Friday, May 27, 2011

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2011



MARANG (28 Mei 2011) : SK Seri Berang telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2011bermula 26 hingga 28 Mei 2011, bertempat di Angullia Beach House, Marang, di sini.

Program bertujuan memberi persediaan secukupnya kepada murid tahun 6 menjelang peperiksaan UPSR yang akan dilangsungkan pada bulan September akan datang.

Seramai 15 orang guru dan 90 orang murid terlibat dengan kem tersebut yang diadakan selama 3 hari dua malam.

Sunday, May 22, 2011

OLAHRAGA MSSM 2011 : SELAMAT BERJUANG BUAT IKHMAL HAIKAL

SERI BERANG BOLEH !!!

Friday, May 20, 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011





Pihak Jawatankuasa ICT Sekolah dan Pentadbir Blog Sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Pertengahan Tahun/OTI Kali kedua Tahun 2011.


" SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN "
" GOOD LUCK "

Thursday, May 19, 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

KUALA BERANG (16 Mei 2011) : Sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah telah dilangsungkan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan kali ini. Antaranya permainan bola sepak dan bola jaring di kalangan guru, petandingan TARIKING (juara pembuat teh tarik), solekan guru dan persembahan murid.

Berikut sorotan aktiviti guru dan murid :

(untuk melihat lebih lanjut gambar sekitar Hari Guru SK Seri Berang 2011, sila layari URL berikut :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.205120446194026.47103.100000882162726&l=c1740e4a40


Hamper untuk meraikan guru...terima kasih cikgu


Perasmian sambutan Hari Guru oleh Guru Besar

GPK Kokurikulum menyampaikan perutusan Hari Guru oleh
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


GPK HEM menyampaikan perutusan Hari Guru oleh
YAB Timb. Perdana Menteri/Menteri Pelajaran.


GPK 1 menyampaian perutusan Hari Guru oleh
YAB Perdana Menteri.

Persembahan Koir Guru

Pengerusi Kelab Guru SK Seri Berang menyampaikan
Hadiah Penghargaan buat Guru Besar

Pertandingan Bola Jaring Guru Perempuan
antara Rumah Biru-Merah vs Rumah Kuning-Hijau
yang diadili Pn. Guru Besar.

Pertandingan Bola Jaring Guru Perempuan
telah menarik perhatian guru-guru lelaki.

Murid sekolah memberi sokongan kepada
pasukan rumah sukan masing-masing.

MERIAH..

Jawatankuasa Hadiah yang diketuai Tcr. Mariati.

Persembahan Action Song.
 
Johan TARIKING - Cg. Shahidan dan Cg. Jamaludin (GPK Ko).

Acara Solekan Guru Perempuan antara Rumah Sukan.
(Gambar di atas memetik penyertaan Rumah Kuning)

Persembahan Nasyid Kumpulan SHOUTUL SHAMS

Rumah Biru-Merah : Johan Bola Jaring Guru Perempuan

Guru Rumah Sukan ( Hijau) : Johan Solekan Guru Perempuan.

Penyelaras ICT, Cg. Radzi menerima hamper Hari Guru.

Acara di pentas menghiburkan guru-guru.
(Gambar di atas merakam gelagat guru yang terhibur)

Terima Kasih Cikgu Shahidan..anda hebat..

Terima Kasih Cikgu...

arms/berita....

Sunday, May 15, 2011

jika hari ini

jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa

jika hari ini seorang raja menaiki takhta

jika hari ini seorang presiden sebuah negara

jika hari ini seorang ulama yang mulia

jika hari ini seorang peguam menang bicara

jika hari ini seorang penulis terkemuka

jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
BERSEMPENA DENGAN HARI GURU (16 MEI 2011)

KAMI DARIPADA UNIT ICT SK SERI BERANG MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI GURU

KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK KHASNYA KEPADA

GURU-GURU SK SERI BERANG

DAN SEMUA PENDIDIK SELURUH MALAYSIA AMNYA

"TERIMA KASIH CIKGU"

Thursday, May 12, 2011

SEKITAR KARNIVAL KO-AKADEMIK BM DAERAH 2011

KUALA BERANG (8 Mai 2011) : SK Seri Berang telah menjadi tuan rumah pertandingan pidato dan bercerita sempena Karnival Ko-akademik (Bahasa Melayu) Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu.

Berikut adalah rakaman perjalanan majlis tersebut :


Barisan Hakim Pertandingan Bercerita


Salah seorang peserta pertandingan.

Kejayaan peserta tuan rumah memenangi Naib Johan
Pidato Piala Diraja diraikan oleh Pegawai Khas Ko-akademik PPD
dan Pn. Guru Besar SK Seri Berang.

Peserta Bercerita dari SK Seri Berang, Nur Adlina binti Tengah
memenangi Tempat Ke-3 peringkat daerah.


Kejayaan peserta SK Seri Berang turut dikongsi bersama
Guru Pen. Kanan (Kokurikulum), Cg. Jamaludin Embong. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta, Panitia Bahasa Melayu SK Seri Berang dan Guru Pembimbing Pidato/Bercerita.





Saturday, May 7, 2011

NUR ADRERA QARIAH TERBAIK KE-3 DI NEGERI TERENGGANU

NUR ADRERA BINTI KASIM
(Tahun 6 Waja)
 KUALA BERANG (7 Mei 2011) : SK Seri Berang telah mencipta kegemilangan dalam bidang Pendidikan Islam apabila qariah sekolah, Nur Adrera Kasim memenangi tempat ke-3 dalam Musabaqah Tilawah al-Quran (MTQ) peringkat Negeri Terengganu, petang ini.

Friday, May 6, 2011

JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH

Bergambar kenangan bersama Guru Besar 
JENAGOR : Pasukan Kawad Kaki Asas SK Seri Berang berjaya merangkul gelaran Johan bagi kategori Kawad Kaki Asas Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu.


Gambar Semasa Pertandingan
Tahniah dan Syabas diucapkan, terutamanya kepada Pn. Zuriati dan Ustaz Shamsul  bersama barisan jurulatih, En. Malik dan En. Rosli (AJK PIBG) atas kejayaan yang dicapai.

Tahniah Seri Berang

" SELAMAT HARI IBU "

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM 2011 : SERI BERANG JOHAN

KUALA BERANG (5 Mei 2011) : SK Seri Berang muncul johan kawad kaki Unit Beruniform Sekolah Rendah di peringkat daerah, baru-baru ini.

Pasukan sekolah telah dibimbing oleh Pn. Zuriati Abd. Jalil dan Ustaz Shamsul Bahrin Mohamed.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan cemerlang.


arms/berita...

Monday, May 2, 2011

CHORAL SPEAKING: SKSB NAIB JOHAN

KUALA BERANG (02 MEI 2011 ) : SK Seri Berang menerusi Pasukan Choral Speaking dibawah bimbingan Pn Hamidah, muncul sebagai  Naib Johan Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2011, hari ini.
Pasukan Choral Speaking SK Seri Berang

Pertandingan ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman disertai oleh 8 buah pasukan yang terdiri daripada sekolah rendah  Hulu Terengganu.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas pencapaian.


mrd/berita...