Sunday, October 30, 2011

'FINAL EXAM 2011" : Selamat Menjawab



" SELAMAT MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK "

SEMPENA
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

مَنْ جَدَّ وَجَدَ
(Sesiapa Yang Berusaha Pasti berjaya)

IKHLAS DARIPADA

JAWATANKUASA PEMBESTARIAN DAN MULTIMEDIA
SK SERI BERANG
2011

Monday, October 17, 2011

SUKANEKA DAN OLAHRAGA 2011

KUALA BERANG (18 Oktober 2011) : Kejohanan Olahraga dan Sukaneka antara Rumah Sukan 2011 telah bermula hari ini.

Kejohanan berlangsung selama dua hari dimulai dengan acara olahraga larian bermula dengan penyertaan Murid Pra Sekolah, Murid Tahap 1 dan Tahap 2. Acara lompat Jauh dan Lompat Tinggi turut dijalankan.



Acara larian 100m Murid Lelaki Pra Sekolah.


Acara Larian 4 x 100m Murid Lelaki Tahap 1.


Acara Lompat Jauh Murid Lelaki Tahap 2.


Keadaan cuaca hujan tidak menghalang peserta dari rumah sukan untuk mengambil bahagian pertandingan.


arms/berita...

Friday, October 14, 2011

PIALA MALAYSIA 2011 : GANU NELANG !

KUALA TERENGGANU ( 14 Oktober 2011) : Negeri Terengganu mencatat sejarah apabila Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu (Sang Penyu) dan Pasukan berstatus kelab Terengganu (T-Team) mara ke separuh akhir setelah berjaya mengenepikan saingan masing-masing, malam tadi.

Terengganu menewaskan Kelantan dengan agregat 5-3 manakala T-Team mengenepikan Sabah (agregat 4-2).
Tahniah di atas kejayaan Pasukan Bolasepak Terengganu dan T-Team.

5  -  3
 
PETEH GANU PETEH!
TERENGGANU NELANG!


arms/berita....

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN : MEMBINA BLOG

KUALA BERANG (15 Oktober 2011) : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, SK Seri Berang menganjurkan Kursus Membina Blog kepada 32 orang guru di sekolah ini, hari ini.


Guru-guru sekolah sedang mengikuti Bengkel Membina Blog
anjuran Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). 


Kursus berkenaan dikendalikan oleh Setiausaha Jawatankuasa Pembestarian dan Multimedia, Azarul Mat Said di Makmal Komputer sekolah.

Turut hadir Guru-guru Penolong Kanan sekolah.


arms/berita...

Sunday, October 9, 2011

ANUGERAH IKLIM PENYUNGGUHAN KECEMERLANGAN 2011 : SERI BERANG WAKIL HULU T'GANU

KUALA BERANG (9 Oktober 2011) : SK Seri Berang telah mewakili daerah ini bagi kategori sekolah rendah untuk pertandingan Anugerah Iklim Penyungguhan Kecemerlangan Peringkat Negeri Terengganu 2011.


SEMPENA PENGHAKIMAN DAN PENILAIAN ANUGERAH IKLIM
PENYUNGGUHAN KECEMERLANGAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011 :
Pegawai JPNT selaku Panel Penilai  bergambar kenangan
dengan Pengurusan SK Seri Berang.

Seramai dua orang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) yang bertindak sebagai panel penilai iaitu Tn. Hj. Alias Yahya (Ketua Unit Latihan) dan En. Ahmad Fuad Abd Aziz (Pen. Pengarah Kajian Kemasyarakatan) telah datang ke sekolah ini bagi kerja-kerja penghakiman dan penilaian anugerah berkenaan.

Manakala kategori Sekolah Menengah pula diwakili SMK Tengku Ampuan Intan (SMKTAI).


Semoga Seri Berang beroleh kejayaan.
SERI BERANG BOLEH !


arms/berita...

Thursday, October 6, 2011

SERI BERANG SERTAI KLAQ 2011

KUALA BERANG (6 Oktober 2011) : Seramai 7 murid dari sekolah ini telah menyertai Kem Literasi al-Quran (KLAQ 2011) bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuala Berang, hari ini.


BARISAN TENGAH : Che Khairul (berbaju oren), Nazarudin
dan Isma Aqil sedang mengikuti kursus bacaan al-Quran.

Mereka terdiri 4 murid lelaki dan 3 murid perempuan dari Tahun 5 Wira mengikuti kursus asas bacaan Iqra' meliputi bacaan huruf hijaiyah pelbagai baris, kalimah-kalimah dan potongan ayat dengan betul dan lancar.

Kem berkenaan bertujuan meningkat penguasaan sederhana murid ke tahap cemerlang. Ianya dikelolakan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Islam PPD Hulu Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Operasi Program j-QAF Daerah.


Normah Hajarul Najihah (Tahun 5 Wira) sedang menerima
sijil penyertaan dan cenderahati KLAQ 2011.

Majlis penutup disempurnakan oleh Us.Mohd Amran Arif, AJK Program yang juga Setiausaha Panitia j-QAF Daerah.



arms/berita...

Sunday, October 2, 2011

OLAHRAGA BAWAH 11 TAHUN DAERAH : SERI BERANG JOHAN LOMPAT TINGGI

KUALA BERANG (2 Oktober 2011) : Atlit olahraga sekolah, Adik Ahmad Haikal bin Mutufarudin memenangi pingat emas setelah menjuarai acara Akhir Lompat Tinggi  di Karnival Olahraga Bawah 11 Tahun Daerah Hulu Terengganu di SMK Ajil,semalam.


Adik Ahmad Haikal bin Mutufarudin (Tahun 5 Waja)

Kejayaan Adik Haiqal yang juga Pengawas Disiplin Sekolah turut diiringi dengan kejayaan rakan sekelas beliau, adik Alif Zikri bin Cg Zulkifli sebagai Naib Johan dalam acara Lompat Berpagar 80 meter.

Untuk rekod, SK Seri Berang daripada kelompok 5 sekolah rendah cemerlang dan berprestasi dalam olahraga MSSM daerah, 2011.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan dua atlit sukan Seri Berang.


SERI BERANG BOLEH !




arms/berita....

SK SERI BERANG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 5



PETALING JAYA (2 Oktober 2011) : SK Seri Berang secara rasminya telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.




Guru Besar menerima Sijil Pengiktirafan SK Seri Berang
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5
Tahun 2011.

Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan dan Pembantu Tadbir, Pn. Baidatul Suhana telah dijemput ke Majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster pada 27 September lepas bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.



Guru Besar (kanan) dan Pembantu Tadbir bersama-sama
memegang Sijil Pengiktirafan SK Seri Berang
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Abd. Ghafar Mahmud.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SK Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk pelaksanaan kebitaraan Pendidikan Bahasa Inggeris dan sukan Bola Sepak.


Guru Besar (berdiri 4 dari kiri) bersama Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 bergambar kenangan
dengan Jemputan Majlis dan Pegawai Kanan KPM.
 
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.


IMBASAN : Panel Penilai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM
telah datang membuat penghakiman ke atas pencalonan
SK Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5.


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI
SEKOLAH KLUSTER :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_kluster


Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga SK Seri Berang.
SERI BERANG BOLEH!



arms/berita...