Tuesday, October 30, 2012

ENGLISH FUN DAY


KUALA BERANG (30 OKTOBER 2012) : Dengan tema "Learning English Is Fun" SK Seri Berang telah berjaya mengadakan ENGLISH FUN DAY yang berlangsung dengan meriah. Pelbagai aktiviti telah diadakan secara individu dan berkumpulan mengikut bilik darjah. Antaranya ialah Picture Puzzle, Find Hidden Objects, Magazines in Education, Creating A Big Book dan banyak lagi.
             Hari ini juga berlangsung serentak MAJLIS KESYUKURAN KECEMERLANGAN 2012 yang telah lama tertangguh. Sambutan diterima daripada ibubapa sangat meriah dan berharap dengan sokongan sebegini akan membawa SK Seri Berang lebh banyak kecemerlangan.
Berikut dipaparkan antara yang sempat dirakam ;











c

Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDIL ADHA


KAMI MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
TINGKATKAN PENGORBANAN SUBURKAN KEIKHLASAN



Ikhlas daripada: 
UNIT PEMBESTARIAN DAN MULTIMEDIA
SK SERI BERANG 2012

BIRU DITABALKAN JOHAN KESELURUHAN

NO 1 LAGI

KUALA BERANG ; Dengan slogan, "Biru Berombak Pantang Berganjak", Rumah Biru selagi lagi dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan sempena Kejohanan Balapan, Padang dan Sukaneka SK Seri Berang Kali Ke 10 pada tahun ini.
Berikut antara yang sempat dirakam sepanjang hari Kedua Kejohanan



BERSEMANGAT : memberi sokongan pasukan masing-masing








PIBG pun ada acara...



Monday, October 22, 2012

MSSS SK SERI BERANG BERMULA

SEMUA SUDAH BERSIAP SEDIA

KUALA BERANG : Hari ini bermulanya sukan tahunan sekolah yang ditunggu-tunggu oleh semua guru dan murid semua. Pada tahun ini, acara bermula dalam keadaan hujan rintik-rintik sebelum mendung yang berterusan sehingga tamat acara

Perbarisan masuk


Bacaan Doa oleh Ustaz Shamsul memohon semua berjalan lancar, amin


PN GURU BESAR semasa ucapan Perasmian


Bacaan Ikrar oleh Adik Alif Zikri 

Acara Bermula dengan Larian PraSekolah


NAIB JOHAN

Pasukan ICT Kuala Berang semasa menerima hadiah


Kuala Berang : Pasukan ICT SK Seri Berang hanya mampu meraih Naib Johan sempena MSC Malaysia APICTA 2012 Awards Caremony.  Tahniah dan Syabas diucapkan.  Semoga ini akan membakar semangat untuk menjadi yang lebih baik pada tahun akan datang.

Bergambar kenangan sebelum memasuki Dewan SDCC

Adik Umairah ketika ditemuramah media


Saturday, October 6, 2012

16 OKTOBER JADI PENENTU


KUALA BERANG : 16 OKTOBER 2012 akan datang akan menjadi penentu kepada Pasukan ICT SK Seri Berang yang telah masuk bertanding dalam membina Projek ICT untuk Kategori Sekolah Rendah peringkat Kebangsaan ( BEST OF PRIMARY STUDENT PROJECT) sempena MSC Malaysia APICTA Award 2012.

Pasukan ICT SK Seri Berang yang terdiri daripada Adik Ahmad Firdaus Yusoff, Adik Syed Shafiy Syed Azeli, Adik Iffah Afiqah Yusri dan Adik CK Umairah CKM Mazuki telah membentangkan Projek Ict menggunakan perisian Flash bagi membina satu "Digital Story Telling" pada bulan Ogos yang lalu di MSC Cyberjaya.

Pasukan ICT SK Seri Berang 2012
Pasukan ICT SK Seri Berang akan bersaing hebat dengan 4 lagi sekolah iaitu SK Dua Sungai, SK Putrajaya Presint 11 (1), SKJ(T) Kulim dan SKJC Sin Kwang.

Bergambar kenangan bersama Guru Pengiring
Untuk pengetahuan, MSC Malaysia APICTA Award 2012 akan diadakan pada 16 Oktober ini di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur. Semoga SK Seri Berang akan menjadi pasukan Terbaik daripada lima pasukan yang terpilih ke peringkat akhir.