Tuesday, February 23, 2010


SK Seri Berang telah ditubuhkan secara rasminya pada 01 Jun 2001. Sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan yang ke 42 di Daerah Hulu Terengganu. Letaknya 45 km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 1.5 km dari pusat bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu. 

            Pada peringkat awal penubuhannya, pengurusan pentadbiran  terpaksa beroperasi dengan menumpang di Sekolah  Kebangsaan Kuala Berang , memandangkan bangunan sekolah belum siap sepenuhnya sebagaimana jadual perancangan. Seramai  155 orang pelajar  telah didaftarkan  pada tahun 2001. Guru Besar yang pertama dilantik ialah Tuan Haji Barruddin  bin  Suda   dengan bilangan guru  seramai 7 orang sahaja.

            Sekolah mula beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri  pada 6 Januari 2002. Bilangan murid telah bertambah kepada 250 orang dengan bilangan guru seramai  16 orang.  Sehingga  tahun 2010, bilangan guru  terus meningkat  kepada 36 orang  dengan bilangan murid seramai  477 orang  termasuk prasekolah.   Pada 10 Oktober 2003, Pn. Hasnah binti Hasan telah dilantik sebagai guru besar yang kedua menggantikan Tuan Haji Baruddin bin Suda yang telah dinaikkan pangkat ke Jabatan Pelajaran Terengganu.


Hubungi Kami

Sekolah Kebangsaan Seri Berang
Jalan Perumahan RKT
Sungai Petai
21700 Kuala Berang
Terengganu Darul Iman


Kod Sekolah  :  TBA5049


Tel  : 09-6816452      Faks : 09-6812319
email  :  skseriberang@yahoo.com
web   :  http://skseriberang.blogspot.com

Kata Alu-Aluan Guru Besar SKSB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan rahmatnya dapat kita menghasilkan sebuah laman maya Sekolah Kebangsaan Seri Berang sebagai sumber rujukan  dan panduan pengurusan sekolah dan semua


Dengan terbitnya laman maya  Sekolah ini diharapkan dapat membantu semua pihak yang terlibat untuk dijadikan “Banchmark”   dan diimplemantasikan bagi menjadikan sekolah penjana ‘Modal Insan Gemilang dan Terbilang’ .


Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi  penghargaan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Berang, PIBG, Pusat Kegiatan Guru Kuala Berang, Pejabat Pelajaran  Hulu Terengganu, Jabatan Pendidikan Terengganu, Jemaah Nazir Sekolah dan semua pihak yang terlibat ke arah mempertingkat kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Kebangsaan Seri Berang .

Sekian, wassalam.

“  ILMU  AKAL  BUDI “

Monday, February 22, 2010

Sejarah dan latar belakang SKSB

  • Ditubuhkan pada 01 Jun 2001
  • Mula beroperasi pada 1 Januari 2002
  • Jarak 1 km dari pada PPD Hulu Terengganu
  • Guru Besar Pertama ialah En Baharudin Suda  ( 1 Jun 2001 - 30 Sept 2002 )
  • Guru Besar kedua ialah Pn. Hasnah bt Hasan  ( 1 Okt 2002 sehingga sekarang )
  • Diawal penubuhan bilangan murid 220 orang manakala guru pula seramai 12 orang dan mempunyai 3 orang kakitangan sokongan.
  • Kini jumlah guru dan pelajar meningkat iaitu seramai 463 murid , dan 36 orang guru dan 4 orang guru J-QAF manakala kakitangan sokongan seramai 7 orang.
  • Bilangan bilik darjah pula ialah 12 buah kelas, 1 kelas pemulihan dan 2 buah pra sekolah.

Kemudahan yang terdapat di SKSB

Bilik Darjah
 

Bilik Rawatan


Perpustakaan

 

Kantin

 

Dewan


Bilik Tayang

  • Bilik Darjah
  • Bilik-Bilik Pentadbiran
  • Makmal Komputer
  • Pusat Akses
  • Pusat Sumber Sekolah
  • Bilik SPBT Sekolah
  • Bilik Bimbingan & kaunseling
  • Bilik Sembahyang
  • Bilik Persalinan
  • Bilik Wuduk
  • Bilik Pemulihan 
  • lBilik Muzik
  • lBilik Sains
  • lBilik Kesihatan/Pergigian
  • lBilik Mesyuarat
  • lBilik  Guru
  • lBilik Pengawas
  • lBilik Stor
  • lBilik Cetak 
  • lBangunan PRA Sekolah
  • lKantin
  • lDewan Sekolah
  • lLaman Perhimpunan
  • lPondok Pengawal
  • lPadang Sekolah
  • lTempat Letak Kereta
  • lTaman Permainan PRA

Maklumat Asas Sekolah


Kod Sekolah     : TBA5049
Gred               : B
Kategori          : Bandar
Sesi                : Pagi
Bilangan B/D    : 15 buah
Keluasan          : 3.1 hektar
Jarak  dr JPNT : 45 km