Friday, July 31, 2015

PUISI

KEBERANGKATAN PULANG


Lewat pagi nan sunyi dan dingin
kafilah dari jauh itu telah datang
membawa perintah Rabuljalil
saat untuk pulang telah tiba
pedati siap menunggu
membawamu ke alam abadi

Tanpa sempat menyusun diksi
tanpa sempat mengayam madah metafora
tanpa sempat menyangkut pesan
kepada kekasih terkasih
kepada sahabat tercinta
dingin pagi dini
telah kecur khabar
bahawa kau berangkat pulang
tanpa  pamit

atau ucapan selamat tinggal

Demikianlah sahabat
datang dan pergi
adalah kekasih
yang telah terhukum
dalam suratan kalam
moga kepulangan
dan keberangkatanmu
pulang mengungsi yang abadi
dipermudahkan Rabbi


Nantikan, kita akan bertemu di sana
setelah tega berkelana di sini
membuktikan setia dan akurjanji.


Lara MN
Ihsan daripada Blog Unit sekolah Rendah JPNT

(dedikasi buat Allahyarham Cikgu Zulkiflee bin Mohd Nor, Guru Pemulihan SK Seri Berang)

MAKLUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Zulkiflee bin Mohd Nor, 
Guru Pemulihan SK Seri Berang ( 2008-2015 ) telah kembali ke rahmatullah 
pada 31 Julai 2015 ( Jumaat ) jam 4 pagi. 

01.06.1964 - 31.07.2015

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh cikgu Zul dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Al-Fatihah


Monday, July 27, 2015

PERCUBAAN UPSR : DOAKAN KEJAYAAN KAMI

Lensa Semasa Peperiksaan Percubaan UPSR
28 hingga 30 JULAI 2015
Buat yang terbaik


Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR Kepada Semua Murid Tahun 6

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR Kepada Semua Murid Tahun 6
Semoga tenang dalam menjawab kertas peperiksaan.
Kami warga SK Seri Berang mendoakan semua pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang.

Saturday, July 25, 2015

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah








Monday, July 13, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Bercuti Kepada Semua
Selamat Pulang Ke Kampung Halaman
Pandu Cermat Jiwa Selamat.


PRA PERCUBAAN ( BK 10) : 6 ORANG 5A

6 ORANG 5A PRA PERCUBAAN UPSR

Senarai 5A Pra Percubaan UPSR 2015
1) Arifah Hana binti Mohd Yasin
2) Adam bin Azman
3) Aisyah Afiqah binti Halizan
4) Fatin Athirah binti Mohd Kamal
5) Nurul Fatihah binti Ibrahim
6) Syarah Aisyah binti Mohd Sabri

Syabas dan Tahniah.

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah


MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PERINGKAT SKSB 1436H
Tarikh : 13 Julai 2015 / 26 Ramadhan 1436H
Tempat : Dewan Gemilang, SK Seri Berang