Monday, January 27, 2014

JOHAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1435H

KUALA BERANG(27 JANUARI 2014): SK Seri Berang sekali lagi dinobatkan sebagai Johan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H yang diadakan di Masjid Kg Gaung, Kuala Berang.Perarakan yang bermula di Padang Astaka Kuala Berang itu melibatkan lebih 30 buah Pasukan terdiri daripada sekolah dan JKKK sekitar Dun Kuala Berang.
Tahniah dan syabas diucapkan

Thursday, January 23, 2014

TERIMA KASIH USTAZAH SA'ADIAH... JASAMU DIKENANG


SK SERI BERANG (23 JANUARI 2014) : SK Seri Berang pada hari ini telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena Persaraan Ustazah Sa'adiah binti Ibrahim. Beliau yang merupakan Guru Pendidikan Islam SK Seri Berang sejak 8 tahun lalu merupakan seorang Ustazah yang telah berkhidmat sejak tahun 1983. Selamat Bersara Ustazah Sa'adiah, TERIMA KASIH USTAZAH

Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir.
 Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!
 
Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
guru penolong kanan satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!


Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.


Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1435H BERLANGSUNG PENUH MERIAH

SK SERI BERANG(23 JANUARI 2014): Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat SK Seri Berang yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar.
Bacaan Yasin dan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Fikri
Taklimat mengenai Perarakan oleh En Jamaludin
Adik-adik Bongsu (Pra sekolah) bersemangat untuk mengikuti perarakan
Biru perpaduan kita semua
Hijau 
Merah membara semangat waja
Kuning berdaulat payung negara
Pasukan Kompang memulakan Perarakan

Perarakan dengan penuh semangat
Terima Kasih Abang POLIS


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul 1435H.

Wednesday, January 22, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK SERI BERANG & MAJLIS PERSARAAN USTAZAH HJH. SAADIAH IBRAHIM

Kenangan Sambutan Maulidur Rasul 2011
"1Malaysia 1 Ummah"


Kuala Berang (Rabu, 22 Januari 2014) : Panatia Pendidikan Islam SK Seri Berang akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul Tahun 1435H/2014M pada Khamis, 23 Januari (Khamis), di sini.

Program sambutan kali ini bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Program yang akan diadakan esok (khamis) turut meraikan persaraan Ustazah Hjh. Saadiah Ibrahim. Beliau merupakan Guru Pendidikan Islam dan Setiausaha Panatia Pendidikan Islam SK Seri Berang di sekolah ini.


Ustazah Hjh. Saadiah Ibrahim
Setiausaha Panatia Pendidikan Islam
SK Seri Berang, Hulu Terengganu
(2007-2013)

Potret kenangan ustazah Hjh Saadiah sewaktu bersama
Panatia Pendidikan Islam SK Seri Berang

Ustazah Hjh Saadiah Ibrahim
dalam Warga Pendidik di SK Seri Berang


Bagi pihak Unit Bestari dan Multimedia SK Seri Berang mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya di alam persaraan. Khidmat bakti cemerlang beliau selama ini di SK Seri Berang telah meletakkan SK Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Anugerah Sekolah Cemerlang UPSR di Peringkat Daerah Hulu Terengganu, Negeri Terengganu dan Kebangsaan.

Selamat bersara ustazah. 

Monday, January 13, 2014

SK SERI BERANG MENERIMA ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG UPSR KEBANGSAAN 2013

SK IJOK(13 JANUARI 2014) ; Tahniah dan syabas diucapkan Guru Besar, Warga sekolah dan PIBG SK Seri Berang kerana menerima Anugerah Sekolah Cemerlang UPSR Kebangsaan 2013 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 Peringkat Kebangsaan.

Majlis berkenaan telah diadakan di SK Ijok, Kuala Selangor, Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II.
        
Semoga Anugerah yang telah diraih akan menyemarakkan lagi semangat sekolah untuk menjadi antara yang terbaik di Peringkat Kebangsaan.

Untuk Maklumat Lanjut :
anugerah-sekolah-cemerlang-upsr