Monday, September 26, 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU 2011


Pegawai-pegawai BTPN Terengganu bergambar kenangan
dengan GPK Pentadbiran dan GPK HEM SK Seri Berang.

KUALA BERANG (27 September 2011) : Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri Berang dipilih mewakili daerah Hulu Terengganu ke pertandingan PSS Cemerlang Negeri sempena Karnival Pendidikan Terengganu.

Lima orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Terengganu telah datang ke PSS sekolah untuk kerja-kerja penilaian dan penghakiman.

Kedatangan para pegawai telah diiringi Penyelaras dan Setiausaha Penyelaras PSS SK Seri Berang, Hjh Suhailah Harun dan Rafidah Alias.


Penilaian PSS sedang dijalankan.


Pencalonan PSS SK Seri Berang ke peringkat negeri dibuat berikutan ia memenangi Anugerah PSS Cemerlang ketika perayaan Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Hulu Terengganu 2011.

Semoga berjaya!


arms/berita...

KEM BESTARI SOLAT 2011

KUALA BERANG (26 september 2011) : Panitia Pendidikan Islam SK Seri Berang berjaya mengelolakan Kem Bestari Solat Siri 2 Tahun 2011. Kem tersebut dimulakan dengan semua murid Tahap 1 pada 26 September 2011 dan akan diikuti Murid Tahap 2 (28 September 2011). Hampir 500 murid terlibat dengan kem berkenaan yang bertujuan memastikan murid Islam menguasa ibadah solat dengan sempurna.

Antara peserta Kem Bestari Solat dari Tahun 1 Wira.

Murid-murid Tahap 1 berjemaah dalam solat Zuhur.


Kem siri 3 dan 4 dijadualkan pada bulan Oktober depan. Program dijalankan secara kerjasama antara Guru-guru Pendidikan Islam, Guru-guru Program j-QAF dan Guru-guru Kelas KAFA.


arms/berita....

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA BERJALAN LANCAR

Cg. Kamariah Abdullah sedang mengagihkan susu
kepada semua murid Tahap 1.

KUALA BERANG (26 September 2011) : Program Susu 1Malaysia peringkat sekolah sedang berjalan lancar. Pengagihan diuruskan dengan sempurna dan diketuai oleh GPK Hal Ehwal Murid -HEM, Cg. Azmi bin Musa.


Cg Azmi Musa sedang menyelaras pengagihan susu 1Malaysia
kepada murid-murid Tahap 2.

berita berkaitan Program Susu 1Malaysia, sila klik pautan di bawah :

http://www.bharian.com.my/articles/Susu1Malaysiauntukmurid/Article/




arms/berita...

Sunday, September 25, 2011

SERI BERANG JOHAN DAERAH KOIR KEMPEN KEBERSIHAN

KUALA BERANG (25 SEPTEMBER 2011) : Sekolah Kebangsaan Seri Berang muncul johan pertandingan koir peringkat daerah sempena Kempen Kebersihan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri.

Pertandingan dilangsungkan di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pada minggu lepas. Kejayaan pasukan koir sekolah diraikan oleh Puan Guru Besar di Perhimpunan Mingguan Sekolah.


Peserta Koir sekolah menerima sijil penghargaan daripada
Puan Hasnah Hasan, GB SK Seri Berang.
TERBAIK!!!


arms/berita...

Wednesday, September 21, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SK SERI BERANG

KUALA BERANG (22 September 2011) : SK Seri Berang hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran Dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah bagi 2011. Pelbagai persiapan telah dibuat sejak 3 hari yang lalu. Pihak Pengurusan Sekolah dengan dibantu oleh guru-guru dan kakitangan sekolah bertungkus lumus menyiapkan hidangan masakan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

BERSEMANGAT : PK Pentadbiran turut serta

ORANG KUAT : Pok Hasan dan Pok Din

           Sambutan Hari Raya Aidil Fitri kali ini telah dimulai dengan persembahan Lagu Raya oleh pelajar-pelajar tahap dua.Selepas rehat dengan menikmati kuih-kuih raya yang dibawa pelajar-pelajar, Acara Raya Idol mengambil tempat. Disini, dapat kita menikmati bakat-bakat pelajar SK Seri Berang menyanyikan lagu Raya. Raya Idol tahun ini telah digondol oleh Adik Afiq Zikri Fitri dari Tahun 2 Waja.

ADA GAYA : Persembahan Pelajar 4 Waja

           Sebelum majlis selesai, Puan Guru Besar telah sudi untuk mengagihkan duit raya kepada semua pelajar SK Seri Berang.Terpapar wajah keriangan disetiap muka pelajar apabila mendapat duit raya daripada Pihak Sekolah.



Potret Aidilfitri 2011 :
 Bersama GPK HEM, Cg. Azmi Musa.

Bersalaman dan bermaafan.



Monday, September 19, 2011

PERHEBATKAN PENGAJARAN AGAMA DI SEKOLAH - PPD HULU TERENGGANU



KUALA BERANG (20 September 2011) : Guru Agama sekolah di daerah ini perlu pelbagaikan teknik dan pendekatan paling efektif dalam pengajaran pendidikan Islam. Hal ini disarankan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, En. Shafruddin Hj. Ali Hussin ketika menyampaikan ucapan sempena Kursus Induksi KSSR Pendidikan Islam kepada guru-guru agama sekolah di daerah ini.



PPD, En Shafruddin Haji Ali Hussin sedang menyampaikan
ucapan pada hari pertama Kursus Induksi  KSSR PI HTRG 2011.

Penghayatan ilmu agama yang mantap berupaya menjadikan insan cemerlang selepas tamat pendidikan di sekolah rendah. Beliau juga mengesyorkan agar panitia agama di sekolah menjalankan aktiviti bersama dengan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal agama sepeti Pejabat Agama Daerah dan MAIDAM daerah. Penguasaan ilmu agama di kalangan murid menjadi pengukur tugas hakiki guru-guru agama di sekolah.

Seramai 48 guru agama sekolah rendah terlibat dengan kursus ini yang dijalankan selama seminggu. Kursus berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah.

1M1S: SK SERI BERANG NAIB JOHAN BOLA TAMPAR

KUALA BERANG: Pasukan Bola Tampar SK Seri Berang telah menjadi Naib Johan Kejohanan Bola Tampar 1Murid 1Sukan yang telah diadakan di SK Dusun pada 17hb September 2011.
       Pasukan Bola Tampar terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 yang terpilih dibawah bimbingan  Jurulatih Encik Zaimi dan Puan Noraini. Tahniah dan Syabas diucapkan kerana mengharumkan lagi nama SK Seri Berang.
       Sementara itu, Karnival Sukan 1Murid 1Sukan telah diadakan serentak bagi semua acara yang terpilih pada 15 dan 17 September 2011. Karnival ini diadakan sempena Perlancaran 1Murid 1Sukan yang telah diadakan baru-baru ini serentak seluruh Malaysia.
       SK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Baling L11,P11, L16 dan P16 Daerah Hulu Terengganu pada 17 September 2011. Acara yang bermula seawal jam 8.30 pagi berlangsung dengan meriah dengan penglibatan lebih daripada 40 Pasukan bertanding. Johan bagi Kategori Sekolah Menengah, L16 dan P16 telah dimenangi oleh Pasukan dari SMK Jenagor.
       Manakala, bagi kategori Sekolah Rendah, Pasukan SK Tapah telah menjuarai kejohanan bagi kategori P11 setelah menewaskan pasukan dari SK Seri Buluh. Perlawanan Akhir bagi Kategori L11 berlangsung dengan sengit apabila Pasukan SK Peroh diikat dengan jaringan 5 -5 oleh Pasukan SK Ajil apabila tamat masa sebenar. Penentuan Juara terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti dan nasib lebih menyebelahi Pasukan SK Peroh apabila berjaya menggondol gelaran Juara.
     Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dalam menganjurkan Kejohanan ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 


 

Thursday, September 15, 2011

KSSR : TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

MARANG (15 September 2011) : Guru Pendidikan Islam diingatkan agar berusaha menjadi guru yang mendepani cabaran dalam membentuk sahsiah murid bermula di sekolah rendah lagi. Ini kerana perubahan kurikulum pendidikan dibuat bertujuan menangani cabaran semasa dan memberi penambahbaikan demi pembangunan murid sekolah.

Demikian ditegaskan Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Terengganu, Wan Mohd Fauzi Wan Mahmood ketika menyampaikan ucaptama di majlis penutup Kursus Induksi KSSR Pendidikan Islam kepada Guru-guru Sekolah Rendah di daerah ini, hari ini.


Wan Mohd Fauzi sedang menyampaikan ucapan yang menyentuh
Etika Kerja Guru Pendidikan Islam KPM.

Dengan transformasi kurikulum pendidikan di sekolah rendah, guru-guru diminta  melaksanakan dengan sebaik mungkin P&P berasaskan KSSR. KSSR adalah satu usaha kerajaan untuk meletakkan standard pendidikan di sekolah rendah Malaysia setanding dengan standard pendidikan antarabangsa.

Friday, September 9, 2011

UPSR 2011














SEMOGA ALLAH MEMBERI KEJAYAAN
KEPADA SEMUA CALON UPSR SK SERI BERANG 2011

Thursday, September 8, 2011

PENCALONAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) 2011




SELAMAT DATANG

WELCOME


اهلا وسهلا

 
DARIPADA KAMI :


GURU BESAR
GURU-GURU PENOLONG KANAN
GURU-GURU

STAF PENTADBIRAN
 DAN WARGA SEKOLAH

SK SERI BERANG
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU









ARMS/BERITA....

" TERIMA KASIH DAUN KELADI, LAIN KALI KUNJUNGI KAMI LAGI "


Guru-guru Pelatih IPGM bergambar kenangan dengan Guru Besar
dan guru SKSB.


KUALA BERANG (9 SEP. 2011) : Seramai 21 orang guru pelatih menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di sekolah ini selama seminggu bermula 4-8 September 2011. Mereka mengikuti proses persekolahan meliputi pelaksanaan pengajaran oleh guru akademik dan proses pembelajaran murid di kelas.

Mereka juga berpeluang menyertai program gotong-royong di sekolah sempena pencalonan SK Seri Berang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). SK Seri Berang antara 2 buah sekolah di daerah ini yang termasuk dalam senarai akhir pencalonan SBT sebelum dinilai Jemaah Nazir KPM.


TERIMA KASIH  : Guru Pelatih bergambar kenangan
di Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri Berang.

Semoga mereka semua bakal menjadi guru yang cemerlang di masa akan datang. Terima kasih.

 
arms/berita...