Saturday, September 29, 2012

KARNIVAL BAWAH 11 : BOLA BALING PEREMPUAN JUARA DAERAH

KUALA BERANG : Pasukan Bola Baling telah berjaya muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Hulu Terengganu sempena Karnival Bawah 11 2012.

Karnival yang berlangsung di SK Tok Randok berlangsung dengan penuh meriah.
Pasukan Bola Baling ini akan membawa misi penting Daerah untuk Kejohanan peringkat Negeri yang akan diadakan pada akhir bulan 10 nanti.

Pasukan Bola Baling bersama Guru-guru Pengiring.


KOIR : JUARA DAERAH

Pasukan Koir bergambar kenangan bersama Guru Besar
KUALA BERANG : Pasukan Koir SK Seri Berang menjadi Johan Daerah dalam Pertandingan Koir Peringkat Daerah 2012 seterusnya mewakili daerah ke Pertandingan Koir Peringkat Negeri. Kejayaan ini bertambah manis apabila Pasukan Koir Prasekolah juga mendapat tempat Kedua dalam Acara mereka.


Pasukan akan mewakili Daerah Hulu Terengganu ke Pertandingan Koir Peringkat Negeri. Syabas dan Tahniah diucapkan.

Wednesday, September 26, 2012

DUA KEJAYAAN DIRAIH

Adriana dan Fatihah bersama hadiah yang dimenangi

KOTA BHARU : Adik Nur Fatihah Syahail dan Adik Wan Nur Adriana berjaya mengharumkan nama sekolah apabila meraih kejayaan dalam pertandingan yang disertai mereka sempena Karnival SKK Kebangsaan Zon Timur.

Watak POKOK yang dibawakan Adriana membawa tuah

Adik Wan Nur Adriana dari Tahun 3 Al Bukhari menyertai Pertandingan "Story Telling" telah menjuarai dalam Pertandingan tersebut manakala Adik Nur Fatihah meraih tempat Ketiga dalam Pertandinga "Public Speaking"



Tahniah dan Syabas diucapkan

Tuesday, September 25, 2012

KARNIVAL SKK KEBANGSAAN ZON TIMUR 2012


KOTA BHARU - SK Seri Berang turut terlibat dalam Karnival Kebitaraan Kokuriklum Peringkat Kebangsaan Zon Timur Tahun 2012 yang dianjurkan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan kerjasama JPN Kelantan, JPN Terengganu, JPN Pahang dan SMK Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan. 

Karnival berkenaan bermula 24 - 26 September 2012 di SMK Zainab 1. Semua SKK menengah dan rendah dari Kelantan, Terengganu dan Pahang dijemput menyertai karnival ini.Perasmian karnival ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan pada pagi 25 September 2012. 


Pelbagai acara akan berlangsung sepanjang karnival tiga hari ini. Selain pameran mengenai kebitaraan kokurikulum sekolah masing-masing, pelbagai pertandingan dan persembahan dalam palbagai bidang kebitaraan kokurikulum seperti orkestra, catur, pidato dan sebagainya akan diadakan. Murid sekolah kita turut terlibat dalam pertandingan Public Speaking dan Story Telling.

Adik Fatihah semasa Pertandingan Public Speaking

Kita berharap melalui karnival  ini SKK bukan sahaja dapat mempamerkan kehebatan bidang kebitaraan sekolah kita tetapi dapat memupuk ukhwah, menyemai jiwa kecemerlangan untuk terus menjadi sekolah gemilang dan terbilang pada masa depan. 

Sunday, September 23, 2012

Murid Seri Berang meraih Platinum Peringkat Kebangsaan


NUR NADIA ADLEENA BT TENGAH bersama hadiah yang dimenangi
KUALA BERANG : NUR NADIA ADLEENA BT TENGAH dari Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Seri Berang telah meraih Anugerah Platinum sempena Kem Semarak Teater   Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2012.


ADLEENA semasa menerima penghargaan daripada Puan Guru Besar
Kem Semarak Teater ini telah diadakan dari 18 hingga 22 September 2012 bertempat di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor.
ADLEENA bersama pemenang Pingat Perak Karnival Olahraga Bawah 11 
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN

SERI BERANG MERAIH 2 PINGAT

Inani dan Zarith Bersama Pingat Masing-masing
KUALA BERANG : Dua atlit Tahun 5 SK Seri Berang yang mewakili sekolah dalam Karnival Olahraga Bawah 11 Daerah Hulu Terengganu berjaya meraih dua pingat Perak. Kejohanan yang berlangsung di Padang SMK Jenagor turut melibatkan semua atlit dari seluruh Sekolah Daerah ini.

           Kedua-dua pingat Perak yang diraih oleh Muhammad Zarith dan Inani merupakan dari acara Lontar Peluru bawah 11. Semoga Pingat yang dirai akan membakar semangat semoga menjadi lebih baik pada tahun hadapan.

Syabas diucapkan

Wednesday, September 19, 2012

Perkasa kualiti guru - TPM


KUALA LUMPUR 19 Sept. — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahbaikan dan memperkasakan guru serta kepimpinan sekolah merupakan tumpuan utama yang akan disegerakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, memandangkan 60 peratus guru yang ada sekarang dijangka kekal dalam perkhidmatan selama 20 tahun lagi maka usaha meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka adalah amat penting.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, memberitahu, usaha itu termasuk menyediakan peluang untuk mereka menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya yang lebih kompetitif.
"Kita mahu melihat bagaimana dalam tempoh yang tidak terlalu lama, kualiti pengajaran guru akan berbeza," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang disiarkan malam ini.

Program itu dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A. Talib.

Muhyiddin berkata, mulai tahun ini, kriteria bagi mereka yang ingin menceburi profesion perguruan juga telah dipertingkatkan yang mana hanya 30 peratus graduan terbaik akan dipilih menyertai kursus perguruan.

Katanya, guru juga akan diterapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi bagi membantu mereka melahirkan pelajar cemerlang yang dapat berfikir secara tinggi.

Beliau menambah, kementerian juga sedang memikirkan untuk menyediakan 'pelan pemisah' untuk guru yang tidak sesuai mengajar.

"Kita belum putuskan lagi. Kalau mereka tak sesuai mengajar, di mana nak letak mereka. Itu kita tetapkan kemudian," katanya.

Muhyiddin berkata, struktur Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan disusun semula selaras dengan anjakan keenam yang digariskan dalam PPPM, yang mana lebih ramai pakar akan dikerah ke akar umbi untuk memperkasakan sekolah dan kualiti pendidikan.

Katanya lagi, rombakan itu telah bermula tahun ini dan akan diteruskan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2014.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan laporan awal PPPM 11 Sept lepas, dan pelan tiga fasa itu akan berlangsung selama 13 tahun bermula dari 2012 hingga 2025.
Semakan semula juga akan dibuat lima tahun sekali mulai 2015 sementara laporan tahunan akan dikeluarkan bagi memantau perkembangan yang dicapai.

Muhyiddin, yang mempengerusikan pasukan kajian semula sistem pendidikan negara, memberitahu, sejak Oktober tahun lepas, pihaknya turut mengkaji pelbagai laporan badan dunia terhadap sistem pendidikan di Malaysia termasuk laporan Bank Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) serta kajian oleh cendekiawan tempatan.




Beliau menambah, satu siri jelajah juga telah diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan maklum balas berkenaan penambahbaikan sistem pendidikan negara.
Tambah beliau, lebih daripada 12,000 orang telah menghadiri siri jelajah itu yang mana lebih kurang 7,000 cadangan dan 156 memorandum telah diterima.

"Daripada itu, hampir 90 peratus daripada apa yang telah dikemukakan telah pun diambil kira dalam menghasilkan laporan tersebut. Jadi, jika ada pihak yang cakap ia (cadangan/usul mereka) tidak diambil kira, ia tidak betul," katanya.

Muhyiddin juga memperjelaskan, ia dipanggil laporan awal buat masa ini kerana kerajaan akan mengadakan satu siri hari terbuka bermula 6 Oktober ini di seluruh negara.

Katanya, sesi taklimat juga akan diadakan pada hari terbuka itu dan orang ramai mempunyai peluang untuk mengemukakan sebarang soalan dan cadangan penambahbaikan.

Beliau menambah, laporan akhir PPPM dijangka siap menjelang Disember ini dan ia akan dikemukakan kepada Kabinet untuk kelulusan sebelum mula dilaksanakan pada tahun depan. 

- BERNAMA

Monday, September 10, 2012

FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , FELDA JERANGAU (1)

Pasukan Tunas Bola Sepak SK Seri Berang
(berbaju hijau)


DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.


Pertahanan Tunas SK Seri Berang ketika berdepan dengan jentera
serangan SK Felda Jerangau.

Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang
(berbaju hitam)

Cikgu Shahidan Abu Kasim
(Penyelaras Kluster Bola Sepak SK Seri Berang)

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 





Guru Penolong Kanan (GPK) 1 dan GPK Kokurikulum serta guru-guru
pengiring turut hadir ketika perlawanan dilangsungkan di SK Felda Jerangau.
Babak perlawanan melibatkan Pasukan Pelapis.



Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).

Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.

Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.


arms/berita....

Friday, September 7, 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR


PEPERIKSAAN UPSR BERMULA PADA 
11.09.2012 SEHINGGA 13.09.2012
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR. 
SEMOGA DAPAT MENGHADAPINYA DENGAN TENANG.

Calon-calon UPSR SK Seri Berang 2012





AIDILFITRI 2012



KUALA BERANG : Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah pada tahun ini tetap meriah walaupun diadakan secara sederhana.


UNTUK GAMBAR-GAMBAR LAIN KLIK DISINI

KEJOHANAN FUTSAL & BOLA SEPAK INTER-RUMAH SUKAN SIRI 3/2012

KUALA BERANG : KEJOHANAN FUTSAL & BOLA SEPAK INTER-RUMAH SUKAN SIRI 3/2012 sudah bermula. Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dirakam oleh Wartawan Blog kami, En. Azarul Razamin bin Mat Said.

aksi Rumah Kuning selepas mencatat kemenangan pertama
Antara aksi-aksi terbaik
Bakal bintang Bola Sepak

Berjaya diselamatkan

Pemain terbaik untuk hari ini


KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Monday, September 3, 2012

PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK KLUSTER

Antara detik-detik yang sempat dirakam...

Kemahiran Menimang Bola

Kemahiran Menendang Tinggi


Kemahiran Mengelecek Bola


Kemahiran Menanduk Bola


Kemahiran Menendang