Saturday, July 2, 2011

LARIAN 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA

KUALA BERANG (2 Julai 2011) :  Larian Khas di peringkat SK Seri Berang telah diadakan pada pagi tadi sempena pelancaran program kesukanan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Pelancaran serentak di seluruh negara di sekolah masing-masing telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bertempat di Dataran Bandar Taiping, Perak.


Tayangan video Siaran Langsung pelancaran I Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

Senamrobik sebelum larian bermula.

Majlis pelancaran di peringkat sekolah dimulakan dengan tayangan web pendidikan (edu web) dan larian sejauh hampir 2 kilometer melalui kawasan Taman Seri Berang, Jalan Perumahan Rumah Kos Rendah Sg. Petai, PPD Hulu Terengganu, Jalan Taman Indah Sari/Hadapan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan jalan sisir Taman Damai.



Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bermula.


MERIAH : Guru dan murid berlari bersama-sama.

Program berkenaan turut disusuli dengan acara sukaneka dan permainan bola baling antara rumah sukan.


Sukaneka Murid Tahap 1

Kejohanan Bola Baling dijalankan secara liga
antara rumah sukan.

PENYOKONG RUMAH KUNING bergambar kenangan
bersama Cg. Zulkiflee MN dan Ustaz Azarul MS.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan.



arms/berita...

KSSR TAHUN 2 : PERSEDIAAN SEBELUM 2012.

KUALA TERENGGANU : Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia  telah bersiap sedia untuk melaksanakan kurikulum baru di sekolah rendah yang dikenali Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk murid Tahun 2 pada tahun depan.

KSSR telah diperkenal pada tahun lepas bagi menggantikan kurikulum sedia ada iaitu KBSR. KSSR menekankan 3 elemen baru dalam merentas kurikulum iaitu Elemen Kreativiti dan Inovasi, Elemen Keusahawanan dan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Bermula 2011, KSSR telah mula dilaksanakan bermula murid Tahun 1 dan akan disusuli pelaksanaan murid Tahun 2 pada 2012.

Pn. Hjh. Norazza Ibrahim dari BPK KPM.

Sehubungan itu, Guru Pendidikan Islam (GPI) yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum baru itu perlu bersiap sedia dengan pengetahuan dan kemahiran terkini. Ini kerana penilaian murid akan dibuat melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan memerlukan kecekapan GPI dalam membuat penilaian pencapaian sebenar murid.

Hal ini diperjelaskan oleh Pn. Hjh. Norazza Ibrahim, Ketua Unit Pendidikan Islam SR, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia ketika sesi rumusan dan penutup Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR Tahun 2 (2012) di Gem Beach Resort, di sini semalam.

Kursus yang bermula 27 Jun dan berakhir 1 Julai semalam turut dianjurkan bersama Lembaga Peperiksaan KPM yang melibatkan peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

KPM memperkenalkan Dokumen Standard KSSR menggantikan Sukatan Pelajaran KBSR. Pentaksiran pula akan mengguna pakai Standard Prestasi PBS yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Ustaz Azarul menerima Watikah Lantikan JU KSSR Pend. Islam.
Sementara itu, Ustaz Azarul Razamin dari sekolah ini dipilih mengikuti kursus berkenaan sebelum dilantik Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Islam yang berperanan memberi penerangan tentang penggunaan Dokumen Standard dan Standard Prestasi PBS KSSR kepada GPI di daerah ini.

Barisan JU KSSR Pendidikan Islam Negeri Terengganu
bergambar kenangan dengan Pegawai BPK dan LPM.


Tahniah diucapkan atas lantikan tersebut.



arms/berita...

Monday, June 27, 2011

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM 2011


SERI BERANG (23 JUN 2011) : SK Seri Berang telah mengadakan Program Perkhemahan Unit- Unit Beruniform bermula 23 hingga 25 Jun 2011, bertempat di sekitar SK Seri Berang, Kuala Berang, di sini.
Program bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti  kokurikulum di luar bilik darjah. Selain itu, program ini juga bagi menyemai sikap disiplin dan bertanggungjawab serta memupuk peranan individu dan berkumpulan ketika melakukan aktiviti perkhemahan.
Seramai 34 orang guru dan 103 orang murid yang terdiri daripada 4 unit breruniform  seperti Pengakap, BSMM, Puteri Islam dan TKRS terlibat dengan program tersebut yang diadakan selama 3 hari 2 malam.
Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti Pertandingan Memasak, Kawad Kaki Asas, Khemah Terbaik, Persembahan dan Pertandingan Gajet. Ini dapat memupuk semangat kerjasama dan semangat berpasukan diantara murid-murid selain dapat mencungkil bakat yang terpendam. 
Sepanjang program ini berlangsung juga, terdapat juga aktiviti seperti Cabaran Merentas Halangan serta Kembara malam turut juga dijalankan. 

Berikut sorotan perjalanan kem :

En. Zamzuri selaku Kem Komandan memberikan Taklimat kepada peserta
Bersemangat: Peserta mengikuti aktiviti Kembara Malam
Berdisiplin : TKRS semasa pertandingan kawad




Puteri Islam
Khemah Terbaik
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Pengakap
Bulan Sabit Merah Malaysia


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program perkhemahan kali ini.
 
berita/mrd

Thursday, June 16, 2011

19 JUN 2011 (AHAD) : SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SK SERI BERANG

Selamat bercuti kepada semua warga SK Seri Berang. Cuti Khas oleh Kerajaan Terengganu sempena kejayaan Skuad Penyu dan Kontinjen Terengganu menjuarai Piala FA dan SUKMA 2011.

Saturday, June 11, 2011

Sijil-sijil