Wednesday, March 30, 2011

SERI BERANG JOHAN BOLASEPAK DAERAH HULU T'GANU 2011

BERITA TERKINI :


SK Seri Berang johan bola sepak zon KDSR 2 dan Johan daerah Hulu T'ganu 2011


 AJIL (31 Mac 2011, 5.30 pm) :  SK Seri Berang (SKSB) telah muncul johan bola sepak sekolah rendah, tahun ini selepas menewaskan SK Langgar dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MSSM Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu 2011.


Perlawanan yang dilangsungkan di padang SK Tok Randok menyaksikan SKSB mendahului lawan dengan jaringan pembukaan oleh Afif Farhan Mustafa pada minit ke-15 di separuh masa pertama. SKSB mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua menerusi percubaan menarik dalam petak penalti. Di separuh masa kedua, SKSB menambah jaringan gol yang ketiga hasil percubaan menarik Mohd Haikal Abdullah di luar kotak penalti sebelum SK Langgar berjaya mendapatkan gol tunggal mereka. Perlawanan yang berpihak kepada SKSB tamat dengan kedudukan gol 3-1.
Kesebelasan Utama SK Seri Berang


GPK Kokurikulum SKSB, Cg. Jamaludin Embong ketika diminta mengulas kemenangan, beliau bangga dengan kesungguhan para pemain mengejar gelaran juara sehingga ke minit-minit terakhir. Kegembiran turut dikongsi bersama dengan pengurus pasukan Cg. Radzi, Jurulatih Cg. Zulkifli dan guru-guru lain yang turut memberi sokongan padu yang membawa kemenangan bermakna ini.
Bergambar kenangan bersama Pasukan SK Langgar

Syabas dan tahniah kepada skuad bola sepak SKSB 2011 dan guru/jurulatih mereka.
 ARMS/berita.....




BERITA SEBELUM INI :
AJIL (31 Mac 2011) - SK Seri Berang baru sahaja menempah ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MSSM Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu, selepas meraih kemenangan besar dengan jaringan gol 5 - 2 ke atas SK FELDA Tersat di peringkat Separuh Akhir bertempat di SK Tok Randok, pagi ini.


SK Seri Berang akan berhadapan dengan SK Langgar jam 3 petang ini. SK Langgar mara ke perlawanan akhir selepas mengenepikan saingan di Separuh Akhir dengan SK Kua dengan jaringan gol 3-0.


Semoga SK Seri Berang muncul Johan Bola sepak Sekolah Rendah 2011.




Berita Terdahulu :


SERI BERANG MARA KE SEPARUH AKHIR




TOK RANDOK(30 Mac 2010) : Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang Bawah 12 Tahun yang mewakili KDSR ZON 2 telah berjaya mengatasi halangan peringkat kumpulan untuk mara ke peringkat Separuh Akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Hulu Terengganu yang sedang berlangsung di SK Tok Randok.


Pasukan SK Seri Berang berjaya mengatasi Pasukan SK Getang dengan jaringan besar,7-0 sebelum menang tipis bertemu Pasukan SK Kua, 1-0. Perlawanan hari ini yang dijadualkan bertemu Pasukan SK Tapu terpaksa dibatalkan kerana Pasukan tersebut telah menarik diri.


Esok, Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang akan turun padang untuk penentuan ke peringkat Akhir. Selamat berjaya diucapkan, semoga memperolehi kejayaan berganda selepas menjadi Johan Peringkat Zon baru-baru ini.

Tuesday, March 29, 2011

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

KUALA BERANG (29 Mac 2011) : Seramai 5 orang murid miskin dan yatim dari sekolah ini terpilih untuk menerima bantuan persekolahan 2011 anjuran Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Mereka menerima bantuan berkenaan di majlis yang dilangsungkan di Dewan Besar SK Seri Berang, 3 petang tadi.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dato' Hj. Mustafa Abdul Rahman yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa. Yayasan Taqwa adalah salah satu agensi di bawah MAIWP.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Mohd Khalid Mustafa yang mewakili Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Hj. Mohd Noor Othman. Majlis tersebut bertujuan menyalurkan bantuan persekolahan anak-anak miskin dan yatim dari DUN Kuala Berang dan DUN Ajil, Parlimen Hulu Terengganu.

Mohd Khalid ketika menyampaikan ucapan aluan berkata, beliau amat mengalu-alukan pemberian bantuan seumpama ini bagi melancarkan proses pembelajaran anak-anak miskin dan yatim di kawasan ini.

ARMS/berita...

Monday, March 28, 2011

HULU TERENGGANU MUNCUL NAIB JOHAN BAHAS GURU NEGERI 2011

BESUT (24 Mac 2011) : Pasukan Guru daerah ini telah muncul sebagai naib johan Pertandingan  Bahas Guru Ala Parlimen yang dilangsungkan di sini, baru-baru ini. Mereka yang diwakili Cg. Md Sabri Mat Husin, Cg. Nur Liayana Abdullah dan Cg Rozilah dari SK Tok Randok, Us. Ridhwan Omar (SK Tengkawang) dan Us. Azarul Razamin Mat Said (SK Seri Berang) berbahas ala parlimen bertempat di Dewan Besar IPGM Kampus Sultan Mizan, Bukit Keluang, Besut dengan tajuk 'Guru Pedalaman tidak wajar diberi keistimewaan'.

Perbahasan yang memakan masa hampir satu jam menyaksikan pasukan guru Hulu Terengganu berjaya meraih Naib Johan setelah terpaksa akur dengan kepetahan berhujah pasukan bahas guru dari Kuala Terengganu Selatan.

Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Hashim Md Zin, Ketua Sektor Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang telah mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Negeri.

ARMS/berita..


Sunday, March 27, 2011

SERI BERANG MELAHIRKAN PELAJAR BERBAKAT SUKAN

JENAGOR (23 Mac 2011) : SK Seri Berang sekali lagi berada dalam kedudukan terbaik daerah tahun ini setelah Perseorangan Perempuan bawah 12 tahun (P12) dan Beregu Lelaki L12 mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu, yang dilangsungkan di SMK Jenagor, di sini baru-baru ini.

Amirul Najmi bin Abd Rahman dan Akif Hafifi bin Abu Hanifah dari Tahun 6 Waja mempamerkan prestasi cemerlang setelah menewaskan SK Bukit Gemuroh (pusingan 2) dan SK Kuala Berang (Suku Akhir). Bagaimanapun Amirul Najmi dan Akif Hafifi hanya mampu meraih di Tempat Ke-3 Daerah Hulu Terengganu setelah dikejutkan oleh pasangan beregu SK Padang Setar dalam saingan separuh akhir.

Manakala dalam persaingan Perseorangan Perempuan P12, Nor Fatin Najihah binti Salim dari Tahun 6 Wira turut cemerlang pada kali ini dengan meraih Tempat Ke-3 Daerah Hulu Terengganu selepas mara ke Separuh Akhir berbanding hanya mampu ke Suku Akhir 2010 yang lepas.

Kejayaan mereka dapat membantu menggalas cabaran pasukan badminton daerah ke kejohanan badminton MSSM Negeri Terengganu yang dijadual berlangsung di Kemaman akhir bulan ini.

Dalam acara Bolasepak Bawah 12 tahun, SK Seri Berang muncul Johan Zon 2 setelah menewaskan SK Kuala Dura dalam perlawanan akhir yang dilangsungkan di SK Telaga.
Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang

Manakala Bola Jaring Bawah 12 tahun, SK Seri Berang muncul johan zon 2 sekaligus layak ke kejohanan peringkat daerah  pada akhir bulan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kemenangan dan prestasi cemerlang para murid yang mewakili SK Seri Berang.

Saturday, March 12, 2011

GB : Pengawas Menjana Disiplin Sekolah

KUALA BERANG (10 Mac 2011) : Pengawas merupakan penggerak utama perjalanan disiplin murid di sekolah. Guru Besar SK Seri Berang, Pn. Hasnah Hasan berkata, setiap pengawas perlu menyemai dalam diri mereka agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi etika sebagai seorang pengawas sekolah. Ini kerana pengawas adalah pembantu kepada guru dalam menjalankan peraturan-peraturan di sekolah.

"...adalah diharapkan agar semua pengawas yang akan menerima watikah lantikan pengawas pada hari ini dapat menjalankan tugas dan mempamerikan diri kita sebagai pengawas dalam erti kata yang sebenar. " ujar Pn. Hasnah ketika meyampaikan ucapan aluan di Majlis Perasmian Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Berang Tahun 2011.

Pn. Hasnah menyampaikan cenderahati kepada Sjn. Rohani

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Sjn. Rohani binti Teh dari Bahagian Pentadbiran IPD Hulu Terengganu yang mewakili Ketua Polis Daerah (OCPD).

Dalam ucapan perasmian, Sjn. Rohani memberi nasihat agar pengawas tidak terlibat dalam perlakuan yang bertentangan dengan prinsip dan etika sebagai seorang pengawas. Disiplin sekolah yang wujud di sekolah bertujuan membentuk warga sekolah yang baik dan berilmu.

Pengawas Sekolah (Disiplin) Tahun 2011 bergambar kenangan
bersama tetamu perasmian, GB, GPK dan Guru-guru Badan Disiplin.



Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2011 bergambar kenangan.


Sunday, March 6, 2011

KASIH SEORANG PENDIDIK...

DIALAH GURU...DIALAH IBU.. Pn Rosemerlina dan Ustazah Zaiyah
kini sarat mengandung.

Peperiksaan OTI 1/2011 Berjalan Lancar

KUALA BERANG (Isnin, 7 Mac 2011)  : Semua murid sekolah pada hari ini menduduki peperiksaan OTI kali pertama tahun ini bermula kertas Bahasa Melayu dan Matematik. Semoga warga sekolah memperoleh keputusan yang cemerlang pada kali ini.



HARI PERTAMA OTI 1/2011 : Dipetik dari kelas Tahun 2 Waja
 

SKSB ANTARA LIMA TERBAIK HULU TERENGGANU

JENAGOR: SK Seri Berang berjaya merangkul tempat ke 5 dalam Perbarisan sempena Majlis Pembukaan Kejohanan Olahraga MSS Hulu Terengganu kali ke 46, bertempat di SMK Jenagor baru-baru ini.
berwarna-warni

Itik menjadi maskot SKSB kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Perbarisan SK Seri Berang terutamanya kepada Pn. Zuriati dan En. Shamsul Bahrin diataskan kejayaan yang diperolehi.
SALAM 1MALAYSIA

TAHNIAH PRA SKSB

Tahniah diucapkan kepada PRA SKSB kerana muncul NAIB JOHAN (kategori bersepadu) Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Parlimen Terenggganu 2010.
Pertandingan ini telah dianjurkan Kerajaan Negeri Terenggganu. Majlis telah diadakan pada pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Utama, Menara Yayasan Islam Terengganu.
PRA SKSB berjaya menggondol Naib Johan bagi Parlimen Hulu Terengganu. Semoga PRA SKSB lebih berjaya pada masa hadapan...

Friday, March 4, 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN OTI 1/2011

Pihak Jawatankuasa ICT Sekolah dan Pentadbir Blog Sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan OTI Kali Pertama Tahun 2011.


" SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN "
" MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG "


GAMBAR IHSAN : Suasana Peperiksaan TOV 2011 Kelas Tahun 3 Wira.


Peperiksaan mengukur tahap penguasaan kemahiran sesuatu topik subjek.

OLAHRAGA MSSM DAERAH 2011 : SERI BERANG GONDOL 2 EMAS, 2 PERAK, 2 GANGSA

JENAGOR : SK Seri Berang berjaya memperolehi pungutan 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam kejohanan olahraga MSSM daerah Hulu Terengganu Kali ke-46, bertempat di SMK Jenagor, baru-baru ini.


Haiqal (2 dari kanan) muncul johan pecut daerah sekolah rendah 2011.

Menurut S/U Sukan SK Seri Berang, Ahmad Kamal Ibrahim berkata pencapaian pada kali ini cukup membanggakan. Lebih menarik, Ahmad Haiqal Abdullah dari tahun 6 Perdana muncul johan pecut daerah dalam acara 100 meter L12 peringkat akhir. Kejayaan Haiqal telah menyumbang pungutan pingat emas untuk pasukan sekolah. Beliau juga menyumbang pingat gangsa secara individu dalam acara Lompat Tinggi dan menyumbang pingat perak (berpasukan) dalam pusingan akhir acara 4X100 meter dan 4x200 meter.


Acara 4x200m L12 (akhir) yang disertai atlit Seri Berang.


Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan (tengah) bersama guru sekolah
memberi sokongan di padang SMK Jenagor ketika pusingan akhir 4X200 meter L12 dan P12.


Atlit perempuan pula muncul johan pecut daerah dalam acara akhir 4x200 meter P12. Kejayaan ini telah menobatkan Seri Berang sebagai kuasa pecut baru di daerah ini.



Guru-guru SK Seri Berang bertugas sebagai urusetia hadiah Kejohanan Olahraga MSSM HT 2011.
Difahamkan SK Seri Berang berada dalam kedudukan 5 terbaik daerah dalam pencapaian pungutan pingat. Syabas dan tahniah diucapkan.

" SERI BERANG BOLEH "