Tuesday, July 19, 2011

UPSR 2011 : TEMU MURNI IBU BAPA MURID DENGAN GURU

KUALA BERANG (13 Julai 2011) : SK Seri Berang mengadakan majlis temu murni di antara ibu bapa murid dengan guru-guru Tahun 6. Program bertujuan menyalurkan maklumat pencapaian dan prestasi semasa akademik murid kepada ibu bapa masing-masing sebelum peperiksaan UPSR 2011 berlangsung pada 13 hingga 15 September nanti.

Guru Besar sedang menyampaikan ucaptama di majlis.
Di majlis tersebut. Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan menyampaikan ucapan dan penerangan mengenai pencapaian murid Tahun 6 di dalam peperiksaan yang telah diadakan sebelum ini termasuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011/OTI 2.

Ibu bapa diberi peluang untuk berjumpa dengan guru-guru Tahun 6 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai prestasi pencapaian peperiksaan anak-anak mereka masing-masing.

Berikut rakaman Lensa Seri Berang mengenai perjalanan majlis Temu Murni Murid Tahun 6/UPSR 2011 :


Ibu bapa sedang memberi perhatian kepada ucapan Guru Besar.

Ibu bapa sedang memberi perhatian kepada ucapan Guru Besar.


Temu Murni Ibu dan Murid bersama
Guru BM UPSR, Cg. Azmi Musa.

Temu Murni Ibu dan Murid bersama
Guru BI UPSR, Tcr. Noor Hamidah Mat.


Temu Murni Ibu dan murid bersama GPK 1 yang juga
Guru BM UPSR, Cg. Mohamad Zaimi Mohamed.


Ibu Bapa mengorbankan masa bekerja untuk hadir ke majlis
Temu Murni UPSR SKSB 2011.

Akif Afifi (Tahun 6 Waja) bersama ibunya ketika di majlis Temu Murni.


Mungkin ada sesuatu yang mencuri perhatian Amirul Najmi
(Tahun 6 Waja) sambil diperhatikan bapanya, En. Ab. Rahman.


Nur Rusydina Aqilah (Tahun 6 Perdana) dan ibunya.

Nur Adrera Abu Kasim(Tahun 6 Waja)  begitu tekun mengikuti
ulasan oleh Cg. Azmi Musa ketika Temu Murni UPSR 2011.


Mohd Shariman Zaid ditemani bapanya.

Majlis yang bermula jam 2.30 petang berakhir pada pukul 5.00 petang.


arms/berita...

Saturday, July 16, 2011

" SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN, SEJUTA PENGETAHUAN "


KUALA BERANG (Ahad, 17 Julai 2011) :  SK Seri Berang sedang melaksanakan Program Bulan Membaca peringkat sekolah bermula 17 - 28 Julai 2011. Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris SK Seri Berang.

Program berupa 'Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan' bertujuan memupuk minat dan budaya membaca di kalangan semua warga sekolah bagi melahirkan warga dan masyarakat sekolah yang menyedari kepentingan ilmu ke arah melahirkan bangsa berjaya.

Pelancaran program telah disempurnakan oleh Puan Hasnah Hasan, Guru Besar SK Seri Berang selepas Perhimpunan Mingguan Sekolah bertempat di Dataran Seri Berang.


Setiausaha Penyelaras Program Bulan Membaca 2011
yang juga Penyelaras PSS,  Cikgu Hjh. Suhailah Harun ketika
menyampaikan ucapan aluan.

Guru Besar merangkap Pengerusi J'kuasa Program Bulan Membaca 2011
 ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena pelancaran
program peringkat sekolah.


Warga sekolah sedang mengikuti ucaptama dan perasmian
oleh Puan Guru Besar.



Warga sekolah tekun mendengar ucapan Guru Besar.
Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan aluan Setiausaha Penyelaras Program, Hjh. Suhailah Harun dan Pendeklamasian Sajak oleh adik Nur Syafiqa Baharudin dari Tahun 5 Waja serta penyampaian Penghargaan Khas 'GIVING AND SHARING 2010'  kepada 27 orang penerima yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga 6. 


Guru Besar menyampaikan Penghargaan Khas GIVING AND SHARING
berupa Lencana Bulan Membaca dan Sijil Penyumbang Buku Terbaik
kepada adik Nurul Nabila (Tahun 6Waja).
Seramai 3 orang murid iaitu adik Nurul Nabila Hasnor Zubaidi, Nur Nashiha Sha'ari dan Ahmad Firdaus Yusof dipilih sebagai Penyumbang Buku Terbaik dalam aktiviti  tersebut yang memberi peluang kepada murid untuk menyumbang bahan bacaan termasuk buku kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri Berang.


Adik Nur Syafiqa Baharudin mendeklamasikan sajak khas
Kempen Galakan Membaca sempena maljlis pelancaran
Program Bulan Membaca 2011.
Barisan Guru Perempuan turut hadir memeriahkan
pelancaran program.
Barisan Guru Penolong Kanan dan guru lelaki sedang
memberi perhatian ketika ucapan perasmian pelancaran program.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Bicara Buku (BM dan BI), Kuiz Khazanah Ilmu, Pertandingan Buku Skrap Sirah Rasulullah SAW (Tahun 4 dan 5), Pertandingan Mewarna (Murid Pra Sekolah), Pertandingan Pidato Spontan (Murid Tahap 2), 'Giving and Sharing 2011' dan Pertandingan Cerpen (Tahun 4 dan 5).

arms/berita...


Friday, July 8, 2011

ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SKSB : 15 MURID TAHUN 6 CATAT 5A

KUALA BERANG (7 Julai 2011) : Seramai 15 orang murid dari Tahun 6 Waja berjaya skor 5A dalam subjek teras UPSR ketika menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, baru-baru ini.


TAHNIAH : 15 murid skor 5A subjek teras UPSR dalam
Pep. Pertengahan Tahun diraikan oleh Pn. GB.





Kesemua 15 orang murid berkenaan akan menyertai Akademi UPSR 2011 peringkat daerah yang akan diadakan di Marang, minggu depan.

Syabas dan tahniah diucapkan.

arms/berita....

Tuesday, July 5, 2011

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KAMI...




GURU BESAR dan PK Pentadbiran
bergambar kenangan bersama Pegawai JPNT 

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT

KUALA BERANG (5 Julai 2011) : SK Seri Berang telah menganjurkan gotong-royong khas sempena pertandingan kempen kebersihan dan pencalonan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Program bermula jam 2.30 hingga 5.00 petang dijayakan oleh semua guru dan murid meliputi tanaman pokok-pokok hiasan dan pembersihan kawasan sekitar sekolah.

Berikut sorotan perjalanan program gotong-royong :

Landskap Air Terjun dikelolakan GPK HEM, Cg. Azmi Musa.

Membersihkan kawasan kelas pra sekolah.


Guru Besar dan Guru Pra mengindahkan Taman Herba SKSB.



MUAFAKAT GURU-MURID : Bersama mengindahkan Taman Herba sekolah.

Cg. Nazilee Ab Rahman sedang melakukan kerja pemasangan
papan khas Bitara Matematik.


SK Seri Berang mengetengahkan kebitaraan Matematik
dalam menyokong pencalonan SBT.

INDAH : Tcr. Nor Farahida sedang meratakan batu-batu kecil
dalam menceriakan persekitaran Taman Herba sekolah.

Taman Herba sekolah diberi nafas baru dengan
tanaman pokok herba yang segar.


berita/arms....

Saturday, July 2, 2011

LARIAN 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA

KUALA BERANG (2 Julai 2011) :  Larian Khas di peringkat SK Seri Berang telah diadakan pada pagi tadi sempena pelancaran program kesukanan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Pelancaran serentak di seluruh negara di sekolah masing-masing telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bertempat di Dataran Bandar Taiping, Perak.


Tayangan video Siaran Langsung pelancaran I Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

Senamrobik sebelum larian bermula.

Majlis pelancaran di peringkat sekolah dimulakan dengan tayangan web pendidikan (edu web) dan larian sejauh hampir 2 kilometer melalui kawasan Taman Seri Berang, Jalan Perumahan Rumah Kos Rendah Sg. Petai, PPD Hulu Terengganu, Jalan Taman Indah Sari/Hadapan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan jalan sisir Taman Damai.



Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bermula.


MERIAH : Guru dan murid berlari bersama-sama.

Program berkenaan turut disusuli dengan acara sukaneka dan permainan bola baling antara rumah sukan.


Sukaneka Murid Tahap 1

Kejohanan Bola Baling dijalankan secara liga
antara rumah sukan.

PENYOKONG RUMAH KUNING bergambar kenangan
bersama Cg. Zulkiflee MN dan Ustaz Azarul MS.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan.



arms/berita...

KSSR TAHUN 2 : PERSEDIAAN SEBELUM 2012.

KUALA TERENGGANU : Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia  telah bersiap sedia untuk melaksanakan kurikulum baru di sekolah rendah yang dikenali Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk murid Tahun 2 pada tahun depan.

KSSR telah diperkenal pada tahun lepas bagi menggantikan kurikulum sedia ada iaitu KBSR. KSSR menekankan 3 elemen baru dalam merentas kurikulum iaitu Elemen Kreativiti dan Inovasi, Elemen Keusahawanan dan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Bermula 2011, KSSR telah mula dilaksanakan bermula murid Tahun 1 dan akan disusuli pelaksanaan murid Tahun 2 pada 2012.

Pn. Hjh. Norazza Ibrahim dari BPK KPM.

Sehubungan itu, Guru Pendidikan Islam (GPI) yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum baru itu perlu bersiap sedia dengan pengetahuan dan kemahiran terkini. Ini kerana penilaian murid akan dibuat melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan memerlukan kecekapan GPI dalam membuat penilaian pencapaian sebenar murid.

Hal ini diperjelaskan oleh Pn. Hjh. Norazza Ibrahim, Ketua Unit Pendidikan Islam SR, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia ketika sesi rumusan dan penutup Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR Tahun 2 (2012) di Gem Beach Resort, di sini semalam.

Kursus yang bermula 27 Jun dan berakhir 1 Julai semalam turut dianjurkan bersama Lembaga Peperiksaan KPM yang melibatkan peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

KPM memperkenalkan Dokumen Standard KSSR menggantikan Sukatan Pelajaran KBSR. Pentaksiran pula akan mengguna pakai Standard Prestasi PBS yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Ustaz Azarul menerima Watikah Lantikan JU KSSR Pend. Islam.
Sementara itu, Ustaz Azarul Razamin dari sekolah ini dipilih mengikuti kursus berkenaan sebelum dilantik Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Islam yang berperanan memberi penerangan tentang penggunaan Dokumen Standard dan Standard Prestasi PBS KSSR kepada GPI di daerah ini.

Barisan JU KSSR Pendidikan Islam Negeri Terengganu
bergambar kenangan dengan Pegawai BPK dan LPM.


Tahniah diucapkan atas lantikan tersebut.



arms/berita...