat mengandung. |
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sunday, March 6, 2011
Peperiksaan OTI 1/2011 Berjalan Lancar
KUALA BERANG (Isnin, 7 Mac 2011) : Semua murid sekolah pada hari ini menduduki peperiksaan OTI kali pertama tahun ini bermula kertas Bahasa Melayu dan Matematik. Semoga warga sekolah memperoleh keputusan yang cemerlang pada kali ini.
![]() |
| HARI PERTAMA OTI 1/2011 : Dipetik dari kelas Tahun 2 Waja |
SKSB ANTARA LIMA TERBAIK HULU TERENGGANU
JENAGOR: SK Seri Berang berjaya merangkul tempat ke 5 dalam Perbarisan sempena Majlis Pembukaan Kejohanan Olahraga MSS Hulu Terengganu kali ke 46, bertempat di SMK Jenagor baru-baru ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Perbarisan SK Seri Berang terutamanya kepada Pn. Zuriati dan En. Shamsul Bahrin diataskan kejayaan yang diperolehi.
![]() |
| berwarna-warni |
![]() |
| Itik menjadi maskot SKSB kali ini. |
![]() |
| SALAM 1MALAYSIA |
TAHNIAH PRA SKSB
Tahniah diucapkan kepada PRA SKSB kerana muncul NAIB JOHAN (kategori bersepadu) Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Parlimen Terenggganu 2010.
Pertandingan ini telah dianjurkan Kerajaan Negeri Terenggganu. Majlis telah diadakan pada pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Utama, Menara Yayasan Islam Terengganu.
PRA SKSB berjaya menggondol Naib Johan bagi Parlimen Hulu Terengganu. Semoga PRA SKSB lebih berjaya pada masa hadapan...

Friday, March 4, 2011
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN OTI 1/2011
Pihak Jawatankuasa ICT Sekolah dan Pentadbir Blog Sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan OTI Kali Pertama Tahun 2011.
" SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN "
" MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG "
" SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN "
" MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG "
![]() |
| GAMBAR IHSAN : Suasana Peperiksaan TOV 2011 Kelas Tahun 3 Wira. |
![]() |
| Peperiksaan mengukur tahap penguasaan kemahiran sesuatu topik subjek. |
OLAHRAGA MSSM DAERAH 2011 : SERI BERANG GONDOL 2 EMAS, 2 PERAK, 2 GANGSA
JENAGOR : SK Seri Berang berjaya memperolehi pungutan 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam kejohanan olahraga MSSM daerah Hulu Terengganu Kali ke-46, bertempat di SMK Jenagor, baru-baru ini.
Menurut S/U Sukan SK Seri Berang, Ahmad Kamal Ibrahim berkata pencapaian pada kali ini cukup membanggakan. Lebih menarik, Ahmad Haiqal Abdullah dari tahun 6 Perdana muncul johan pecut daerah dalam acara 100 meter L12 peringkat akhir. Kejayaan Haiqal telah menyumbang pungutan pingat emas untuk pasukan sekolah. Beliau juga menyumbang pingat gangsa secara individu dalam acara Lompat Tinggi dan menyumbang pingat perak (berpasukan) dalam pusingan akhir acara 4X100 meter dan 4x200 meter.
Atlit perempuan pula muncul johan pecut daerah dalam acara akhir 4x200 meter P12. Kejayaan ini telah menobatkan Seri Berang sebagai kuasa pecut baru di daerah ini.
Difahamkan SK Seri Berang berada dalam kedudukan 5 terbaik daerah dalam pencapaian pungutan pingat. Syabas dan tahniah diucapkan.
" SERI BERANG BOLEH "
![]() |
| Haiqal (2 dari kanan) muncul johan pecut daerah sekolah rendah 2011. |
Menurut S/U Sukan SK Seri Berang, Ahmad Kamal Ibrahim berkata pencapaian pada kali ini cukup membanggakan. Lebih menarik, Ahmad Haiqal Abdullah dari tahun 6 Perdana muncul johan pecut daerah dalam acara 100 meter L12 peringkat akhir. Kejayaan Haiqal telah menyumbang pungutan pingat emas untuk pasukan sekolah. Beliau juga menyumbang pingat gangsa secara individu dalam acara Lompat Tinggi dan menyumbang pingat perak (berpasukan) dalam pusingan akhir acara 4X100 meter dan 4x200 meter.
Acara 4x200m L12 (akhir) yang disertai atlit Seri Berang.
Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan (tengah) bersama guru sekolah
memberi sokongan di padang SMK Jenagor ketika pusingan akhir 4X200 meter L12 dan P12.
Atlit perempuan pula muncul johan pecut daerah dalam acara akhir 4x200 meter P12. Kejayaan ini telah menobatkan Seri Berang sebagai kuasa pecut baru di daerah ini.
![]() |
| Guru-guru SK Seri Berang bertugas sebagai urusetia hadiah Kejohanan Olahraga MSSM HT 2011. |
" SERI BERANG BOLEH "
Sunday, February 27, 2011
MURID PERLU KUASAI LUGHATUL QURAN
Pengerusi Kelab Bahasa Arab, Nuzul Haziq Mazlan (kanan) bersalaman
dengan salah seorang kepimpinan baru kelab sesi 2011.
KUALA BERANG : Murid SK Seri Berang perlu berusaha menguasai asas Bahasa Arab dengan baik ke arah memahirkan diri dalam bacaan dan memahami isi kandungan al-Quran. Penasihat Kelab Bahasa Arab SK Seri Berang, Ustaz Shamsul Bahrin Mohamed berkata murid yang berjaya menguasai bahasa Arab sangat beruntung kerana ia adalah bahasa Quran, bahasa Syurga dan bahasa Nabi Muhammad SAW. " Pembelajaran bahasa Arab kini bukan sahaja di kalangan murid Islam bahkan ia sudah mula dipelajari oleh pelajar bukan Islam di sekolah-sekolah negara kita sebagai subjek elektif/pilihan untuk skor PMR dan SPM " tegas Shamsul ketika di perjumpaan kali pertama Kelab Bahasa Arab Program j-QAF sekolah di sini, baru-baru ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)