Tuesday, August 23, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H




KUALA BERANG (24 Ogos 2011) : SK Seri Berang telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah sempena Program Ihya Ramadhan tahun ini. Seramai 71 murid diraikan kerana berjaya khatam 30 juzuk al-Quran.


Ucapan perasmian MKQ IR 1432H oleh Puan Guru Besar.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Nur Adrera Kasim dari Tahun 6 Waja, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan dan disusuli tayangan multimedia khas Ihya Ramadhan.




 
Nur Adrera memperdengarkan bacaan al-Quran.

Majlis dimeriahkan dengan ceramah khas Ihya Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulkifli Muda dari Sekolah Menengah IMTIAZ Kuala Berang. Sepanjang ceramah berjalan, ia turut diselangi dengan kuiz spontan menyentuh topik-topik hukum agama dan Sirah/Sejarah  Rasulullah SAW. Mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul telah diberikan saguhati berbentuk Duit Raya.


Ceramah Khas Ihya Ramadhan oleh Us. Mohd Zulkifli Muda.

Guru Besar dan guru serta murid sedang mengikuti
ceramah khas Ihya Ramadhan.

Mohd Aiman Fikri Musriful dari Tahun 3Waja
sedang cuba menjawab soalan kuiz spontan.

TAHNIAH : Adik Mohd Aiman Fikri Musriful menerima Saguhati
Kuiz Spontan berbentuk Duit Raya daripada penceramah.
Beberapa aktiviti iringan turut diadakan, antaranya Pertandingan Azan / Bakat Bilal Muda (Murid Lelaki Tahun 1-6), Pertandingan Hafazan Spontan (Murid Perempuan Tahun 1-6) dan Persembahan Salawat Murid Pra Sekolah.


Pertandingan Azan @ Bakat Bilal Muda di kalangan
Murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3).


Pertandingan Azan @ Bakat Bilal Muda di kalangan
Murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6).


Persembahan Salawat oleh Murid-murid Pra Sekolah.

Pertandingan Hafazan (Murid Perempuan).

Majlis Khatam al-Quran dipimpin oleh Us. Azarul dan
Us. Shamsul Bahrin.

ABANG DAN ADIK : Amirul Hakim dan Amirul Asyraf
dari Tahun 6 Wira berjaya khatam bersama. Mereka
berdua adalah anak kepada Cg. Mazura Yahya
 (Kaunselor SK Seri Berang).

Album Majlis Khatam al-Quran 1432H/2011M


arms/berita....

3 comments:

srikandi cinta said...
This comment has been removed by the author.
srikandi cinta said...

nanti raya ada tak jamuan raya di sksb ? saya selaku ex-sksb ingat nak melawat sksb, dah lama tak jenguk

srikandi cinta said...

saya ingat nak melawat sksb. nanti ada tak jamuan raya kat sksb ? mungkin saya boleh mencelah waktu tu. :)

Post a Comment