Monday, December 24, 2012

MUSIM TENGKUJUH 2012 : TERENGGANU MULA DILANDA BANJIR


Keadaan banjir kilat yang pernah berlaku di SK Seri Berang
sebelum ini dikatakan berpunca daripada sistem perparitan
berhampiran yang tidak dapat menampung limpahan air hujan.

 
KUALA BERANG (25 Disember 2012) : Kuala Berang mula dilanda banjir selepas hujan lebat beberapa hari dalam minggu ini. Jalan utama Kuala Terengganu ke Kuala Berang ditutup kepada semua lalulintas di Batu 24 (berdekatan Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu) selepas dinaiki air akibat limpahan sungai berhampiran. Para pengguna jalan raya yang ingin ke Kuala Berang boleh menggunakan laluan alternatif Wakaf Tapai-Tanggol-Kuala Berang sejauh 15 KM.

Turut terjejas dalam kejadian banjir tersebut Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan, di sini. Ketika ini pihak sekolah sedang rancak membuat persiapan penggal persekolahan sesi 2013 yang bermula minggu depan.

Dalam perkembangan berkaitan, SK Seri Berang belum terlibat dengan ancaman banjir di musim tengkujuh kali ini.


DITUTUP KEPADA SEMUA LALU LINTAS
Jalan Besar Di Batu 24, Kuala Berang dinaiki air hari ini.


Keadaan banjir di SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang.


Limpahan air sungai berdekatan menenggelam keseluruhan kawasan
SK Tengku Ampuan Intan.
(Gambar dipetik dari Jalan Utama ke Kuala Berang)

Jalan masuk ke SMA Mahmudiah ditenggelami air melebihi 0.5 meter.
(Gambar dipetik dari Jalan Utama ke Kuala Berang)
 






AMARAN HUJAN LEBAT :
Ramalan Cuaca Hujan negeri Terengganu berada di tahap Amaran Jingga
(sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia)
 



Berikut adalah ramalan cuaca seminggu bagi daerah Hulu Terengganu
yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia :



Selasa, 25/12/2012

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat
Pagi
Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat
Minimum : 23 °C
Maksimum : 30 °C
Rabu, 26/12/2012

Hujan di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C
Khamis, 27/12/2012

Hujan di satu dua tempat
Malam
Pagi : Mendung
Petang : Hujan di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C
Jumaat, 28/12/2012

Hujan di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C
Sabtu, 29/12/2012

Hujan di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C
Ahad, 30/12/2012

Hujan di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C
Isnin, 31/12/2012

Hujan di satu dua tempat
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan di satu dua tempat
Petang : Hujan di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C


arms/berita....
azarul76@gmail.com



Tuesday, December 18, 2012

11 RESOLUSI BELA GURU

KUALA LUMPUR : Kongres Kesatuan Guru-Guru Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) mengemukakan resolusi 11 perkara kepada kerajaan untuk membela nasib pendidik dan pesara guru, termasuk penubuhan bank guru.Penubuhan bank yang dicadang diterajui Yayasan Guru Malaysia Berhad itu bertujuan memberi manfaat kepada 430,000 guru dan 5.5 juta murid di seluruh negara.

Tabung Kebajikan Guru Presiden, Jemale Paiman berkata, untuk manfaat pesara guru pula, pihaknya mencadangkan penubuhan organisasi mirip Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dikenali Lembaga Tabung Kebajikan Guru yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan pendidik dan keluarga mereka.

Beliau berkata, resolusi lain termasuk menyerap lebih 60,000 guru lepasan diploma, terutama berusia 50 tahun ke atas dalam skim siswazah tanpa temu duga.

Bagi tujuan itu, kerajaan disaran mewujudkan Skim Perkhidmatan Bersepadu Pelajaran Persekutuan. Skim yang dicadangkan ialah gabungan Skim Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma dan Skim Perkhidmatan Siswazah Tanpa Temu Duga pada gred DG 42.
“Kelonggaran khas menerusi skim istimewa kepada mereka berusia 50 tahun ke atas untuk diserapkan dalam skim siswazah sudah dilaksanakan Kementerian Kesihatan dan sesuai diamalkan oleh Kementerian Pelajaran pula,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Resolusi itu diputuskan pada mesyuarat Exco Khas KONGRES, pada Sabtu lalu dan dihantar kepada kementerian dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut.

Cadangan lain ialah:
  • Menubuhkan majlis guru bertaraf profesional, berdaftar dan bertauliah untuk menjaga dan mengawal pendidik. Ia berfungsi sebagai pengawal dan mengambil tindakan tatatertib atau disiplin, denda dan menggantung atau menamatkan perkhidmatan pendidik yang berkhidmat dengan kerajaan atau swasta, institusi pengajian tinggi dan pusat tuisyen.
  • Menukar pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) kepada biasiswa. Pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) layak untuk menerimanya.

Petikan daripada Berita Harian (18.12.2012)

SEMAKAN DAN CETAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1 SBT 2013

    
KLIK
semakan sbpt 2013