Saturday, May 25, 2013

KARNIVAL BOLA SEPAK BERLANGSUNG MERIAH


SK SERI BERANG (26 MEI 2013) : Pertandingan Bola Sepak 12 Tahun Peringkat Kebangsaan (Zon Timur) yang dianjurkan oleh SK Seri Berang berlangsung penuh meriah. Pertandingan yang memakan masa satu hari berlangsung di Padang sekolah melibatkan empat pasukan yang bertanding secara liga.

Berikut aksi-aksi yang sempat dirakam :
Bergambar kenangan bersama Pasukan SK Bandar 2, Paloh Hinai, Pekan, Pahang

Antara aksi antara pasukan SK Bandar 2, Paloh Hinai menentang pasukan SKSB

Aksi berkesudahan SKSB 3, SK Bandar 2, Paloh Hinai 0
Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang muncul Johan keseluruhan selepas berjaya mengungguli carta liga selepas mengumpul 7 mata.

Tahniah dan syabas diucapkan

Wednesday, May 22, 2013

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH


Monday, May 20, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS SK PADANG HILIRAN

Bergambar kenangan bersama
SK SERI BERANG ( 21 MEI 2013) : SK Seri Berang hari ini sungguh berbesar hati kerana menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras dari SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
      Kunjungan seramai 90  orang murid dan 7 orang guru telah diberikan taklimat dan dibawa melawat ke persekitaran sekolah.
Ucapan Puan Hasnah Hasan, Guru Besar SKSB

Ucapan dari Pihak SK Padang Hiliran



Semoga lawatan ini memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Terima kasih kerana mengunjungi SK Seri Berang.

Friday, May 17, 2013

UCAPAN PENGARAH JPN SEMPENA HARI GURU 2013




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum W.R.T.....salam sejahtera dan SALAM HARI GURU
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah rahmat dan kasih sayang-Nya pada hari ini kita berjaya mengadakan MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2013 bagi menghargai dan memberi pengiktirafan terhadap jasa dan khidmat bakti para guru demi negeri dan negara kita yang tercinta

Alhamdulillah, sekali lagi pemimpin yang kita kasihi, iaitu YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu dapat bersama-sama dengan warga guru pada pagi ini menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Kali Ke-42 Tahun 2013

Insya-Allah sebentar lagi YAB Dato’ Seri Menteri Besar akan menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Kali Ke-42 Tahun 2013.
Saya amat yakin dengan kehadiran YAB Dato’ Seri membuktikan kepada kita bahawa guru tidak pernah dilupakan dan jasa guru yang sentiasa relevan dihargai oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Semoga kehadiran YAB Dato’ Seri dapat menyemarakkan lagi tekad dan iltizam guru negeri ini untuk terus menabur khidmat bakti kepada anak-anak bangsa di seluruh pelusuk negeri.
Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri atas kesudian hadir menjayakan majlis.

Saya mewakili seluruh warga guru Negeri Terengganu Darul Iman dan Warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YAB Dato’ Seri atas pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas kejayaan BARISAN NASIONAL dalam PRU 13 yang telah diadakan pada 5 Mei yang lalu, telah berjaya semula membentuk KERAJAAN NEGERI dalam tempoh lima tahun akan datang.

Warga guru mengucapkan SELAMAT MEMIMPIN TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU.  Semoga kepimpinan YAB Dato’ Seri diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T..

Yakinlah bahawa sesungguhnya guru Terengganu menyokong penuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri.  Guru Terengganu bersama-sama YAB Dato’ Seri menjayakan Wawasan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada YB Encik Ghazali bin Taib atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-tugas Khas Negeri yang baru.  SELAMAT MEMIMPIN PENDIDIKAN TERENGGANU diucapkan kepada YB.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Yang Berhormat yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru.

Syabas dan tahniah juga kepada tiga Ahli Parlimen Terengganu yang telah dilantik menganggotai kabinet.  Sejarah buat Terengganu kerana buat pertama kalinya Terengganu memperolehi dua jawatan menteri, serta satu jawatan Timbalan Menteri.

YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, YANG BERBAHAGIA DATO’-DATO’, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN HADIRIN SEKALIAN

Tema Sambutan Hari Guru 2013 ialah GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1 AGENDA.

1ASPIRASI bermaksud semua guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan Sitem Pendidikan Berkualiti Bertaraf Dunia seperti yang dihasratkan dalam PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013 – 2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai ENAM ASPIRASI, iaitu BERPENGETAHUAN, KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN MEMIMPIN, KEMAHIRAN DWIBAHASA, BERETIKA DAN KEROHANIAN serta BERIDENTITI NASIONAL.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025, iaitu ke arah Sitem Pendidikan Negara yang memastikan AKSES kepada kejayaan, KUALITI standard antarabangsa yang tinggi, EKUITI untuk semua murid, memupuk PERPADUAN dalam kalangan murid dan pelaksanaan BERKECEKAPAN tinggi.

1AGENDA pula menghuraikan semua guru Malaysia berpegang kepada satu agenda, iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013 – 2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pada kesempatan ini marilah kita sama-sama tilik ta’akul dengan penuh pencermatan gagasan pemikiran pemimpin pendidikan negara dalam mencapai MISI NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA dan TEMA HARI GURU 2013.

Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyatakan bahawa usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran dari semua peringkat pendidikan digemblengkan secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan dalam pendidikan negara.

Tema hari guru amat sesuai dijadikan wadah perjuangan semua guru dalam melaksanakan Pelan Transformasi Pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja berkualiti tinggi malah mampu menjana kemakmuran negara.

Menurut Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pula menyatakan bahawa tema hari guru pada tahun ini menuntut semua guru melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan berlandaskan aspirasi murid seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Kejayaan sistem pendidikan adalah bergantung kepada guru yang cemerlang dan profesional.  Guru yang cemerlang dan profesional dalam jentera pendidikan ialah guru di bilik darjah, pentadbir sekolah dan pentadbir pendidikan yang daya fikirnya, komitmennya dan etos profesionalnya tertuju dan tertumpu kepada usaha menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Menurut Dato’ Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa para guru perlu keinginan yang kuat dan semangat yang kental untuk membentuk anak bangsa menjadi generasi insan minda kelas pertama yang bersedia menghadapi persaingan global di persada antarabangsa.

YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, YANG BERBAHAGIA DATO’-DATO’, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN HADIRIN SEKALIAN

Demi menjayakan MISI NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA, maka 1ASPIRASI dan 1AGENDA hendaklah tersebar luas, difahami, dihayati dan dibudayakan oleh semua warga guru walau pun di mana mereka berada.

Bermula hari yang mulia dan bersejarah ini , saya menyeru dan mengajak semua sahabat guru bersama-sama kita pertingkatkan profesionalisme masing-masing, sanggup membuat perubahan paradigma minda kelas pertama, bersedia dan berani menempuh cabaran dan pertingkatkan prestasi kerja diri menjayakan PPPM 2013 – 2025.

Kita sebagai sebuah pasukan pendidikan hendaklah bersama-sama menghayati budaya  prestasi puncak  (peak performance) dalam kerja buat pendidikan dan persekolahan kita.  Menerusi budaya ini kita bersama-sama memberi penekanan kepada pencapaian akademik dan juga dalam masa yang sama kita memberi peneguhan yang kuat dalam aspek kemenjadian insan murid.

Kita tidak mahu berbangga dengan pencapaian UPSR di peringkat rendah sahaja, tetapi bila besar jika kita tidak memperlengkapkan diri mereka dengan segala kelengkapan, maka isunya ialah murid kita tidak dapat bersaing di pentas global lebih-lebih lagi dengan dunia negara maju.

Sekolah kita sudah pun dibekalkan dengan pelbagai sumber dan kemudahan pendidikan yang bertaraf dunia.  Penggerak utama ialah barisan kepimpinan pendidikan dan penjana utama ialah barisan guru.

YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, YANG BERBAHAGIA DATO’-DATO’, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN HADIRIN SEKALIAN

Antara faktor utama yang membantu menjayakan Transformasi Pendidikan Negara ialah GURU YANG HEBAT (SUPPER CHARACTER) dan SEKOLAH YANG HEBAT (GREAT SCHOOL).

Jika dilihat dalam aspek penyelidikan konvensional, faktor GURU YANG HEBAT dan SEKOLAH YANG HEBAT adalah merupakan dua pembolehubah yang mempunyai korelasi yang tinggi.  Hipotesisnya ialah GURU YANG HEBAT boleh melahirkan SEKOLAH YANG HEBAT.

Perkembangan pendidikan hari ini kita dituntut menjadi seorang GURU YANG HEBAT (Supper Character).  Menghadapi pendidikan globalisasi bertaraf dunia, maka kita tidak ada pilihan melainkan menjadi seorang GURU YANG HEBAT.

Ciri-ciri GURU YANG HEBAT (Supper Character) ialah mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS), sentiasa belajar ilmu dan kemahiran baru, berjaya meneroka isu-isu pendidikan yang baru, minda yang berani menanggung risiko, dedikasi dan jati diri.

Marilah kita menjadi seorang GURU YANG HEBAT (supper character) agar kita dapat melahirkan lebih banyak sekolah di negeri ini sebagai SEKOLAH YANG HEBAT (GREAT SCHOOL).

Seterusnya sama-samalah kita mewujudkan kesepakatan, kebersamaan dan kesepaduan yang kental untuk terus kita dengan penuh setia memberi khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi membina masa depan pendidikan negeri Terengganu dan memastikan murid kita mendapat tempat dalam dunia Malaysia negara maju menjelang 2020.

Dalam menjayakan usaha kita bersama-sama menyediakan peluang dan membina masa depan murid-murid kita, marilah kita melakukan perubahan minda, lonjakan berganda dan meneroka dimensi baru pendidikan abad ke-21 negara maju.

Pendidikan Terengganu pada tahun ini akan memberi fokus kepada KEMENJADIAN KEPEMIMPINAN, KEMENJADIAN GURU, KEMENJADIAN MURID dan KEMENJADIAN SEKOLAH menerusi terjemahan idealisme MESRA GURU, GURU MESRA dan GURU PENYAYANG.

Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada YAB Dato’ Seri  atas kesudian hadir menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2013.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, Pemimpin-pemimpin Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Terengganu atas kesudian hadir Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2013.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2013.

Ucapan terima kasih kepada mantan pengarah dan mantan timbalan kerana turut sama menjayakan majlis sambutan pada tahun ini.

Tahn ian kepada sahabat guru negeri ini yang telah mencipta kejayaan dalam pendidikan yang tidak dapat saya menyatakannya secara satu persatu sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2012 sehingga hari ini.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2013 yang telah berkerja kuat menjayakan majlis sambutan pada kali ini.

Tahniah juga diucapkan kepada insan-insan cemerlang yang terpilih untuk menerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Terengganu Tahun 2013 dan anugerah-anugerah lain.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu Tahun 2013.

Akhir kalam, sekali lagi saya menyeru kepada semua guru supaya terus melaksanakan amanah pendidikan dengan penuh integriti berteraskan Etika Profesion Keguruan.

Setiap institusi pendidikan di negeri ini perlu mewujudkan suasana yang kondusif bagi membolehkan murid daripada pelbagai latar belakang bangsa, etnik dan agama dapat bergaul dengan lebih mesra dan akrab untuk memantap dan mengekalkan perpaduan bangsa Malaysia.

Modal insan bertaraf antarabangsa hanya mampu dilahirkan menerusi sistem pendidikan bertaraf dunia dan guru bertaraf dunia.

SELAMAT HARI GURU.

Thursday, May 16, 2013

SAMBUTAN HARI GURU SK SERI BERANG MERIAH

SK SERI BERANG (16 MEI 2013) : Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi semua pendidik diseluruh dunia kerana hari ini merupakan hari memperingati jasa dan sumbangan pendidik kepada seluruh rakyat.

SK Seri Berang juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru yang telah diadakan di Dewan Sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin
Ucapan Ketua Pengawas

Persembahan Sajak oleh Murid Tahun 6

Ucapan Guru Besar, Pn Hasnah Hasan

Bacaan Ikrar Guru Malaysia oleh Guru-guru SK Seri Berang
SENAM ROBIK
Persembahan Bicara Berirama Murid 6 ALBUKHARI


Pertandingan Fakta atau Auta

Persembahan silap mata oleh Cikgu Shahidan

Hadiah yang diterima GPK1, En Zaimi

Antara guru yang menerima Hadiah, En Nazilee

En Malek, wakil PIBG menerima cederahati daripada Guru Besar

Johan Baling Tin, Rumah Biru

Johan Pertandingan Fakta atau Auta, Pn Salmah

Persembahan penutup, "TERIMA KASIH CIKGU"



Wednesday, May 15, 2013

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA


            Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambillangkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

 LOGO HARI GURU



Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalal apangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Unit ICT mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SK Seri Berang khasnya dan semua yang bergelar guru.

Tuesday, May 14, 2013

PROGRAM DOKTOR MUDA : SK SERI BERANG CEMERLANG

Abdul Muin Jaafar sedang menyampaikan ceritanya
KUALA BERANG : Pasukan Doktor Muda SK Seri Berang memberikan saingan sengit dalam Pertandingan antara Kelab Doktor Muda Daerah Hulu Terengganu.

Wan Nor Adriana muncul Johan Bercerita Doktor Muda

Tahniah dan syabas diucapkan

JELAJAH MAJALAH KUNTUM DI SK SERI BERANG



KUSYUK apabila dapat membaca Majalah Kuntum
SK SERI BERANG (14 MEI 2013) : Hari ini merupakan hari yang bertuah bagi murid-muird SK Seri Berang apabila Pasukan Jelajah Majalah Kuntum singgah untuk bermesra bersama-sama Murid Sk Seri Berang. Kuntum adalah sebuah majalah pendidikan kanak-kanak yang diterbitkan dalam dwibahasa, sesuai sebagai bahan bacaan untuk pelajar sekolah rendah.
Orang Kuat Majalah Kuntum sedang bersama murid-murid
Majalah ini pertama kali dilancarkan pada bulan Februari 1980 dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak Malaysia dalam pelbagai bidang, serta ia juga untuk menggalakkan minat membaca. Kewujudan portal Kuntum ini diharapkan membantu anda semua untuk mengakses maklumat-maklumat dengan lebih mudah selain untuk mengikuti perkembangan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kuntum dari semasa ke semasa.
bergambar kenangan bersama KUNTUM
Terima kasih kepada pihak Majalah Kuntum kerana menghiburkan Murid-murid SK Seri Berang sebagaimana taglinenya, "mendidik sambil menghibur". Semoga sentiasa menjadi Majalah Kanak-kanak No 1 di Malaysia.

Monday, May 13, 2013

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA DINANTIKAN MURID SK SERI BERANG


SK SERI BERANG(13 MEI 2013) : SK Seri Berang menyahut hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas apabila tidak pernah ketinggalan bersama-sama dengan lebih tiga juta pelajar di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara menikmati susu Program Susu 1Malaysia. 
Goncang pek susu sebelum minum
         Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Murid Tahun 1 SK Seri Berang juga tidak ketinggalan menikmati Susu 1Malaysia
      Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi. Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah  membantu pengusaha dan penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita dapat protien dan kalsium yang mencukupi.
Murid-murid SK Seri Berang mengangkat kotak SUSU 1MALAYSIA tanda sedap

Sunday, May 12, 2013

BOLA JARING B12: HULU TERENGGANU ANTARA KETIGA TERBAIK

KUALA BERANG (12 MEI 2013) : Pasukan Bola Jaring B12 Hulu Terengganu berjaya menduduki tempat ketiga bersama dalam Kejohananan Bola Jaring MSS Terengganu yang berlangsung di Daerah Setiu.
Tahniah diucapkan kepada 2 orang murid SK Seri Berang yang telah bersama-sama dengan Pasukan Bola Jaring B12 iaitu Nur Nadhirah binti Najmi dan Batrisya.

Batrisya dan Nadhirah

Tahniah dan syabas diucapkan

Thursday, May 9, 2013

SAHIBBA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

KUALA BERANG (09 MEI 2013) : Syed Shafiy dan Fatihah yang mewakili daerah Hulu Terengganu ke Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri tidak bernasib baik apabila mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut. Walaupun tewas, semangat yang ditunjukkan oleh mereka berdua yang pantang menyerah kalah sehingga ke minit akhir telah mengharumkan lagi nama SK Seri Berang di seluruh negeri Terengganu.

Tahniah dan syabas

Berita Terdahulu :




SMK KUALA JENERIS (16 APRIL 2013) : Peserta Sahibba yang mewakili SK Seri Berang berjaya mengharumkan nama SK Seri Berang apabila berjaya mendapat tempat antara yang terbaik di peringkat daerah. Pertandingan Sahibba Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di SMK Kuala Jeneris.
Aksi Syed Shafiy

Wakil SK Seri Berang, Syed Shafiy telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala Fatihah telah berjaya mendapat Naib Johan.
Fatihah akan mewakili Hulu Terengganu ke peringkat Negeri

Tahniah dan syabas diucapkan.