Wednesday, August 29, 2012

2 MURID SERI BERANG TERPILIH UNTUK UKM2



KUALA BERANG (30 OGOS 2012) : Dua orang murid SK Seri Berang terpilih bagi mewakili SK Seri Berang dalam Ujian Pencarian Bakat UKM2 bagi tahun 2012 iaitu Adik Nur Nabila Syafikah (5 Al Muslim) dan Adik Nurul Anis Syakirah bt Mohamad Zaimi (4 Al Muslim). 
                 Ujian yang dijalankan di Makmal Komputer SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang selama 3 jam bermula jam 8 pagi hari ini telah menghimpunkan seramai  18 orang calon dari seluruh daerah Hulu Terengganu. Ujian ini adalah kesinambungan daripada Ujian UKM1 yang telah diadakan bermula bulan April sehingga 6 Julai 2012.
               Ujian PERMATApintar UKM2 adalah ujian saringan kedua. Ia mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1.

              Ujian dalam talian ini dilakukan secara terkawal di pusat-pusat ujian, sama seperti peperiksaan utama negara seperti UPSR, PMR dan SPM yang melibatkan Ketua Pengawas, Pengawas dan Pemantau UKM dan KPM.

              Pelajar yang berjaya melalui Ujian Saringan UKM1 dan UKM2 akan mengikuti Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara. Perkhemahan ini dijalankan pada masa cuti persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan November dan Disember. Program yang dijalankan selama 3 minggu di UKM ini dikendalikan oleh pengajar, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar UKM yang telah mendapat latihan di Johns Hopkins University – Center for Talented Youth. Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama masing-masing dan lawatan sambil belajar.Semoga pelajar SK Seri Berang berjaya mendapat tempat di Program Perkhemahan itu nanti.

SELAMAT BERJAYA DIUCAPKAN


MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMATA PINTAR DISINI

Tuesday, August 28, 2012

SALAM AIDILFITRI


SALAM AIDILFITRI 1433H/2012M
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daripada
Guru dan Kakitangan
SK Seri Berang