KSSR telah diperkenal pada tahun lepas bagi menggantikan kurikulum sedia ada iaitu KBSR. KSSR menekankan 3 elemen baru dalam merentas kurikulum iaitu Elemen Kreativiti dan Inovasi, Elemen Keusahawanan dan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Bermula 2011, KSSR telah mula dilaksanakan bermula murid Tahun 1 dan akan disusuli pelaksanaan murid Tahun 2 pada 2012.
Pn. Hjh. Norazza Ibrahim dari BPK KPM. |
Sehubungan itu, Guru Pendidikan Islam (GPI) yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum baru itu perlu bersiap sedia dengan pengetahuan dan kemahiran terkini. Ini kerana penilaian murid akan dibuat melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan memerlukan kecekapan GPI dalam membuat penilaian pencapaian sebenar murid.
Hal ini diperjelaskan oleh Pn. Hjh. Norazza Ibrahim, Ketua Unit Pendidikan Islam SR, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia ketika sesi rumusan dan penutup Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR Tahun 2 (2012) di Gem Beach Resort, di sini semalam.
Kursus yang bermula 27 Jun dan berakhir 1 Julai semalam turut dianjurkan bersama Lembaga Peperiksaan KPM yang melibatkan peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
KPM memperkenalkan Dokumen Standard KSSR menggantikan Sukatan Pelajaran KBSR. Pentaksiran pula akan mengguna pakai Standard Prestasi PBS yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Ustaz Azarul menerima Watikah Lantikan JU KSSR Pend. Islam. |
Barisan JU KSSR Pendidikan Islam Negeri Terengganu bergambar kenangan dengan Pegawai BPK dan LPM. |
Tahniah diucapkan atas lantikan tersebut.
arms/berita...
No comments:
Post a Comment