Thursday, March 29, 2012

RENUNGAN HARI JUMAAT : KEMAAFAN MENAMBAH KEMULIAAN



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak akan berkurangan harta dengan bersedekah, tidak akan bertambah ke atas seseorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim)

Faedah sifat pemaaf
1. Menunjukkan satu ciri akhlak yang mulia.
2. Dalil kepada kesempurnaan iman dan Islam yang baik.
3. Tanda kepada orang yang berlapang dada dan berbaik sangka.
4. Hasil daripada cintakan sesama manusia.
5. Selamat dari fitnah dan terpelihara daripada tergelincir.
6. Menunjukkan kepada kesempurnaan dan kemuliaan jiwa.
7. Sebagai satu persediaan sebuah masyarakat kepada suasana yang baik dan kehidupan yang lebih afdhal.
8. Sebagai satu jalan cahaya dan hidayah kepada orang bukan Islam.
9. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat kerana manusia suka kepada orang yang tenang dan suka memberi kemaafan.

Monday, March 26, 2012

KUALA BERANG (25 MAC 2012) : Pemenang-pemenang pertandingan mewarna poster (Murid Tahun 1-3), membuat buku skrap (Murid Tahun 4-5), pertandingan menulis esei (Murid Tahun 6), pertandingan deklamasi sajak (Tahun 3-6) dan Pertandingan Kuiz Tahap 2 (Murid Tahun 4,5 dan 6) telah diraikan dalam Perhimpunan Rasmi SK Seri Berang. 
Tahniah dan Syabas diucapkan

NUR NADIA ADLEENA BINTI TENGAH muncul Johan Pertandingan deklamasi sajak (Tahun 3-6) 
JOHAN Pertandingan membuat buku skrap (Murid Tahun 4-5)



Berita sebelum ini...

KUALA BERANG (19 FEB. 2012) : SK Seri Berang sedang melangsungkan Minggu Anti Dadah di peringkat sekolah bermula hari ini hingga 23 Februari depan.



Ucapan Perasmian oleh Pn. Guru Besar.

Warga Sekolah sedang mengikuti ucapan perasmian oleh Guru Besar.

Pelancaran dirasmikan oleh Pn. Hasnah Hasan, Guru Besar SK Seri Berang. Majlis pelancaran juga diserikan dengan bacaan Perutusan Khas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Cg. Mohamad Zaimi Mohamed dan Perutusan Khas PPD Hulu Terengganu disampaikan oleh  GPK HEM, Cg. Azmi Musa.


GPK Pentadbiran sedang menyampaikan Perutusan Khas
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.



GPK HEM sedang menyampaikan Perutusan Khas
oleh Pegawai  Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.


Nyanyian Lagu DADAH DURJANA sebagai kemuncak
majlis perasmian Minggu Anti Dadah.

Pelbagai aktiviti dirangka untuk menjayakan sambutan minggu ini. Antaranya ialah pertandingan mewarna poster (Murid Tahun 1-3), membuat buku skrap (Murid Tahun 4-5), pertandingan menulis esei (Murid Tahun 6), pertandingan deklamasi sajak (Tahun 3-6) dan Pertandingan Kuiz Tahap 2 (Murid Tahun 4,5 dan 6).
arms/berita...

WAN NUR ADRIANA MUNCUL KETIGA TERBAIK



KUALA BERANG (25 Mac 2012) : Wan Nur Adriana binti Wan Azeland Shah dari tahun 3 ALBUKHARI telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan bercerita peringkat zon KDSR 2. Tahniah dan syabas diucapkan, semoga lebih berjaya pada masa akan datang.

BOLA BALING : SERI BERANG MEMBERI CABARAN

KUALA BERANG (26 Mac 2012) : Pasukan Bola Baling P12 SK Seri Berang berjaya mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Baling Daerah Hulu Terengganu yang berlangsung di SK Tok Randok. Cabaran SK Seri Berang ditunjukkan jalan keluar apabila tewas tipis kepada Pasukan SK Tapah,0-2.
        Sebelum itu Pasukan SK Seri Berang berjaya melepasi halangan awal dalam peringkat kumpulan apabila berjaya menewaskan SK Jerangau Barat (9-3) dan SK Bukit Peroh (4-1) sebelum tewas kepada SK  Sungai Buluh(3-9).
       Dalam saringan peringkat KDSR 2, Pasukan SK Seri Berang muncul Naib Johan selepas tewas kepada Pasukan tuan rumah,  SK Tapah dalam perlawanan yang penuh sengit. Komitmen dan semangat tidak mahu mengalah yang ditunjukkan oleh pemain-pemain disamping sokongan padu guru-guru menjadi tonik berharga.
      Tahniah dan syabas diucapkan terutamanya kepada Jurulatih Pasukan, Cikgu Shahidan Abu Kasim dan seluruh pemain. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang turut memberikan sokongan.

Pasukan SK Seri Berang(jersi hijau) memberikan saingan 

KENTAL : Pertahankan kubu pasukan

SOKONGAN PADU : Antara guru yang memberikan sokongan

TAHNIAH : Guru Besar meraikan pemain

Thursday, March 22, 2012

MESY. AGUNG PIBG SK SERI BERANG KALI KE-8


YB ADUN Kuala Berang sedang menyampaikan Ucapan Perasmian
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Berang Kali Ke-8.

KUALA BERANG (22 Mac 2012) : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Berang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-8, petang ini.

Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan ADUN Kuala Berang, YB. Tn. Hj. Mohd Zawawi Ismail, sebentar tadi. YB juga bermurah hati menyumbang seekor lembu untuk jamuan warga sekolah dan para jemputan mesyuarat.



Jemputan Mesyuarat Agung PIBG menikmati jamuan yang disediakan.

Pengerusi PIBG SK Seri Berang Sesi 2011-2012 sedang
mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-8.

arms/berita...

Friday, March 16, 2012

SK SERI BERANG TERIMA ANUGERAH TAWARAN BARU 2011

MUHYIDDIN Yassin diapit Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed 
(kanan beliau) an Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud (kiri beliau) 
ceria menunjukkan isyarat 1Malaysia bersama 403 guru besar yang menerima 
anugerah BITB dan TBGB 2011 di Kuala Lumpur.
KUALA BERANG, 15 Mac : SK Seri Berang sekali lagi terpilih diantara 403 buah sekolah rendah seluruh negara yang menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011. Ini merupakan kali kedua SK Seri Berang menerima Anugerah Tawaran Baru.
Tahniah dan Syabas diucapkan.


Lagi berita selanjutnya klik
14000 warga pendidik terima bayaran

21 orang guru besar terengganu terima TAWARAN BARU



SEKOLAH YANG LAYAK BAGI TAWARAN BARU GB 2011







Saturday, March 10, 2012

SEKITAR LAWATAN BERMAKLUMAT SK GANUN, MELAKA KE SK SERI BERANG

Kumpulan Lawatan Bermaklumat SK Ganun, Alor Gajah, Melaka
bergambar kenangan bersama Puan Guru Besar SK Seri Berang
di Anjung Galeri Seri Gemilang Sekolah.


KUALA BERANG (11 Mac 2012, Ahad) : Seramai 83 orang terdiri daripada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru pengiring dan murid Tahun 5 dan 6 dari SK Ganun, Alor Gajah, Melaka telah melakukan Lawatan Bermaklumat ke sekolah ini, hari ini.


Guru Besar dan Penyelaras UPSR mengiringi Kunjungan Hormat
Kumpulan Lawatan Bermaklumat SK Ganun, Alor Gajah, Melaka.


Lawatan ke Self Acces Learning Centre (SALC),
Program Kebitaraan Bahasa Inggeris,
Kluster Kecemerlangan Sekolah.
Lawatan ke Bilik Rawatan dan Bilik Kaunseling Sekolah.


Lawatan ke Sudut Koleksi Kegemilangan Seri Berang,
Pusat Sumber Sekolah (PSS).



GB SK Ganun, Alor Gajah, Melaka Bandaraya Bersejarah
menyampaikan Plak Cenderahati kepada GB SK Seri Berang
sebagai Penghargaan Terima Kasih.

Ketibaan mereka disambut oleh kumpulan pengurusan sekolah terdiri Guru Besar, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid-HEM, Cg. Azmi Musa dan GPK Kokurikulum, Cg. Jamaludin Embong. Lawatan bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pengoperasian SK Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (Fasa 5 KPM) dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada di sekolah ini.

Bagi pihak Jawatankuasa Pembestarian dan Multimedia SK Seri Berang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan hormat dan muhibbah.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


sbbt...




SELAMAT BERCUTI


Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah Al-`AÅŸr
SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA
9 MAC 2012 HINGGA 17 MAC 2012

IKHLAS DARIPADA

JAWATANKUASA PEMBESTARIAN DAN MULTIMEDIA
SK SERI BERANG
2012

Thursday, March 8, 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK P.A.K 2012 : SERI BERANG NAIB JOHAN

Harimau Muda SK Seri Berang 2012

KUALA BERANG (9 Mac 2012, Jumaat) : SK Seri Berang telah muncul sebagai Naib Johan Bola Sepak setelah akur kepada pasukan Bola Sepak SK Tengkawang, Hulu Terengganu di Kejohanan anjuran Pusat Aktiviti Kanak-kanak Taman Damai, Kuala Berang.

Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAK) Taman Damai, dekat sini adalah sebuah pusat aktiviti yang menyediakan kelas pembelajaran Ilmu Agama, Sukan dan sebagainya. Pusat ini begitu aktif dalam menganjurkan pertandingan berbentuk kesukanan. Sebelum ini dianjurkan kejohanan badminton bertempat di Dewan MDHT yang menyaksikan penyertaan beramai-ramai pemain badminton dari sekolah ini.

Kejohanan berlangsung di padang bola sepak SK Seri Berang. Pada hari pertama pelawanan, pasukan sekolah berjaya memenangi dua permainan yang dijadualkan iaitu kemenangan ke atas pasukan SK Kuala Dura (1-0) dan ke atas pasukan SK Langgar (3-0).

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kemenangan yang diperolehi.

arms/berita...

Monday, March 5, 2012

PEPERIKSAAN OTI 1/2012 BERMULA HARI INI


Suasana peperiksaan di sekolah.

KUALA BERANG (6 Mac 2012, Selasa) : Warga murid SK Seri Berang sedang menduduki Peperiksaan OTI 1/2012 selama tiga hari bermula hari ini.

Pada hari ini, semua murid Tahun 3 hingga 6 akan menduduki 3 kertas teras iaitu kertas Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik Kertas 2 dan 1 subjek elektif  Bahasa Arab.

Peperiksaan OTI kali ini tidak melibatkan murid-murid Tahun 1 dan 2 kerana mereka sedang melalui proses transformasi kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Seklah Rendah (KSSR) yang mewajibkan mereka menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS dijalankan sepanjang masa dan tidak terhad kepada penilaian di dalam kelas/bilik darjah sahaja.

SELAMAT MENJAWAB.
GUNAKAN MASA SEBIJAK MUNGKIN UNTUK MENJAWAB SEMUA SOALAN.
KOMINTEN ANDA...KEBANGGAAN KAMI.


arms/berita....

MTQ ZON KDSR 2 HULU TERENGGANU : SK SERI BERANG JOHAN TILAWAH QURAN DAN JOHAN BERCERITA

Kontinjen Koakademik Pendidikan Islam SK Seri Berang
ke MTQ KDSR 2.

KUALA BERANG (5 MAC 2012) : SK Seri Berang muncul Johan Tilawah al-Quran (Perempuan) , Johan Bercerita Kisah al-Quran (Lelaki), Naib Johan Bercerita (Perempuan) dan Tempat Ke-3 Hafazan Quran (Lelaki) selepas menyertai Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah zon KDSR 2,  petang semalam bertempat di SK Seri Buloh, Kuala Berang.



Johan Tilawah al-Quran (Perempuan) MTQ KDSR 2
Adik Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki
(Tahun 5 al-Bukhari)

Johan Bercerita Kisah al-Quran (Kategori Murid Lelaki)
Adik Abdul Muin bin Japar
(Tahun 5 al-Bukhari)
Naib Johan Bercerita Kisah al-Quran (Kategori Murid Perempuan)
Adik Nur Nadia Adlena binti Tengah
(Tahun 5 al-Bukhari)
Pemenang Tempat Ke-3 Hafazan (Kategori Murid Lelaki) MTQ KDSR 2
Adik Mohd Haiqal bin Hamdan
(Tahun 4 al-Bukhari)

Kemenangan Kontinjen sekolah diraikan di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Ustaz Idris Sulong, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu. Turut hadir ke majlis adalah Penyelia Pendidikan Islam PPD Hulu Terengganu, Us. Ahmad Tajuddin Mahmood dan Guru Besar SK Seri Buloh, Pn. Zaida Awang.

Para Pemenang Pertandingan Tilawah, Hafazan dan Bercerita Kisah al-Quran
MTQ KDSR 2 bergambar kenangan dengan Pegawai-pegawai Unit Pendidikan Islam
PPD Hulu Terengganu dan Guru Besar SK Seri Buloh.
Guru-guru pengiring dan para peserta MTQ ketika di Majlis Penutup.

Program bertemakan AL-QURAN PENJANA TRANSFORMASI UMMAH adalah berbentuk Koakademik Pendidikan Islam akan mengetengahkan bakat qari/qariah al-Quran, hafazan surah terpilih dan Bercerita Kisah-kisah al-Quran.

Kemenangan Kontinjen Koakademik Pendidikan Islam SK Seri Berang di tempat pertama dan kedua telah melayakkan diri ke MTQ Peringkat Daerah Hulu Terengganu, April depan.


Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan tersebut.

arms/berita...


Saturday, March 3, 2012

OLAHRAGA DAERAH 2012 : 1 PERAK, 1 GANGSA UNTUK SERI BERANG

Saingan Separuh Akhir 100 meter L12 :
Atlet sekolah, Mohd Faiz Mohd Rozi memberi saingan sengit dengan
pecutan di lorong kiri sekali.


JENAGOR : SK Seri Berang berjaya peroleh dua pingat masing-masing pingat perak dan gangsa di Kejohanan Olahraga Daerah MSSD 2012 di SMK Jenagor.



TAHNIAH... Atlet Lompat Tinggi P12 SK Seri Berang,
Siti Nur Aqilah Maheran Rusli berjaya peroleh Pingat Gangsa.


Lompatan atlet sekolah oleh Nur Irsalina dalam acara
Saringan Lompat Tinggi P12.

BERJAYA ...Lompatan Gangsa oleh Siti Nur Aqilah Maheran.

Atlet pecut sekolah, Mohd Faiz dan Mohd Shahzuwan
bersiap-sedia di Urusetia Penyeliaan Peserta
Acara Larian 100 Meter L12 (Semi Final).

Penyokong Seri Berang berada di tepi padang memberi sokongan
kepada penyertaan atlet sekolah.


Pungutan pingat sulung berjaya dilakukan atlet Lompat Tinggi P12, Siti Nur Aqilah Maheran Rusli pada hari kedua kejohanan diikuti pungutan pingat Perak keesokannya menerusi Mohd Alif Zikri Zulkifli dalam acara Larian 100 meter L12.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kecemerlangan atlet-atlet Seri Berang.


arms/berita...


Berita Sebelum Ini...


KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH : Persaingan telah bermula...


KUALA BERANG (27 Feb. 2012) : Kontinjen Olahraga dan Balapan SK Seri Berang telah bersiap sedia menyertai Kejohanan Olahraga dan Balapan kelolaan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) 27 Februari - 1 Mac 2012 bertempat di SMK Jenagor, Hulu Terengganu.



Kontinjen Olahraga Sekolah.

Selamat berjuang wira dan wirawati. SERI BERANG BOLEH....

LTDL 2012 - Kemenangan Hariff Salleh Dibantu Oleh Abangnya 27/2/2012


SYABAS ANAK TERENGGANU...



s

LAWATAN KERJA SEHARI YAB MENTERI PELAJARAN MALAYSIA




KUALA TERENGGANU (3 Mac 2012) : YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah melakukan Lawatan Kerja sehari ke negeri Terengganu, Khamis minggu lepas.

Sempena lawatan beliau, satu perjumpaan khas dengan Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan diadakan dan berlangsung di Stadium Negeri, di sini.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ...Jentera Pentadbiran Negeri termasuk
Kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) antara yang memeriahkan
Majlis YAB TPM bersama Penjawat Awam di Terengganu.


Berlainan Jabatan Antara Negeri dan Persekutuan....Us. Azarul (kanan)
bergambar kenangan bersama Pegawai Kanan Kerajaan Negeri,
Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd Kamil Othman, Pegawai Daerah Kemaman.


Cg. Zulkiflee Mohd Nor (tengah) dan Us. Shamsul Bahrin Mohamed
antara warga SK Seri Berang yang turut hadir ke majlis YAB TPM.

Sehubungan itu, setiap sekolah telah diarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu agar menghantar seramai 4 orang guru sekolah ke majlis berkenaan.



YAB TPM diiringi YAB MB ketika di Majlis Perjumpaan Khas
Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.

Turut hadir ke majlis tersebut YAB Menteri Besar Dato' Seri Hj. Ahmad Said dan Barisan EXCO Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.



arms/berita...