Monday, May 26, 2014

Selamat Bercuti



Sunday, May 18, 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK SERI BERANG

SK SERI BERANG (18 MEI 2014) : SK Seri Berang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema "Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi" bagi meraikan Guru-guru yang bertungkus lumus sepanjang tahun dalam mengharumkan lagi nama sekolah. Majlis bertambah meriah apabila SK Seri Berang menerima kunjungan Adun Kuala Berang, YB Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru kali ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin Beramai-ramai
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Tuan Guru Besar
Ucapan YB Adun Hulu Terengganu
Simbolik Penyerahan Kek
Terima Kasih Dato'
Pembacaan Teks Ucapan
Ikrar dan Nyanyian Lagu Guru Malaysia
Sukaneka : Belon Berapi
Sukaneka : Buaian Kasih
Sukaneka : Paling Panjang
Sukaneka : Nyior Kebaboom
SELAMAT HARI GURU DARI KAMI SEMUA...

Thursday, May 8, 2014

SAHIBBA NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI

 

BESUT (8 MAY 2014) : Mohd Ezham Eskandar sekali lagi membanggakan nama sekolah apabila muncul Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri.
 Tahniah dan Syabas diucapkan.

Monday, May 5, 2014

SMART ENGLISH PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU

SK SERI BERANG (05 MEI 2014) : SK Seri Berang hari ini menjadi tuan rumah Karnival Pengukuhan Bahasa Inggeris Yayasan Diraja Sultan Mizan. Karnival yang melibat pelbagai cabang kemahiran antaranya wall dictation, aural oral, funderstanding, chain story telling, poetic action song dab sebagaikan lagi. Johan telah dimenangi oleh Pasukan SK Matang.
PENDAFTARAN
SECTION 1
SECTION 2
SECTION 4
Penghargaan untuk Hakim Bertugas
Tuah menyebelahi SK MATANG
Tahniah dan syabas diucapkan

Sunday, May 4, 2014

SELAMAT DATANG TUAN GURU BESAR


SK SERI BERANG (04 APRIL 2014) : Selamat datang kepada Puan Nurani binti Lebai Abdul, Tuan Guru Besar SK Seri Berang yang Ketiga berkuatkuasa 16 APRIL 2014. Semoga dapat meneruskan khidmat bakti serta mengemudi SK Seri Berang ke mercu kejayaan.


MAJLIS SANJUNGAN BUDI TUAN GURU BESAR

SK SERI BERANG (04 APRIL 2014) : Hari ini telah menjadi sejarah buat warga SK Seri Berang apabila Tuan Guru Besar, Puan Hasnah binti Hasan telah diarahkan bertukar ke SK Seri Berang. Satu Majlis yang penuh bermakna telah diadakan bagi menghargai pengorbanan Tuan Guru Besar selama lebih 11 tahun berbakti di sekolah ini.
BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA  
HILANG DI MATA DI HATI TIDAK LUPA 
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA  
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA