KUALA BERANG (21 Julai 2011) : Calon peperiksaan UPSR di sekolah ini diingatkan menjaga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat sebagai persiapan rohani dan jasmani menjelang peperiksaan UPSR pada 13-15 September nanti. Selain itu, ibu bapa perlu mengawal disiplin anak di rumh selain memberi ruang kepada mereka untuk merehatkan diri daripada kepenatan belajar.
Demikian peringatan yang disampaikan oleh Ustaz 'Ala-udin, bapa murid tahun 6 di sekolah ini dalam tazkirah khas sempena Majlis Solat Hajat UPSR 2011. Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR Sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam bertujuan mendoakan kecemerlangan semua calon UPSR dalam peperiksaan percubaan pada minggu depan.
Turut hadir GPK HEM, Cg. Azmi Musa, Cg. Zamzuri Abdullah (Guru Disiplin), Mazura Yahaya (Guru Kaunseling).
arms/berita...
No comments:
Post a Comment