Wednesday, August 24, 2011

'EID AL-MUBARAK 1432H/2011M

Tuesday, August 23, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H




KUALA BERANG (24 Ogos 2011) : SK Seri Berang telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah sempena Program Ihya Ramadhan tahun ini. Seramai 71 murid diraikan kerana berjaya khatam 30 juzuk al-Quran.


Ucapan perasmian MKQ IR 1432H oleh Puan Guru Besar.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Nur Adrera Kasim dari Tahun 6 Waja, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan dan disusuli tayangan multimedia khas Ihya Ramadhan.




 
Nur Adrera memperdengarkan bacaan al-Quran.

Majlis dimeriahkan dengan ceramah khas Ihya Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulkifli Muda dari Sekolah Menengah IMTIAZ Kuala Berang. Sepanjang ceramah berjalan, ia turut diselangi dengan kuiz spontan menyentuh topik-topik hukum agama dan Sirah/Sejarah  Rasulullah SAW. Mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul telah diberikan saguhati berbentuk Duit Raya.


Ceramah Khas Ihya Ramadhan oleh Us. Mohd Zulkifli Muda.

Guru Besar dan guru serta murid sedang mengikuti
ceramah khas Ihya Ramadhan.

Mohd Aiman Fikri Musriful dari Tahun 3Waja
sedang cuba menjawab soalan kuiz spontan.

TAHNIAH : Adik Mohd Aiman Fikri Musriful menerima Saguhati
Kuiz Spontan berbentuk Duit Raya daripada penceramah.
Beberapa aktiviti iringan turut diadakan, antaranya Pertandingan Azan / Bakat Bilal Muda (Murid Lelaki Tahun 1-6), Pertandingan Hafazan Spontan (Murid Perempuan Tahun 1-6) dan Persembahan Salawat Murid Pra Sekolah.


Pertandingan Azan @ Bakat Bilal Muda di kalangan
Murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3).


Pertandingan Azan @ Bakat Bilal Muda di kalangan
Murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6).


Persembahan Salawat oleh Murid-murid Pra Sekolah.

Pertandingan Hafazan (Murid Perempuan).

Majlis Khatam al-Quran dipimpin oleh Us. Azarul dan
Us. Shamsul Bahrin.

ABANG DAN ADIK : Amirul Hakim dan Amirul Asyraf
dari Tahun 6 Wira berjaya khatam bersama. Mereka
berdua adalah anak kepada Cg. Mazura Yahya
 (Kaunselor SK Seri Berang).

Album Majlis Khatam al-Quran 1432H/2011M


arms/berita....

Monday, August 22, 2011

Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2


TAHNIAH : LPT Fasa 2
(jajaran Ajil ke Bukit Besi)
kini dibuka kepada pengguna jalan raya.
AJIL (22 OGOS 2011, Isnin) : Majlis Pembukaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, En Mohd Salleh bin Santhiman bertempat di lokasi Plaza Tol, Persimpangan AJil pada 22hb Ogos 2011. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Pembinaan Projek LPT2, Ir. Adnan b. Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha KKR (Bahagian Pembangunan & Perlaksanaan), Pn. Azizah bt Shafie dan pegawai-pegawai daripada pihak Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kontraktor, MTD Capital.

LPT Fasa 2 (jajaran Bukit Payung ke Gemuroh) kini
dibuka kepada pengguna jalan raya.


LPT Fasa 2 : Jajaran Ajil ke Bukit Besi (44 km)
kini dibuka kepada pengguna jalan raya.


Gambar perasmian pembukaan.
(Sumber : FB LPT Fasa 2)

Sebagai simbolik pembukaan lebuhraya, En Mohd Salleh bin Santhiman, Ir. Adnan b. Ibrahim, Pn. Azizah bt Shafie menyampaikan cenderahati Aidilfitri kepada 50 orang pengguna lebuhraya yang melalui Plaza Tol Ajil.
Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Terengganu di atas pembukaan LPT Fasa 2 ini.

SEMARAKKAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA

Sunday, August 7, 2011

ANALISA PERCUBAAN UPSR 2011 : 25 MURID TERUS DI HADAPAN DENGAN 5A

TAHNIAH : Semoga terus cemerlang dalam UPSR 2011 nanti...



Monday, August 1, 2011

RAMADHAN 1432H : SK SERI BERANG ANJUR IHYA RAMADHAN




Tema Sambutan Ihya Ramadhan 1432H/2011M :
"RAMADHAN BULAN BERKAT, TAKWA KITA PERTINGKAT"


Aktiviti yang dijalankan sempena Ihya Ramadhan 1432H/2011

KUALA BERANG (1 Ogos 2011/1Ramadhan1432H) : SK Seri Berang sedang menganjurkan Ihya Ramadhan 1432H di peringkat sekolah sempena kedatangan bulan yang penuh berkat ini.

Di antara aktiviti yang sedang dijalankan :

1) Tadarus al-Quran (Guru dan Murid Tahap 1-2)
2) Kuiz Ihya Ramadhan - IR 1432H (Murid Tahap 2)
3) Tazkirah Ramadhan (Buku Panduan Puasa oleh JAKIM, 2003)
4) Solat Zohor dan Sunat Hajat Berjemaah (Semua Guru dan Murid Tahap 2)
5) Pameran Baner IR 1432H
6) Ceramah Khas IR dan Majlis Khatam al-Quran 1432H

Berikut sorotan perjalanan hari pertama IR 1432H SK Seri Berang :


Tazkirah "Panduan Puasa Ramadhan" setiap pagi persekolahan.

Tadarus al-Quran (Guru dan Murid)


Murid-murid Tahap 2 mengambil bahagian dalam
aktiviti bertadarus sempena IR 1432H.

Pengawas sekolah turut bertadarus al-Quran.

BERJEMAAH : Solat Fardu Zuhur dan Sunat Hajat UPSR
Murid Tahap 2.

Barisan makmum yang terdiri daripada murid Tahun 6
dalam Solat Zuhur Berjemaah sempena IR 1432H

Guru dan murid perempuan bersama-sama mengaminkan
doa selepas Solat Sunat Hajat.




Bersama-sama kita menjayakan Ihya' Ramadhan...

arms/berita...