Thursday, February 28, 2013

TEMU MURNI UPSR 2013

KUALA BERANG (28 FEB 2013) : SK Seri Berang telah mengadakan satu Majlis Temu Murni UPSR 2013 bertempat di Dewan Terbuka SK Seri Berang, bermula jam 2.30 petang tadi.
Majlis dimulakan dengan ucapan Bacaan Doa oleh Ustaz Fikri, seterusnya ucapan dan juga perbentangan Analisis Pencapaian Murid oleh Guru Besar, Pn Hasnah binti Hasan.
Perbentangan Guru Besar, Pn Hasnah Binti Hasan

Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian oleh Penolong PPD Pengurusan Kurikulum, En. Mohd Hasan bin Mat Rahim. Selepas itu diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar oleh Murid-murid UPSR 2013 dan juga menandatangani Akur Janji antara Murid-murid, Ibubapa dan guru.
Ucapan Perasmian Pen PPD
Bacaan Ikrar diketua oleh Abdul Muin Jafar
Menandatangani Akur Janji
Semoga Majlis ini dapat memberikan impak yang besar kepada murid Tahun 6 dalam Pencapaian UPSR mereka nanti. Insyaallah

Wednesday, February 27, 2013

BOLA SEPAK : Ketiga Terbaik

Antara yang menerima Pingat daripada Puan Guru Besar
KUALA BERANG (27 FEB 2013) : Pasukan SK Seri Berang mendapat tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak KDSR 2 selepas kalah tipis, 1-0 kepada Pasukan tuan rumah, SK Telaga.
Sepanjang masa permainan, Pasukan Sk Seri Berang telah menunjukkan corak permainan yang baik walaupun diiringi dengan hujan dan padang yang ditakungi air tetapi nasib tidak menyebelahi Pasukan apabila banyak percubaan telah dihalang oleh penjaga gol pihak lawan.

Tahniah dan syabas diucapkan.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

KUALA BERANG (27 FEB 2013) : Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya telah dapat dilaksanakan denga jayanya di Dewan Terbuka SK Seri Berang, pagi tadi.
Ucapan Aluan Guru Besar, Pn Hasnah binti Hasan
 
Ucapan Perasmian oleh Pegawai Polis IPD Hulu Terengganu
Murid-murid kusyuk mendengar ucapan yang diberikan
Cederahati Tanda Terima Kasih daripada Pihak Sekolah

Semoga semua pengawas yang telah dilantik dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik.


Thursday, February 21, 2013

BOLA BALING : JOHAN ZON KDSR 2

KUALA BERANG (21 FEB 2013) : Pasukan Bola Baling P12 SK Seri Berang berjaya menjadi Johan Kejohanan Bola Baling Zon KDSR 2 selepas berjaya menumpaskan Pasukan SK Tapah 1-0 , petang tadi.
SYABAS : Antara Ahli Pasukan Bola Baling P12 yang menerima Pingat
Manakala nasib tidak menyebelahi Pasukan Bola Baling L12 apabila tumpas pada peringkat suku akhir. Pasukan Bola Baling P12 SK Seri Berang akan membawa cabaran ZON KDSR 2 pada peringkat Daerah Hulu Terengganu pada pertengahan bulan Mac nanti.

Tahniah dan Syabas diucapkan

Wednesday, February 20, 2013

ADRIANA LAYAK KE PERINGKAT NEGERI

KUALA BERANG (20 FEB 2013) : Adik Tengku Nur Adriana binti Tengku Abdul Halim terus mengorak langkah penuh bergaya apabila sekali lagi berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Pingpong Peringkat MSSM Negeri Terengganu.
Adik Tengku Nur Adriana dibawah kendalian Jurulatih Pingpong SKSB, En. Zamzuri bin Abdullah, telah berjaya berada ditempat KETIGA peringkat Daerah Hulu Terengganu selepas tumpas kepada perseorangan dari SK Teris pada perinkat separuh akhir, hari ini.


Adik Nur Adriana akan membawa cabaran Pasukan MSSD Hulu Terengganu di Peringkat Negeri nanti. Kejohanan Pingpong MSSM Negeri Terengganu akan berlangsung dari 28 Feb 2013 hingga 2 Mac 2013 bertempat di SMK Bukit Kuang, Kemaman.

Tahniah dan Selamat Berjaya diucapkan.
SK Seri Berang Nelang , 



Berita sebelum ini :
KUALA BERANG (05 FEB 2013) : Perseorangan SK Seri Berang bagi Kejohanan Pingpong P12 Zon 2 Daerah Hulu Terengganu, Adik Tengku Adriana berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Pingpong Daerah Hulu Terengganu yang akan berlangsung pada 20 Februari 2013 nanti.

Adik Adriana layak ke Kejohanan peringkat daerah selepas berjaya ke peringkat Akhir sebelum tewas kepada Perseorangan SK Dusun dengan 8-11,11-9 dan 9-11. Disamping itu, Pasukan Beregu SK Seri Berang juga berjaya mendapat Naib Johan sebelum tewas di Peringkat akhir.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga dapat memberi saingan pada Peringkat Daerah nanti. 

Thursday, February 14, 2013

BOLA TAMPAR : ANTARA TIGA TERHEBAT

KUALA BERANG : SK Seri Berang antara 3 Pasukan Terbaik apabila mendapat Tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Tampar KDSR 2 dalam kategori L12 dan P12.

Pasukan Bola Tampar L12 SK Seri Berang

PK 1 selaku Jurulatih bersama PK KO turut memberi sokongan


Pasukan Bola Tampar P12 SK Seri Berang
SK Seri Berang berjaya mengatasi SK Kuala Berang


 Tahniah dan Syabas diucapkan.


Wednesday, February 13, 2013

SK SERI BERANG CALON SBT 2013

KUALA TERENGGANU - Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan  (BPSBPSK) dengan kerjasama JPN Terengganu telah mengadakan Program 'Hand-Holding" bagi membantu calon SBT SR Terengganu. Sekolah yang dipilih ialah SK Seri Berang, Hulu Terengganu dan SK Maktab Perguruan Terengganu (13 Feb 2012) dan SK Rantau Petronas, Kemaman (24 Februari 2013). Sekolah-sekolah ini pernah tercalon dan layak diverifikasi pada tahun lepas tapi gagal meraih anugerah berprestej itu,.

Sementara 17 buah lagi yang tercalon SBT akan ditentukan kelayakan untuk verifikasi oleh JNJK atau tidak berasaskan "entry markah" yang ditentukan oleh KPM. Jika mereka melepasi entry berkenaan pihak BPSBPSK atau JPN akan mengadakan program ini untuk membantu dan membimbing mereka.

Program "Hand-Holding" bagi SK Seri Berang dan SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu telah dipimpin oleh Cik Suraya Hani dari BPSBPSK. Ketua Unit Sekolah dan Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster turut sama dalam program berkenaan yang diadakan di SK Maktab Perguruan, Kuala Terengganu. Kedua-dua sekolah ini yang kita sedia maklum berpengalaman menghadapi pencalonan SBT sudah memahami konsep dan bidang penilaian cuma perlu lebih tersusun dan mantap lagi..
 
Sumber dari Unit Sekolah Rendah : program hand holding calon sbt

Wednesday, February 6, 2013

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH


KUALA BERANG (16 Feb. 2012) : SK Seri Berang telah mengadakan sambutan Malidur Rasul 1434H/2013M bertempat di Dewan SK Seri Berang. Sambutan kali ini bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".
Pasukan Perbarisan SKSB mengetuai Perarakan




Seramai 445 murid berserta 40 guru dan kakitangan sokongan berarak di sekitar SK Seri Berang bermula .Perarakan dimulakan dengan Kontijen Perarakan sekolah yang segak berbaju Biru.Seterusnya diikuti oleh Murid-murid Prasekolah, Murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2.

Alunan Bacaan Al Quran oleh Qariah SK Seri Berang
Penceramah Jemputan dari Masjid Kuala Ping
Murid-murid memberikan respon kepada Penceramah
Alunan Selawat diketuai oleh Penceramah Jemputan
Selepas Perarakan, pihak sekolah menjalankan Ceramah Khas Maulidur Rasul disampaikan oleh  Imam Masjid Kampung Kuala Ping yang diundang khas oleh Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu.
BERSEMANGAT : Murid Tahun 1
Antara Peserta Bercerita Kisah Rasulullah
Antara Persembahan Murid SKSb

Majlis Penyampaian Hadiah
Pelbagai pertandingan telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Antaranya ialah pertandingan berselawat, pertandingan bercerita, pertandingan Hafazan dan juga Pertandingan Mewarna. Hadiah- Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Puan Hasnah Binti Hasan, Guru Besar SK Seri Berang.

Tuesday, February 5, 2013

LAYAK KE KEJOHANAN PINGPONG DAERAH

KUALA BERANG (05 FEB 2013) : Perseorangan SK Seri Berang bagi Kejohanan Pingpong P12 Zon 2 Daerah Hulu Terengganu, Adik Tengku Adriana berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Pingpong Daerah Hulu Terengganu yang akan berlangsung pada 20 Februari 2013 nanti.

Adik Adriana layak ke Kejohanan peringkat daerah selepas berjaya ke peringkat Akhir sebelum tewas kepada Perseorangan SK Dusun dengan 8-11,11-9 dan 9-11. Disamping itu, Pasukan Beregu SK Seri Berang juga berjaya mendapat Naib Johan sebelum tewas di Peringkat akhir.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga dapat memberi saingan pada Peringkat Daerah nanti. 



Sunday, February 3, 2013

Pertukaran Alamat Email Sekolah

Entry Melekat. Untuk Entry Baru Sila Turun Ke Bawah

Assalamualaikum

Mulai dari hari ini, alamat email skseriberang@yahoo.com tidak lagi digunakan atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

Alamat email sekolah yang baru adalah tba5049@gmail.com.

Harap maklum. Dan segala kesulitan amat dikesali.

Sekian terima kasih.