Thursday, January 31, 2013

Seri Berang Kontinjen Terbaik Daerah

CERIA : Bergambar bersama Menteri Besar Terengganu selepas Majlis

KUALA BERANG (31 JAN 2013) : KONTINJEN PERARAKAN SK Seri Berang muncul Johan Perarakan kategori Sekolah Rendah  peringkat daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Malidur Rasul 1434H/2013M yang berakhir di Padang Astaka Hulu Terengganu. Sekurang-kurangnya 18000 orang mengikuti perarakan kali ini yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". 
Kontinjen SKSB bersiap sedia untuk memulakan Perarakan

Kontinjen sekolah dengan kekuatan 250 orang murid (30 peserta Perarakan) dan 25 orang guru penuh bersemangat mula berarak dari Padang SK Tengku Ampuan Intan sejak awal pagi lagi.Sambutan Maulidur Rasul di peringkat daerah dikelolakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Hulu Terengganu.

Kejayaan Kontinjen Perarakan SK Seri Berang sebagai Kontinjen Terbaik Daerah (Kategori Sekolah Rendah) diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Perarakan yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Ahmad bin Said , Menteri Besar Terengganu.

Beliau sebelum itu mengetuai perarakan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan berakhir di padang Astaka Kuala Berang yang turut disertai 225 kontinjen termasuk jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bergambar Kenangan bersama Hadiah Kemenangan

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Sunday, January 27, 2013

TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTIMU

KUALA BERANG (26 Jan 2013) : SK Seri Berang disulami kesedihan berikutan berakhirnya tempoh perkhidmatan Ustaz Azarul Razamin bin Mat Said di sini apabila beliau telah bertukar ke SK Medan Jaya, Marang, Terengganu.


Unit Pembestarian dan Multimedia Sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz kerana sepanjang bersama di unit ini, Ustaz Azarul banyak membantu dari segi idea dan kudrat dalam merencanakan program-program yang dijalankan unit ini. Antaranya, Ustaz merupakan salah seorang yang banyak menyumbangkan tulisannya di Portal Rasmi ini, selain pernah menjadi Fasilitator untuk Kursus LADAP Unit ICT untuk staf-staf di sekolah ini.





Antara kenangan Ustaz Azarul di SK Seri Berang

Bagi pihak Pengurusan Sekolah dan seluruh warga SK Seri Berang mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Ustaz. Semoga SK Seri Berang terus dikenang..tempat bermain dikenang jua, inikan pula tempat mendidik.


Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Sunday, January 20, 2013

PERHIMPUNAN MINGGU KE 4

KUALA BERANG (21 JANUARI 2013) : Bermula hari ini, kebenaran murid keluar dari bilik darjah di SK Seri Berang akan lebih teratur apabila Kad Kebenaran Keluar Kelas dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dilancarkan oleh Guru Besar, Pn Hasnah Hasan semasa Perhimpunan pagi ini. Simbolik Pelancaran Kad Kebenaran telah diadakan dengan menyerahkan Kad Kebenaran kepada Ketua Kelas masing-masing. 
Berikut antara yang sempat dirakam :
Perhimpunan dimulakan dengan Selawat Ke Atas Rasulullah

Ucapan Guru Bertugas Minggu 3, Puan Siti Norliza
Acara Simbolik Pemberian Kad dipengerusikan oleh Guru Kaunseling
Antara Ketua Kelas yang menerima Kad Kebenaran Keluar
Pn Zuriati mengingatkan tentang peraturan sekolah yang perlu dipatuhi
Ucapan Guru Besar
Bergambar kenangan selepas Majlis Perhimpunan

Friday, January 18, 2013

ORGANISASI SK SERI BERANG 2013



Monday, January 14, 2013

PERHIMPUNAN MINGGU KETIGA


KUALA BERANG (13 JANUARI 2013) : Seramai 8 orang murid SK Seri Berang telah berjaya mendapat Sijil dan  Doktor Muda selepas Ujian PTK Doktor Muda yang telah diadakan pada tahun 2012. Majlis meraikan 8 murid tersebut telah diadakan semasa Perhimpunan Mingguan bagi Minggu ke 3.



GURU BERTUGAS MINGGU KE 2 : Puan Zuriati Abdul Jalil
Adik Ezham Antara yang menerima penghargaan


Ucapan Guru Besar

Wednesday, January 9, 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM BERMULA

KUALA BERANG (8 Januari 2013) : Bermula hari ini, murid SK Seri Berang Tahun 3 hingga Tahun 6 mengikuti aktiviti Kourikulum yang meliputi Badan Beruniform dan Kelab/Persatuan.

Berikut antara yang sempat dirakam ;
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
KELAB BAHASA ARAB 
PERSATUAN BAHASA MELAYU

KELAB BUMI HIJAU

PERSATUAN BAHASA INGGERIS
KELAB BARU : KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING


MINGGU TRANSISI MURID TAHUN 1 MERIAH

m


KUALA BERANG (9 Januari 2012) : Warga baru dari murid Tahun 1 di SK Seri Berang sedang mengikuti Minggu Transisi 2013 yang bermula Selasa minggu lepas dan akan berakhir esok, Khamis pada minggu kedua.

Pelbagai aktiviti yang dirancang sedang rancak dijalankan. Hari ini mereka mengikuti acara sukaneka khas sempena Minggu Transisi bertujuan memupuk semangat keberanian dan berdikari. Minggu Transisi memberi peluang kepada warga baru Tahun 1 untuk mengenal dengan lebih dekat Sekolah Kebangsaan Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5, Kementerian Pelajaran Malaysia.
MINGGU TRANSISI : Sesi bersama Kaunselor SK Seri Berang, Pn. Harnani Yusoff

Bagi pihak Unit Pembestarian dan Multimedia Sekolah, diucapkan selamat menimba ilmu pengetahuan.


arms/berita...

Tuesday, January 1, 2013

PERSEKOLAHAN 2013 BERMULA

KUALA BERANG (1 Januari 2013) : SK Seri Berang berjaya memulakan hari pertama persekolahan pada hari ini. Ia dimulakan dengan perhimpunan harian pagi disusuli dengan ucapan aluan Guru Disiplin Sekolah, Cg. Ahmad Kamal Ibrahim dan Ucaptama Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan.

Unit Bestari dan Multimedia SKSBRG mengalu-alukan kehadiran warga baru dan semasa ke penggal pertama persekolahan ini.


SELAMAT BELAJAR
GURU PENYAYANG, MURID BERKUALITI



BERIKUT ADALAH SOROTAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 :

Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan mempengerusikan
Mesyuarat Guru  & Kakitangan Sekolah Kali 1/2013.

 Mesyuarat Guru & Kakitangan Sekolah Kali 1/2013 sedang berjalan.


Kaunter pendaftaran kemasukan murid dibuka kepada ibu bapa dan
penjaga murid pada Khamis minggu lepas.

Perhimpunan Pertama 2013






JK SKK SK SERI BERANG 2013


JK KEBITARAAN AKADEMIK : BAHASA INGGERIS
JK KEBITARAAN SUKAN : BOLA SEPAK