Monday, January 9, 2012

PEPERIKSAAN TOV SEKOLAH 2012

Murid Tahun 6 al-Bukhari (6 Waja) sedang menduduki
 peperiksaan TOV Sekolah 2012.
Murid Tahun 6 al-Muslim (6 Wira) sedang menjawab
Kertas Soalan Subjek BM Pemahaman.


KUALA BERANG (10 Januari 2012) :  Murid Tahun 6 di sekolah ini sedang mengikuti peperiksaan TOV (Take-Off Value) anjuran SK Seri Berang bermula hari ini dengan kertas BM Pemahaman dan BM Penulisan serta Matematik 2. Peperiksaan dijadual berlangsung selama 3 hari.

Selamat menjawab diucapkan kepada Murid Tahun 6 2012.

Tuesday, January 3, 2012

Carta Organisasi 2012



Sekolah Kluster Kecemerlangan

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.

Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujuan

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-
  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah
    • dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat
    • dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana
    • dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria pemilihan

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

  • Pengukuran Standard Sekolah:
    • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua

  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
    • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
    • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
    • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
    • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    • Akademik
    • Kokurikulum
    • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

Pengurusan Sekolah

Pimpinan

Pemimpin sekolah kluster ialah:
  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post

Guru

Guru-guru sekolah kluster pula:
  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Pemilihan Pelajar

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:
  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:
  • Key Performance Indicator (KPI)
  • Pengurusan sumber manusia dan fizikal
  • Sumber kewangan
  • Pembangunan profesionalisme staf
  • Program kurikulum dan kokurikulum berkesan
  • Lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  • TOR Sekolah Kluster

Autonomi

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:
  • Umum (untuk semua sekolah)
  • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:
  • Pematuhan piawai yang berikut:
  • Akta Pendidikan 1996
  • Sistem Pendidikan Kebangsaan
  • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
  • SKPM
Senarai Bidang Autonomi:
  • Pengurusan Sekolah
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan agensi lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:
  • Biasiswa
  • Kewangan/Dana
  • Program Kecemerlangan Akademik
  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya

Impak

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:
  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

Tuesday, December 13, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA)


         Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam telah diterbitkan. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 adalah pekeliling yang telah dikhaskan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) (dahulunya dikenali sebagai PPPS dan PPPLD). 

 link : jabatan perkhidmatan awam untuk dapatkan pekeliling

link : Slide Taklimat SPBA untuk PPP untuk dapatkan kaedah perubahan gaji terkini

sekian, semoga berpuas hati dengan gaji baru...

terkini/sksb
 

Tuesday, December 6, 2011

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TAHUN 6 2010

           Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Elit Negeri Terengganu 2012 boleh dibuat pada 16 Disember 2011(Jumaat) mulai jam 12 tengahari di


SEKOLAH ELIT LEMBAH BIDONG
SEKOLAH ELIT MAK LAGAM
          Manakala Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Men. Imtiaz yayasan Terengganu 2012 boleh dibuat bermula 5 Disember 2011(Isnin) di


        Semua calon yang telah memohon dan memenuhi syarat-syarat kemasukan adalah layak untuk hadir ke sesi temuduga mengikut Pusat Temuduga dan Sesi yang telah ditetapkan sebagaimana Surat Panggilan Temuduga.
        Surat Panggilan Temuduga hendaklah dicetak dan dibawa bersama semasa pendaftaran. Senarai pusat temuduga adalah sebagaimana berikut:
TARIKH (HARI)PUSAT TEMUDUGA
11 Disember 2011 (Ahad)SM IMTIAZ YT BESUT
12 Disember 2011 (Isnin)SM IMTIAZ YT KUALA BERANG
13 Disember 2011 (Selasa)SM IMTIAZ YT KEMAMAN
14 Disember 2011 (Rabu)SM IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU
15 Disember 2011 (Khamis)SM IMTIAZ YT DUNGUN
*Calon akan menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada pihak Yayasan Terengganu (Yas.Trg/09-6221082) atau melalui Email untuk sebarang info terkini.
*Permohonan dengan sendirinya dikira terbatal jika tidak menghadiri ujian bertulis dan sesi temuduga sebagaimana yang telah ditetapkan.
*Penentuan tempat temuduga calon adalah ditetapkan oleh pihak Yayasan Terengganu. Sekian, harap maklum.
sumber daripada : temuduga IMTIAZ




TERKINI/SKSB

Wednesday, November 30, 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Pertemuan dan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

         Begitu jugalah dengan keadaan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang. Saban Tahun, kita akan bertemu dan berpisah, bertemu kerana tugas dan berpisah juga kerana tugas, umum kita mengetahui bahawa pada tahun lalu, beberapa orang guru kita telah meninggalkan sekolah kita kerana mengikut arahan bertukar tempat tugasan. Pada tahun ini, kita juga mungkin akan berpisah dengan beberapa sahabat sekerja kita, itupun kerana tugas.
         Umum pasti pernah mendengar dendangan lagu pertemuan dan perpisahan diatas, walaupun liriknya cukup ringkas dan pendek, tetapi ia kadang-kala dapat membuatkan air mata kita mengalir keluar tanpa disedari. Sudah menjadi lumrah alam, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya, tidak kiralah dengan apa sebab sekalipun. 
         Kita tidak boleh menolak ketentuan takdir tentang perpisahan ini. Cuma kita berdoalah semoga sahabat-sahabat kita dapat meneruskan perjuangan yang mulia sebagai pendidik ditempat yang baru. Amin
Kenangan Bersama 2011 : siapa pula yang tiada pada 2012 nanti...





اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada.......... (nama yang bertukar). Moga baginya selepas bertukar nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru di sekolah ini. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu/bapa yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.


Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.



"Setiap ada pertemuan pasti ada perpisahan,
Kalau kita tidak ingin berpisah maka janganlah bertemu
tapi kalau sudah bertemu, maka bersiaplah untuk berpisah dengannya."



sksb/mrd

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH

SELAMAT TAHUN BARU 1433H


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 


IKHLAS DARIPADA

JAWATANKUASA PEMBESTARIAN DAN MULTIMEDIA
SK SERI BERANG
2011