Wednesday, April 27, 2011

Tuntutan Tambang Teksi 1 Tempat Duduk Tak Relevan

Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/04/28

NUTP minta guru diberi elaun perbatuan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpendapat tuntutan tambang teksi satu tempat duduk bagi guru keluar berkursus sudah tidak relevan dan perlu digantikan dengan elaun perbatuan seperti dinikmati kakitangan awam lain.

Amal Cara Kerja Produktif


 MUHYIDDIN   bersama isteri,  Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersalaman dengan sebahagian daripada  pegawai Kementerian Pelajaran pada Malam Jasamu Dikenang, malam tadi.

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2011/04/28

MUHYIDDIN bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersalaman dengan sebahagian daripada pegawai Kementerian Pelajaran pada Malam Jasamu Dikenang, malam tadi.
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kakitangan Kementerian Pelajaran mengubah cara bekerja kepada yang lebih produktif dan berkualiti bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar serta inisiatif baru bidang pendidikan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Tuesday, April 26, 2011

MTQ DAERAH HULU TERENGGANU : SERI BERANG JOHAN QARIAH TILAWAH

NUR ADRERA BINTI KASIM (TAHUN 6 WAJA)
Johan Qariah Tilawah al-Quran MTQ Daerah HT 2011
Johan Qariah Tilawah al-Quran MTQ Zon KDSR 2, 2011
Tempat Ke-3 Tilawah al-Quran MTQ SR j-QAF Negeri T'ganu 2008
Johan Tilawah al-Quran MTQ SR j-QAF Daerah Hulu T'ganu 2008
Johan Tilawah al-Quran MTQ SR j-QAF Daerah Hulu T'ganu 2007
Tempat Ke-3 Tilawah al-Quran MTQ SR j-QAF Daerah Hulu T'ganu 2006

KUALA BERANG (26 April 2011 4.00 pm ) : SK Seri Berang menerusi adik Nur Adrera binti Kasim (Tahun 6 Waja), muncul Johan Tilawah al-Quran Sekolah-sekolah Rendah Kategori Murid Perempuan/Qariah di Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) peringkat daerah, hari ini.

Kejayaan adik Nur Adrera mengulangi kejayaan sekolah ini apabila adik Ummi Zulaikha binti Mej. (B) Abdul Ghani yang pernah muncul johan qariah daerah sebelum ini, pada tahun 2009. Bakat adik Nur Adrera mula terserlah setelah mewakili sekolah ini ke MTQ Sekolah Program j-QAF Daerah Hulu Terengganu tahun 2006.

KENANGAN 2006 : Nur Adrera binti Kasim dan
Arif Asyarudin bin Tengah dari Tahun 1 Waja
mewakili SKSB ke MTQ Sekolah Program j-QAF.
Kemenangan adik Nur Adrera akan memikul cabaran mewakili daerah Hulu Terengganu ke MTQ Peringkat Negeri Terengganu yang dijadual berlangsung pada 7 Mei depan bertempat di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT).

SM SAINS HULU TERENGGANU (SAHUT)
Dalam pertandingan nasyid, Kumpulan Shoutul Shams dari sekolah ini muncul Naib Johan peringkat daerah dan adik Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki pula memenangi Tempat Ke-3 dalam acara Bercerita Kisah al-Quran. Untuk rekod, SK Seri Berang pernah muncul Naib Johan Daerah Festival Nasyid 2009 menerusi Kumpulan Shoutul Hasan.

Kumpulan Shoutul Shams (2011)
صوت الشمس

Kumpulan Shoutul Hasan (2009)
صوت الحسن
 
Adik Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki
dan ibu tercinta, Tcr. Noraini Mohamed.

Majlis berlangsung di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dan perasmian penutup disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, En. Shafrudin bin Haji Ali Husin.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kemenangan.


FAKTA MENARIK PENCAPAIAN MTQ 2011

Festival Nasyid          -     Naib Johan (Daerah)
                                         Johan (Zon KDSR 2)

Bercerita (P)              -      Tempat Ke-3 (Daerah)
                                         Naib Johan (Zon KDSR 2)

Tilawah (L)               -      Saguhati (Daerah)
                                         Naib Johan (Zon KDSR 2)

Tilawah (P)               -      Johan (Daerah)
                                         Johan (Zon KDSR 2)


arms/berita...

Wednesday, April 20, 2011

MTQ SR ZON KDSR 2 : SERI BERANG KUASAI 4 BIDANG

Kontinjen SK Seri Berang meraikan kejayaan bersama Guru Besar
dan Guru-guru Pengiring ke MTQ zon KDSR 2 1432H/2011.
KUALA BERANG (20 APRIL 2011, 10.15pm) : SK Seri Berang menguasai 4 bidang yang dipertandingkan sempena Majlis Tadarus al-Quran Sekolah Rendah peringkat zon KDSR 2, hari ini.


Majlis yang diadakan di SK Tapah menyaksikan Seri Berang memperolehi keputusan yang membanggakan. Antaranya Mohd Nuzul Haziq Mazlan dipilih sebagai Naib Johan Tilawah al-Quran (Lelaki).

Naib Johan Tilawah Lelaki, Mohd Nuzul Haziq ketika
menerima hadiah kemenangan.
Manakala Tilawah al-Quran (Perempuan), Nur Adrera Kasim dari Tahun 6 Waja muncul johan dengan mengenepikan cabaran qariah sekolah lain.

Johan Tilawah Perempuan, Nur Adrera Kasim
menerima hadiah ketika di majlis penutup.

Pertandingan Bercerita Kisah al-Quran (Perempuan) menyaksikan adik Che Ku Nur Umairah Che Ku Mazuki dipilih sebagai Naib Johan.


Naib Johan Bercerita Perempuan, Che Ku Nur Umairah
begitu ceria merasai kejayaan yang bermakna.

SK Seri Berang menampilkan SHOUTUL SHAMS dalam
pertandingan nasyid sempena MTQ kali ini.
Lebih manis lagi, kumpulan nasyid sekolah Shoutul Shams (Seri Berang) dinobatkan Johan Nasyid sempena MTQ KDSR 2 dengan catatan mata 92%. Mereka tampil dengan lagu "Akidah Kukuh Akhlak Terpuji" dan "Ilmu Ibarat Mutiara".

Sebelum ini, pada tahun 2009 SK Seri Berang menerusi Kumpulan Nasyid Shoutul Hasan pernah muncul sebagai johan nasyid sekolah rendah zon KDSR 2.


KENANGAN MTQ 2009 : Kumpulan Nasyid Shoutul Hasan
dan anggota kontinjen MTQ Seri Berang bergambar
bersama Guru Besar.


Alif Zikri mengetuai Kumpulan Shoutul Shams
menerima hadiah Johan Nasyid MTQ KDSR 2.


Kejayaan SERI BERANG turut dikongsi dan dirasai
bersama guru-guru pengiring.

CERIA : Adik Nur Umairah adalah muka baru
dalam kontinjen sekolah ke MTQ KDSR 2 kali ini.

SERI BERANG HEBAT : Mustaqim dan Asyraf adalah antara
anggota Kumpulan Nasyid SHOUTUL SHAMS.


Bersedia ke pentas nasyid. Ustaz Shamsul dan Cg. Radzi
antara penggerak dalam menjayakan Kumpulan Shoutul Shams.
Johan dan Naib Johan dipilih mewakili KDSR 2 ke MTQ Daerah yang akan diadakan di SM Agama Mahmudiah, Kuala Berang.

Syabas kepada peserta dan guru-guru bimbingan di atas kejayaan yang diperolehi.

arms/berita...

Tuesday, April 19, 2011

BOLA TAMPAR P12 DAERAH : SERI BERANG TEMPAT KE-3

AJIL (19 April 2011, 8.30pm) : SK Seri Berang menduduki tempat ke-3 di daerah ini selepas SK Dusun dan SK Bukit Apit dalam kejohanan bola tampar sekolah-sekolah rendah kategori perempuan bawah 12 tahun (P12).

SYABAS : Bola Tampar P12 Daerah Hulu Terengganu -
SK Seri Berang di tempat ke-3. 
Kejohanan selama sehari di SK Ajil menyaksikan SK Seri Berang berada di ranking ke-3 selepas akur dengan kedudukan set 1-2 kepada SK Dusun dalam perlawanan terakhir petang tadi. Perlawanan dijalankan secara liga dengan penyertaan 5 buah sekolah.

TAHNIAH : Pemain SK Seri Berang menerima pingat Tempat
Ke-3 oleh Pegawai Khas Sukan PPD, Wan Azali Wan Yusof.

TIME-BREAK : Pemain SERI BERANG diberi semangat oleh jurulatih
dan pengurus, Cg Mohamad Zaimi dan Tcr. Noraini.

" SERI BERANG... BOLEH " : Guru Besar SKSB, Pn. Hasnah
binti Hasan dan Tcr. Nor Farahida hadir memberi sokongan
kepada pasukan sekolah.

SERI BERANG memberi tamparan sengit dalam perlawanan.

Sedutan perlawanan SK Seri Berang dengan SK Bukit Apit.
Keputusan 1:2

SERI BERANG....BOLEH !!! : Guru Pembimbing Bola Tampar,
Cg. Mazura Yahya dan GPK Kokurikulum, Cg Jamaludin
bersemangat memberi sokongan kepada pemain sekolah,
Nazirah.

Guru-guru SK Seri Berang memberi sokongan di tepi
gelanggang ketika perlawanan.

Pemain-pemain SERI BERANG bersiap-sedia
menerima tamparan lawan.


SERI BERANG...BOLEH !! : Cg. Zaimi dan Tcr. Noraini sedang
menyusun strategi untuk berhadapan dengan pasukan lawan.

 Terdahulu, SK Seri Berang memenangi dua perlawanan terawal sebelum kalah dua perlawanan berikutnya kepada SK Bukit Apit dan SK Dusun.


DARI KIRI : Tcr. Tn. Selema, Cg. Kamariah, Tcr Nor Farahida
dan adik Khatami ketika menunggu perlawanan SERI BERANG.

DARI KIRI : Ustzh Siti Norliza dan anaknya,
Ustzh Norhayati (berpayung), Tcr. Salmah dan Cg. Hjh. Suhailah
datang memberi sokongan padu walaupun cuaca panas terik.

PENYOKONG KECIL : Adik Danial dan ibunya, Tcr. Noraini
bersemangat memberi sokongan padu kepada pasukan SERI BERANG.
Cuaca panas pada masa perlawanan dilangsungkan tidak mematahkan semangat guru dan murid sekolah ini untuk datang memberi sokongan kepada pasukan sekolah.

Di peringkat P12 zon KDSR 2 sebelum ini, SK Dusun adalah johan diikuti SK Seri Berang sebagai Naib Johan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru pembimbing.


arms/berita...

Sunday, April 17, 2011

KEROHANIAN MEMBENTUK SAHSIAH MURID GEMILANG

KUALA BERANG (18 April 2011) : SK Seri Berang sedang melaksanakan program berbentuk kerohanian dalam usaha membentuk sahsiah murid yang unggul. Program Bacaan Yaasin dan doa serta Tadarus al-Quran dilaksanakan setiap Isnin hingga Khamis di surau sekolah.

Program berkenaan turut dihadiri Guru Besar, guru-guru penolong kanan dan guru kelas dalam menjayakan bacaan secara berjemaah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa agar semua calon UPSR 2011 cemerlang di dalam peperiksaan dan pembinaan jatidiri yang unggul.

DARI KIRI : Akif Hafifi dan Che Ku Muhd Uzair antara murid
Tahun 6 yang menyertai Majlis Bacaan Yaasin dan Tadarus
Quran pada setiap pagi hari persekolahan.

Murid Tahun 6 sedang khusyuk membaca surah.

Guru Besar (berdiri kiri) Pn. Hasnah Hasan
dan Tcr. Mariati Baharudin (Guru Kelas 6 Waja) bersalaman
dengan murid selepas selesai program Bacaan Yaasin dan Tadarus.

Murid-murid Tahun 6 sedang bersalaman dengan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cg. Jamaludin Embong.
 Program tersebut adalah sebahagian pengisian yang dirangka oleh Jawatankuasa UPSR dan Projek Tahap 2 SKSB dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SKSB.


arms/berita...

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SK SERI BERANG 2011

KUALA BERANG (17 April 2011) : Badan Disiplin SK Seri Berang telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas 2011 bertempat di sekolah pada Sabtu, semalam.


Guru Disiplin, Cg Zamzuri sedang memberi taklimat perjalanan kem
kepada peserta Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pusat Sumber 2011.



Peserta Kem Kepimpinan Pengawas SK Seri Berang 2011.

Program selama satu hari telah diisi dengan slot ceramah 1 (Ciri-ciri Kepimpinan), ceramah 2 (Pengucapan Awam) dan Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK).

Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

arms/berita....

Saturday, April 16, 2011

SERI BERANG NAIB JOHAN ACTION SONG PERINGKAT DAERAH 2011

KUALA BERANG (17 April 2011, 8.30 AM) : SK Seri Berang telah muncul Naib Johan pertandingan Action Song peringkat daerah ini, Khamis lepas. Pertandingan peringkat daerah telah berlangsung di SK Pasir Tinggi. Johan dimenangi oleh SK Matang.

Pasukan Action Song SK Seri Berang 2011.
Sebelum ini SK Seri Berang muncul Naib Johan di peringkat zon KDSR 2. Pasukan Action Song dianggotai murid-murid tahap 1.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta dan jurulatih/guru bimbingan.


arms/berita....

Thursday, April 14, 2011

Renungan Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya


Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah


bersambung.....

Wednesday, April 13, 2011

SERI BERANG MUNCUL NAIB JOHAN BOLA BALING DAERAH

AJIL (14 APRIL 2011) : SK Seri Berang telah muncul Naib Johan Bola Baling P12 Daerah Hulu Terengganu, tahun ini. Perlawanan akhir telah dilangsungkan di SK Menerong, semalam.



Pasukan Bola Baling SK Seri Berang P12 (berbaju merah)
sedang beraksi di perlawanan akhir daerah.
 Syabas diucapkan kepada pasukan SK Seri Berang.

mrd/berita...

Tuesday, April 12, 2011

PERUBAHAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN WAJAR SELARI DENGAN KEPERLUAN MURID

SEGAMAT, JOHOR (12 April 2011, 2.00PM) : Pasukan Bahas Guru, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) bertemu dengan pasukan bahas JPN Kelantan di peringkat Separuh Akhir Perbahasan Guru Peringkat Kebangsaan (Zon C) sempena Perayaan Hari Guru 2011, di sini pagi tadi.


SM Vokasional Segamat menjadi tuan rumah Perbahasan Guru
Peringkat Kebangsaan (Zon C) 2011.
Pertandingan yang bertujuan meningkatkan ketrampilan guru-guru berkomunikasi dalam konteks yang luas dimensinya dan menjadi satu wadah kepada warga guru meningkatkan kemahiran berhujah secara kritis, analisis dan profesional dilangsungkan di Dewan Besar SM Vokasional Segamat selama tiga hari bermula semalam.

Pn. Julia bertindak sebagai Perdana Menteri mengetuai
barisan kerajaan ketika membentang usul.

Separuh Akhir Bahas Guru Peringkat Kebangsaan, JPN Zon C :
Saat-saat menanti keputusan sama ada usul diterima atau ditolak.

Barisan Pembangkang diwakili JPN Kelantan


Wakil JPN Kelantan, Ghazali Mat Zin bertindak sebagai
Ketua Pembangkang.

Hj Shukri Ismail muncul Pembahas Terbaik peringkat Separuh Akhir 
Peringkat Kebangsaan Zon C (Terengganu lwn Kelantan).
Beliau bertindak sebagai YB Menteri Ke-2.

Pasukan Bahas Guru Terengganu bersama pengurus dan pegawai JPNT.

Pasukan Bahas Guru JPN Terengganu - JPNT diwakili Hj. Mohd Shukri Ismail (SMK Seri Nilam, KTS), Mohd Ridwan Omar (SK Tengkawang, HT), YM Tg. Hasnul Tg Hussin (SMK Seri Puteri, Besut), Azarul Razamin Mat Said (SK Seri Berang, HT) dan Julia Benjamin Siri (SK Pasir Panjang, KTS).

Pasukan JPNT bertindak sebagai wakil kerajaan dengan membawa usul "PERUBAHAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN WAJAR SELARI DENGAN KEPERLUAN MURID" tetapi ditolak oleh dewan selepas berjaya dibangkang oleh pasukan JPN Kelantan. Hj. Mohd Shukri Ismail  telah dinobatkan Pembahas Terbaik Bahas Guru di pertandingan berkenaan.

Di peringkat akhir, pasukan JPNT muncul Naib Johan dalam perbahasan guru dalam Bahasa Inggeris setelah pasukan JPN Johor bertindak wakil kerajaan berjaya membentangkan usul "REBRANDING THE PROFESSIONALISM OF TEACHERS IS PIVOTAL FOR EDUCATIONAL TRANSFORMATION" dan diterima oleh dewan.


Perbahasan Guru pusingan akhir Bahasa Inggeris
(JPN Johor lawan JPN Terengganu)

Hadirin yang mengikuti perbahasan peringkat akhir.
Dalam kategori Bahasa Melayu, pasukan bahas guru JPN Kelantan sekadar muncul naib johan selepas gagal membangkang usul "KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENENTU UTAMA KEJAYAAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" yang dibawa pasukan JPN Johor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil JPNT...semoga beroleh kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.



arms/berita/segamat....

Sunday, April 10, 2011

VISI DAN MISI SK SERI BERANG

misi visi sksb

Saturday, April 9, 2011

ANALISA OTI 1/2011 : 6 MURID PEROLEH 5A

TAHNIAH : 6 Murid berjaya skor 5A subjek teras UPSR dalam OTI 1/2011

Nur Adrera Kasim dari tahun 6 Waja disematkan
pingat 5A oleh Pn. Guru Besar.

Mohd Nuzul Haziq Mazlan (Tahun 6 Waja)
disematkan pingat 5A oleh Pn. Guru Besar.
KUALA BERANG (10 April 2011, 11.00am) : Seramai 6 murid dari sekolah ini berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan OTI 1/2011, baru-baru ini. Kejayaan mereka diraikan Guru Besar SK Seri Berang di dalam perhimpunan mingguan pagi tadi dengan menyemat pingat 5A di baju mereka sebagai pengiktirafan kejayaan mereka yang terdiri 5 perempuan dan 1 lelaki.

Syabas dan tahniah diucapkan.